Tuesday, May 25, 2010

cameron...

saat entry ini ditulis, kami sekeluarga dan abang ipar dan keluarganya sedang berada di tanah rata, cameron highland... menetap di Villa Dahlia....
percutian selama 3 hari sehingga Khamis ini...
alhamdulillah, dapat jugak lari dari kesibukan ofis.....
kedinginan airnya mencucuk hingga ke tulang....bersama
kehijauan yang kian terhakis....

Wednesday, May 19, 2010

marah percuma

petang semalam, beberapa minit lagi untuk ke jam 5, tiba-tiba aku diberitau S/U ..... sesungguhnya boss kami sedang mengamuk..... pasal pe? ahaaa nanti aku cerita....

pagi ini, ingatkan marahnya telah reda.... aku dengan senyum manis datang menyapa.... tapi ternyata silap, boss masih menyimpan amarah.... masih mengingat kejadian semalam.... dan akhirnya aku terkena tempias.....

semuanya gara-gara surat dari peguam kpd YA... dalam surat, ayatnya spt berikut :

'..... we wish to inform this honourable court that we have on 07-04-2010 submitted a draft order regarding the discovery application by the plaintiff to the Commercial Div. which was then received by the Harta Intelek Div. on 08-04-2010.

we have several occasions have folllowed up closely with the personnel at the Harta Intelek Div. regarding the status of the draft order. this is bcoz the next hearing date has been fixed for 19-05-2010, by which date, we had hoped to be able to serve a copy of the fair order to the defendants.

on 11-05-2010, we were informed that the draft order was only about to be collected from the court and hence could only be ready on 12-05-2010. the draft order was finally only ready for collection on 14-05-2010.

we write to this honourable court to apprise this court of the delay and difficulty as faced by us in seeking extraction of the draft order.... bla bla bla

kesimpulan :- surat itu seolah-olah mengambarkan bahawa pegawai [aku la tuh] gagal bertindak cepat dan tidak tahu apa yang berlaku di registry, juga gagal memantau kerja staf bawahan.

hakikatnya :-

1] kelewatan itu turut disumbang oleh peguam sendiri. court order telah diperoleh pada 11-02-2010 untuk specific discovery. draft hanya difailkan pada 07-04-2010. kelewatan memfailkan draft hampir 2 bulan. bila dah dekat dengan tarikh bicara, baru sibuk2 nak draft cepat.....[ kalau peguam rase draft tu urgent, ofcos, peguam akan usahakan untuk dapatkan cepat walau dengan ape cara sekalipun].

2] tidak ada satu suratkan pun yang dihantar kepada pegawai bahagian Harta Intelek berkenaan hal ini. malah surat kpd YA pun tidak di cc kan kpd pegawai Harta Intelek, mahupun kepada AKU!!

3] peguam kate, draft itu telah dihantar kpd Harta Intelek Div. dan peguam telah bebeapa kali berhubung dgn kakitangan yang dipertanggungjawabkan... apalah salahnya kalau peguam terus berhubung dengan pegawai yang dipertanggung jawabkan untuk mengadukan masalah tersebut.mahal sangatkan masa kalian untuk berhubung dgn pegawai.

berpada-padalah bila menulis surat kpd Hakim, KENAPE-
kerana fail tersebut hakim yang punya... hakim yang handle....dan surat itu terus dihantar kepada dia...
tapi registry kat KL nie ade banyak, muamalat, Harta Intelek, Dagang, NCC, u should know dengan siape sepatutnya u berhubung....bukan main hentam!

bila surat sampai kepada hakim, orang kena panggil untuk dimarah, sape lagi, aku lah
tapi permasalahan yang timbul adalah bermula
di registry Harta Intelek,
bukannya registry aku,
kaki tangan sokongannya bukan berada direct di bawah pengawsan aku,
camana aku nak tahu masalah yang timbul di luar bidangkuasa aku.... tapi bila dicakapkan kat boss, mana dia boleh terima...
akhirnya, aku yang kena marah PERCUMA!!


hari nie, angin kus-kus dah datang....

Friday, May 14, 2010

arrghhhh! bosan

penah tak kita rasa hidup kita kosong......bosan.....
walhal hidup kita telah lengkap seluruhnya......
tapi macam ade benda yang masih kurang.....
dan kita rasa sangat tidak tenang....
aduhai! tak tahulah camana nak luah nie.....
arrghhhh!.... i need a break!!!

CIT-CAT please.......


p/s: tak saboo tunggu hujung bulan, cameron! wait for me!!!

Wednesday, May 12, 2010

nabihah @ the book store

sabtu lepas,
kami bawa nabihah jalan-jalan di JJ Setiawangsa,
saja menghabiskan masa usai makan malam
tak disangka, terjumpa sebuah kedai buku baru
kami melangkah masuk
saja try tgk collection apa yang ade di sana
jus enjoy da pic of our little princess

anak n bapak ini sedang mencari buku yang bersesuaian

dah cari, kita tapis pulak,
mana buku yang bes, kita amik
mana buku yang tak bes, letak balik


dah pilih yg bes,
kita tengok gambar dia pulak
boleh memikat ati nabihah @ tak

mama, mehlaa sini,
book kat sini pun bes-bes tau!!




yey! dapat jugak buku yang saya suka.....




eyh! yg ni pun saya suka jugak!




buku bahasa arab pun saya suka, mama!




ala,
dah banyak pulak yang saya suka,
tapi mama kata tak boleh beli semua
sebab tengah bulan...
kalau hujung bulan, boleh beli banyak-banyak...
so, saya kena pilih yang betul-betul suka!!
ishhh! susahnya nak buat pilihan....



ok, saya dah pilih buku yang berkenan di hati!
tak sabar nak balik umah,
mengadap buku baru saya


Saturday, May 8, 2010

hari mama dh datang!

mama cakap hari ni hari mama
ayah pulak cakap malam ni nak belanja mama
saya tak paham laa
kenapa hari ni special sangat
mama bangun pagi-pagi,
kemas rumah, cantik!
jarang saya tengok mama sapu sampah, bersih!
pastu basuh baju ayah
ayah pegi kerja hari ni
tinggal saya dan mama di rumah
mama bagi saya mandi lama-lama
saya suka sangat main air
pas mandi, mama buat breakfast saya,
apa dia? tentunya telur rebus kesukaan saya
dan air milo mama
sambil makan, saya tengok cd barney saya

saya perasan
mama senyum sepanjang masa
mungkin mama gembira
kerana saya makin membesar
dan selalu behave
walaupn ayah kata saya selalu banyak akal
tapi saya tau, mama dan ayah tetap sayang saya

buat mama saya,
saya ucapkan selamat hari mama!
walaupun saya takde hadiah istimewa nak bagi kat mama
saya tau mama tak kisah pun tanpa hadiah
kerana mama paham saya takde duit lagi
takpe, nanti saya mintak ayah yang belikan bagi pihak saya
:)


saya tau mama nak saya jadi gud gurl dan solehah
itulah hadiah paling bermakna buat mama saya



coretan daripada;
anak mama & ayah
izzah nabihah bt ashraf rezal


p/s :saya sayang mama, saya sayang ayah!

Friday, May 7, 2010

demam FB

kitorang kan [saya n suami] baru je berjinak-jinak dengan fb last week
bukan fb [football] piala dunia tuh
tapi bukumuka @ facebook bahse omputihnya
heheee memang ketinggalan kan!

sebenarnya selama ni saya tak kisahpun dgn fb....
sebab saya kan dah ade blog sendiri......
lagi syiook!


tapi kan bila tengok suami ralit dpn lappy dia,
dok pegang erat 'beruk'band dia.....
pastu dok senyum sorang-sorang....
gelak kecik sorang-sorang....
sampai tidoo lewat tiap malam....
dan subuh gajah esok paginya....
saya pun tertanya-tanya
apa best sangat ke fb tuh

ok! ok! memang timbul kejelesan di hati saya sejak hubby berkenalan dgn fb nie....
asal punya masa lapang, dia usung dia punya lappy
bila saya asyik bercakap, mata hubby dok pandang fb
tiap kali saya tegur, hubby kata tak abis explore lagi
aduh! memang hubby saya sedang jatuh cinta lagi......


tapi takpe,
saya tau saya pun ada share jugak
hubby kata dia letak nama saya bergabung dgn dia dlm fb tuh
maka akan bertambah kuatlah kami berkuasa di alam fb!!
:) hehee tq hubby!
dan malam tadi, saya pulak kemaruk dok ngadap fb......
beronline dgn anak sedara yang jauh di mata....
seronok rupanya dan terleka hingga ke tengah malam
hehehe... saya dilanda demam fb!


tak sangka dunia seluas alam dapat temukan saya balik dengan kawan-kawan lama sejak sekolah rendah....
hahahaha....kecik sungguh dunia!
kenapalah saya baru tau fb tu fun dan best bangat!
wajarkah saya bawak 'beruk'band tiap hari ke opis selepas ini hahahaha
alamat keje tak siaplaaa syikin oii


tcumanya saya tak suka gambar saya dalam fb hubby tu...
semua tak cun dan takde nilai komersial.... :)
gambar hubby n nabihah je yang cun melecun .....
kawan-kawan lama tak cam pun tengok gambar saya
aik berubah sangat ke wajah dan penampilan saya selepas tinggalkan sekolah dan U.... hihihii
maaflah kawan-kawan, saat ini saya terlebih bahagia dan lemak barangkali.....
dah tak macam zaman sekolah dan U dulu......
apa maknanya? ..... tu tandanya hidup saya sempurna sudah! :)



ok..... saya nak solat nie.....tak sabar nak berhujung minggu bersama fb tersayang....hehee

Thursday, May 6, 2010

saja nak share kat cn


2-3 malam lepas, saya terbaca dan terjumpa sesuatu di majalah kesukaan saya.....

MW keluaran bulan Februari 2010....



bingkisan daripada Dr HM Tuah, saya quote

Sabda Rasulullah saw buat mereka yang bergelar isteri :


'wanita yang taat terhadap suaminya,

di minta ampun oleh burung di angkasa,

ikan-ikan di dalam air,

malaikat di langit,

matahari dan bulan

selama mana wanita itu berada dalam kerelaan suaminya

dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya

maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya.

dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya,

dia berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia bersenda gurau dengan suaminya

dan meminta kerelaannya.

dan setiap wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya,

malaikat melaknatnya hingga dia pulang"


...


masa itu, saya sedang dalam keadaan merajuk dgn suami....

sungguh kebetulan kan!

.... saya rasa terkesan dengan apa yang saya baca.....

kekadang kita lupa kedudukan kita.... status kita di sisi suami.....

saya tau saya bukan isteri yang sempurna....

kadang kala suka melawan cakap suami

kadang kala suka tunjuk pandai depan suami

kadang kala buat-buat tak dengar nasihat suami

kadang kala degil dan keras kepala dengan suami

kadang kala protes terhadap tindakan suami

kadang kala merajuk tak tentu hala, diam tiada suara

.....

walaupun saya tahu suami saya betul dalam banyak perkara

masih bersabar dengan kerenah saya

walapun banyak kali mengecewakan dia

mengguris hatinya

suami masih mahu membimbing saya

masih mahu menasihati dan memujuk saya

masih mahu memaafkan dan melupakan salah silap saya

masih terus menyayangi saya


TERIMA KASIH YA 4JJI ATAS SEGALA-GALANYA

sungguh dia cukup sempurna buatku

maka jadikanlah aku sesempurna dia!

antara kami untuk saling melengkapi.....amin


p/s ; pasni bila terasa nak merajuk, harapnya saya tak lupa sabda nabi di atas... ;)

Wednesday, May 5, 2010

LeMa$!

kadang kadang kan saya terasa geram sangat dgn boss saya yang sorang tuh....kenape?

selalu ; Pn Nora, tolong buat research tuk saya.... saya tak setuju dgn judgment hakim nie ..... tolong cari kes-kes dari court of appeal samada dah kena reversed ke belum decision dorang tuh.....

Pn Nora, tolong cari kan kes-kes bankruptcy....
ada tak kes Mahkamah Rayuan yang bagi butiran untuk special ground for stay of CP prosiding saya tak setuju dgn keputusan SAR.....

akhirnya : YA... saya akan carie..... atau saya dah carie.... atau saya dalam proses mencari....

kemudiannya selepas beberapa hari menyibukkan diri di library:
dan membelek tiap buku teks and MLJ..... CLJ bagai
kenape beberapa hari.... kerana saya punya masa yang agak suntuk :-
untuk menyediakan profile YA.... perlu membaca, menilai dan membuat rumusan tiap fail bicara...
perlu mendengar kes-kes di hadapan saya pula...
dan mengawasi bahagian registry dan staf bawahan.....
tak termasuk melayani panggilan peguam dan menanda-tangani dokumen.....
fuhhh!......
dan melayari internet pula... :)
thats Y saya perlu ambil masa menyediakan research saya...

keputusannya bila dibawa kepada boss: hmmm... takpelah... saya dah buat pun judgment saya, saya dah jumpa kes yang saya cari.....

sedang dalam ati: kalau laghu tu, baik tak yah suruh aku buat research.....!!

selalu : Pn Nora, tolong cek kenapa lawyer nie failkan writ saman dan bukan saman pemula untuk dapat perintah injunksi menggulungkan syarikat......

Pn Nora, tolong cek kenapa lawyer ni failkan Notis Usul mendapatkan injunksi pending
appeal di Mahkamah RAyuan.. bukan di Mahkamah Tinggi.. sedangkan perintah telah di beri di mahkamah tinggi....patutnya difailkan di mahkamah tinggi.....

tindakan saya : baik YA, saya akan contact peguam tanyakan....

sedang dalam ati : mana aku tau... kau patut tanya lawyer sendiri bukan aku!!.... ikut lawyer lah nak failkan apepun..... huhuhu

p/s : eiii cukup melemaskan!!

Sunday, May 2, 2010

ragam nabihah...makan sampai tertidur


ini lah kesannya lepas main sehari suntuk tak berhenti...sampai makan pun boleh tertidur..sian nabihah..sayang tak sempat ambil gambar waktu kepala dia tengah terlentok2 mcm ular menari dengar alunan seruling..hehe

Saturday, May 1, 2010

nabihah














punya lah seksa nak pujuk dia posing depan camera..asyik masam je..mcm2 kitorang buat utk buat dia senyum or ketawa..ada la dia senyum sikit..dapat gak cameraman tu capture sekeping dua..yg lain2 tu, smuanya gambar muka masam..agaknya nabihah datang bulan kut..hehe