Monday, April 12, 2010

corat-coret sebelum, semasa dan selepas BTN (11)

Fraser Hill

ini kali pertama kami anak beranak daki bukit ni dengan kereta.....saya sebenar-benarnya ingatkan bahawa Fraser Hill ni adalah Bukit Tinggi.... dah lama saya teringin ke sana, tapi masih belom berpeluang........ tapi bila dicek-cek, rupa-rupanya, Bukit Fraser bukanlah Bukit Tinggi... hehehehe......sungguh saya buta geografi!!

Jalan ke Bukit Fraser ada 2 laluan, satu dari arah Kuala Kubu, Selangor dan satu lagi dari arah Raub, Pahang...... laluan naik turun di tentukan di satu kawasan berpagar dan berjaga.... di mana kenderaan yang akan turun naik dimestikan mengikut waktu ditetapkan..... waktu genap ditetapkan untuk kereta yang turun dan waktu ganjil ditetapkan mereka yang nak naik.... jalannya agak sempit sebab tu kot hanya satu laluan saja kenderaan dibenarkan turun naik pada masa-masa ditetapkan......


gambar ni masa tgh tunggu waktu makan tengahari....

hubby belanja di Olde Smokehouse


sekitar pemandangan di cn

rupanya di Bukit Fraser pun ada jam tinggi



wajah budak yang seronok dapat katil yang luas
sesuai untuk berguling-guling dan melompat-lompat



usai makan malam..... jalan-jalan di sekitar pekan




pagi esoknya
31-03-2010
kami menyambung acara berjalan-jalan dan mencuci mata.....
si kecik ini memang pantang jumpa playground

encik Ashraf dan kudanya

hanya RM5 sekali tungangan



Pn Syikin dan bunganya

tak sah kalu tempat sejuk takde bunga kan....
sempat jugak cilok 3 pasu bawak balik umah.....




di kolam ini,
boleh naik bot basikal....
sambil tengok ikan-ikan yang banyak di sini



Sedikit sejarah Bukit Fraser
- ditemui dan didaki seawal 1890
- orang pertama yang panjat: military middle aged adventurer, namanya Loius Junior Fraser [pastu letak nama dia...sesuka ati je dorang ni kan.... sama kes dgn Cameron Highland dan Maxwell Hill [Bukit Larut Perak] jugaklah ni]
-dah panjat, tak turun-turun pulak si Fraser nie....
buat apa lah agaknya kat atas bukit nun....
- tahun 1917 pulak adalah beberapa orang pegawai kerajaan British dari Singapore and Selangor bercuti kat cn untuk cari si missing Fraser
baru tersedar kot kawan deme hilang....
- mat saleh yang hilang deme tak jumpa.... in fact, jumpa balak dan bijih
- tersenyum lah orang-orang putih ni tengoh hasil bumi Malaya...
akan bertambah kayalah mereka.....
tu lah sejarahnya....
sekarang ni,
majoriti penduduk di sini adalah berbangsa melayu dan beragama islam
seronok dapat berjumpa dan mendengar cerita mereka .....
ada yang telah berkampong di cn sejak tahun 1980-an lagi
tapi kasihannya
kalau ada emergency, kena turun ke Raub
kalau nak beli barang pun kena turun ke Raub
perjalanan dalam sejam
sukarnya hidup di tanah tinggi....
tapi mereka tak kisah....


buat mereka yang inginkan kehijauan...
kedinginan....
ketenangan....
udara yang segar...
sambil mendengar unggas berkicau,
di sini adalah tempatnya
tak seperti cameron dan tanah tinggi,
yang telah jadi pusat tarikan komersial
tak seperti Genting Highland,
yang telah jadi pusat hiburan
di sini,
tiada ladang teh maupun strawberry
namun
segala-galanya hidup bersama alam semulajadi
Fraser Hill, kami pasti datang lagi....
p/s- masih teringat betapa pusing dan peningnya kepala naik dan turun Fraser Hill.
walaupun hati nak datng lagi.... tunggulah beberapa taun lagi :)

2 comments:

  1. wah... fraser hill itu... tak sanggup ku kenang kan... fraser hill itula yg memisahkan diri ini ini dgn suamiku berbulan lamanya... hanya menjadi wiken husband n wife... dan fraser hill itula yg membuatkan diri ini muntah buat pertama kalinya masa pregnant dulu... kalau tak naik itu bukit, mungkin diri ini takkan muntah sepanjang pregnant... huhu

    ReplyDelete
  2. zah,

    ikin pun masih terkenang2 pusing dan peningnya turun naik fraser hill nie....dengan uwek-uwek nya
    masa tuh dok niat taknak jejak dah fraser hill nie.......
    hihihi

    ReplyDelete