Thursday, December 31, 2009

bye bye 2009


setelah puas bercuti di kampung sejak krismes aritu.... hari ni kena masuk opis balik... aikk! nape tak terus cuti sampai tahun baru? tak berbaloi masuk opis hanya sehari....pastu cuti lagi 3 ari [jumaat-ahad].... sebenarnya arini last day untuk aku berkerja bersama bos lama... stat next week, bos baru dah datang....terpaksalaa buat persiapan sikit tuk sambut bos baru dan tuk mengucapkan bye-bye kat bos lama...TQ Pn H belanja kami lunch tadi..... dan atas tunjuk ajar selama ini.....



opis terasa sunyi sangat-sangat, ramai yg bercuti arini tuk antar anak masuk sekolah bagi sesi orientasi... tetiba teringat masa aku dulu masuk darjah satu, selesai sesi pendaftaran dan dapat tau kelas mana.... terus kena tinggal kat sekolah, mak ngan ayah takde pun amik cuti tuk temankan dalam kelas. lantak laa situ, nak menangis ker, bergolek atau menonggeng.... tapi i ok jerr....tak nangis pun hihihi......



sedih rasanya nak tinggalkan tahun 2009... esok dah mula tahun baru. umur meningkat setahun lagi.... azam 2009 pun tak abis tertunai..... banyak kenangan berlaku sepanjang tahun 2009 nih... dan tak tertulis di sini... tak kan bertemu lagi denganmu..... duhai 2009

p/s : azamku moga tahun 2010 ini akan menjadikan aku khalifah yang lebih baik dan berguna di atas muka bumi ini, amin.

bye-bye 2009.... mai-mai 2010

Monday, December 28, 2009

kepulangan

sabtu lepas kira-kira jam 4 ptg kami ke Hospital Pantai Ipoh utk menziarah Ustaz M. Radhi yg terlantar sakit. dimaklumkan bahawa ustaz dalam ICU tak sedarkan diri sejak malam Jumaat lalu.
ketika kami tiba, kelihatan ramai pelawat sedang menunggu waktu melawat jam 5 ptg. kerana kami sampai awal, sempatlah bersembang bertanya khabar dgn isteri ustaz. anaknya yang bongsu sibuk bermain bersama sepupu dan teman-teman.
kata isterinya, ustaz sihat-sihat saja, isnin sebelumnya ustaz ditegur teman pejabat kerana mata putihnya menjadi kekuningan. lantas ustaz pun ke hospital kerajaan utk pemeriksaan. doktor kata mungkin ustaz dijangkiti hipatitis. lantas ustaz pun berpindah ke hospital swasta utk mendapatkan rawatan segera. khabarnya ustaz elok-elok saja sehinggalah dimasukkan satu alat mikro ke dlm tubuhnya untuk pemeriksaan dalaman. saat dimasukkan alat itu, tak semena-mena alat itu mengenai pankreas ustaz. terus menjadikan ustaz koma.
usai solat Asar, kami beramai-ramai menantikan jam 5. tak sabar rasanya utk menatap wajah bekas kadi Teluk Intan itu. tepat jam 5, nurse keluar dari ICU dan mula memanggil sedara terdekat. hati aku tidak keruan. sorang-sorang dipanggil masuk, kakak dan abang ustaz, mak ustaz (saat itu isteri ustaz sedang solat asar). mereka keluar tak lama kemudian sambil mata merah dan tersedu-sedu. aku dapat menduga berita tak baik telah disampaikan kepada mereka.
saat isterinya bersama anak-anak yang empat masuk, aku terdengar laungan anak yg bongsu, baru darjah 4 memanggil-manggil abinya. air mata kami terus berjujuran, tak terduga akan berlaku suatu kematian pada hari itu. baru tadi melihat si bongsu berkejaran dan keriangan.
aku masuk ke wad ICU, terasa sayu melihat wajah sorang ustaz yang baru dipanggil pulang. umurnya baru 40 tahun. masih muda dan sihat sejahtera sebelumnya. seperti tidur saja wajahnya, amat tenang.
hari Ahad, di hari pengebumian. diimamkan oleh anaknya sendiri di rumah, hati ini cukup tersentuh. kemudian disolatkan sekali lagi di masjid Sri Iskandar, ramai sangat yang datang mengucap salam terakhir.
selamat jalan ustaz radhi, moga berbahagia di sana.
ps: ramai sungguh ustaz yg pulang 2009 ini ; ustaz ahmad zuhaili, ustaz asri ibrahim dan penutupnya ustaz Radhi.

Friday, December 25, 2009

congrates Mardhiyyah

sekalung tahniah buat Mardhiyyah bt Abas

Mardhiyyah...
anak buahku yg ke berape eyh.... jap nak kira dulu
sakinah, muazzamah, muthmainnah, nur amalina, nur zawani, mohd razin....
owhh yg ke tujuh....
Mardhiyyah...
tahun ni umurnya baru 15 tahun...baru selebret besday 7-12
baru je lepas dpt result PMR... n result memang gempak
9 A ...
Tak macam maksu dia yg satu nih
mak su dia dulu... banyak main...... malas bukak buku...... pastu kuat berangan..... bercinta monyet lagi
mana tak kantoi PMR......
mujur cepat tersedar masa SPM
dan akhirnya berjaya gak jd orang sekrg ni alhamdulillah
p/s moga terus sukses Mardhiyyah n anak2 buahku yg lain

Wednesday, December 23, 2009

MengHitung Hari

berakhirnya tahun 2009 ini
dalam beberapa hari lagi
akan tamatlah perjalanan aku di sini
akan terputus segala pengalaman
akan tersimpan setiap kenangan

aku tahu
masanya pasti tiba
perpisahan akan tetap terjadi
bertemu dan berpisah kan lumrah
itulah adat alam
tidakkan kekal kita selamanya

salam perpisahan Pn Hadha
terima kasih atas tunjuk ajar
selamat datang Tn Mah
boss baru ku pada tahun baru
moga kita serasi bersama
mengemudi NCC 4
aku ?
mengambil alih peranan TP
walaupun PTK tak lepas lagi

p/s: seram sejuk menanti boss baru

Tuesday, December 22, 2009

Nabihah @ Air Terjun Asahan

leka main pasir



eyh! apsal menongkat dagu tu sayang


mama bes ni... jom ahh join




dek leka menyelam
nyaris lemas
dah tu apa lagi... nangis laa

OK dah
saja je tadi buat mama ngan ayah panik


puas mandi... meh mama bungkus

p/s: Air terjun Asahan terletak di kawasan hutan simpan Gunung ledang, dlm daerah Jasin...
senang cerita air terjun ni dari belah melaka
sedang air terjun Gunung ledang sebenar terletak di Hutan Simpan Tangkak, Johor
air terjun ni kecik aje.. tapi banyak batu-batu

macam-macam cerita


17 Dis 2009
tarikh anniversary kami yg ke-3
3 tahun kawin baru sorang cahayamata
alhamdulillah, sepanjang perkahwinan ini
aku bahagia sekali
punya hubby yg penyayang dan mengambil berat
punya zuriat penguat cinta dan penyejuk mata

menyambut anniversary kali ini
biasa-biasa saja
kalau last year aku dibelanja di KL Tower
tahun ni, turn aku pulak belanja habib
mulanya kami makan di Pappa Rich
tapi tak menepati selera habib
takde feeling lah masa tuh
dah la makan setakat menggalas perut je
kedai plak penuh
takde feel tuk romantik-romantik


kemudian, aku belanja hubby lagi di Umbai
masa tuh on da way balik Melaka sempena cuti Awal Muharam
apa lagi kan kita makan seafood laa
; kupang berlada, butter prawn, sotong goreng tepung dan siakap kukus
memang marbeles.... makan 2 orang baru RM60 je...
kalau makan kat KL mana nak dapat rege murah
siap boleh tapau lagi bila tak abis
hubby pun nampak suka dan berselera
esoknya kami bawak nabihah mandi air terjun Asahan
[gambar upload kemudian]
cuti kali ni memang menyeronokkkan
dapat lepak kat kampung
dapat bawak nabihah tgk monyet, lembu, kambing kat kebun Pakcik Nuar
dapat tgk nabihah kejar ayam
hehehe kelakar anak mama tu kejar ayam

nabihah, minggu depan kita cuti lagi
abiskan cuti tahunan di Teluk Intan pulak
dah lama tak balik sana kan
nanti kita ajak ayah pi Pangkor ok
mandi laut pulak

Thursday, December 17, 2009

Anak mama bila sihat!

ok buat mama yg ada anak-anak teruna tu...
silalah consider n booking awal-awal eyh
karang terlepas anak dara I yg rajin nih
hahahaha



tumbuk bawang sampai hancur ye sayang....
bagus chef mama nih....
dah tua esok... bleh mama rehat


muka budak yg dah lama tak main air kolam/sungai/laut


huhu bes nyer


ayah... jom join nabihah!
syiok ni....

Pakngah n Makngah dr Mekah

posing di KLIA

posing lagi

antara beg jemaah





mak ngah n pakngah

kita ambik gambar dulu






seronok tengok wajah-wajah yang telah selamat pulang.....

dgn beg-beg besar gedabak
dgn pelbagai cerita dari tanah suci
hati ini bagai tidak sabar untuk ke sana menjadi tetamuNya
ps: abang, mudahan rezeki kita utk ke sana dipermudahkanNya.... walaupun sepatutnya tahun 2023... moga-moga ada rezeki awal kita ke sana...
dalam diri masih muda... kuat tenaga....juga masih ada nyawa....
amin! amin! amin!

Wednesday, December 16, 2009

masuk majalah

Disebabkan takde wartawan nak offer kitorang jd cover majalah...
coz we are not the so-called celebrity
and
disebabkan kebosanan yang melampau [walaupun keje melambak]
and
tetiba je tau pasal kewujudan magmypic
maka...
i wish to introduce to u
my own-style magazine....
the one and only....












Monday, December 14, 2009

si budak yg demam


tgh malam tadi, badan nabihah jd panas, kesian anak mama demam ... tak lena tidonya malam tadi.... sudahlan terbatuk-batuk.... diserang selsema lagi.... tak nyenyak tidonya.... mama juga tak dapat lena....

ari ni mama bawak masuk opis.... tuk temankan mama buat keje [in reality tak buat papepun dari tadi... makan gaji buta mama arini nabihah....]....

sebenarnya..... mama.....tak sampai ati nak anta nabihah p nursery....

tak sanggup tengok nabihah nangis2 lambai tgn mama dalam keadaan tak sihat macam nie.... tak terbayang layanan cikgu2 nursery masa nabihah demam [walaupun mama tau cikgu2 semuanya baik pada nabihah].....

maafkan mama kerana terpaksa bawak nabihah dtg opis mama [ maaf ya Mr. boss... saya takde pilihan lain] ... mama tak dapat cuti dan kita tak dapat rehat2 kat umah....sambil tengok upin ipin...... mama tak dapat masakkan bubur dan sup ayam kegemaran nabihah waktu demam camni....maafkan mama ye sayang....

apepun, mama dapat luangkan masa dgn nabihah di sini....di opis mama sepanjang ari.... dapat BF nabihah puas-puas.... fresh lagi.... dapat suap nabihah mash potato.... pun dah cukup tuk mama..... dan melihat nabihah senyum pada mama..... so sweet baby mama...... semoga cepat sembuh....



model bermuka monyok....

muka budak yg baru bgn tido....



masa anak mama tido..... terpaksa dikepung



sedang mimpi indah

Wednesday, December 9, 2009

Our Journey (7)




lama dah telenovela pasal perkenalan ikin dgn hubby sangkut
tak berapa nak ingat lah....
cite pun dah lebih 5-6 tahun lepas
memory short sangat2 waktu ni

habis je kitorang grad.... terus chambering 9 bulan and called to the BAR


then,


April 2006- ikin dapat offer gomen as legal officer..... terus dicampak d KL Court


Jun 2006- hubby plak dapat gomen.... ditempatkan di Fed Court Putrajaya


21-08-06- bersamaan tarikh nikh CT Nurhaliza, kami bertunang


17-12-06- kami sah jadi suami isteri-majlis di Melaka,


mas kawin [amaun ditetapkan MAIM] hantaran RM rahsia


25-12-06- majlis sambut menantu di Perak


26-12-06- honeymoon @ EQ cameron


September 2007- become pregnant


06-07-08- lahir our first baby girl-Izzah Nabihah Ashraf Rezal @ Hospital Putrajaya


2010- waiting for da arrival of our second baby..... [mudahan ada rezeki kami, Insyaallah]


2012- waiting for da 3rd one and so on.... huhuhu [berangan bolehlaa]




gitulah seadanya telenovela kami.... takdelah bes sangat pun.... cumanya banyak kenangan yang tercipta sepanjang kami berteman..... ada tawa, tangisan, duka, rajuk.... tersemat elok di memori walaupun dah banyak lost memorinya.... kena tukar 'simkad' baru kot yg lebih mega pixel....

Our Journey [6]



Keabadian Cinta


Selembut bicara

Sehalus sentuhanmu

Layangan pesonamu

Tak mungkin ku lupa

jelingan pertama

Nan indah penuh makna

Akan ku sahut cintamu itu

Bersama kita menuju bahagia

Takkan laguku sendiri

Kasih yang berlabuh kini

Terasa keabadian cinta kau beri

Mungkinkah daku bermimpi

Sebahagia begini

Ini bukan ilusi oh... kasih

Seindah irama

Gemersik suaramu

Mengalun sepiku yang merindu

Akan ku sahut cintamu itu

Bersama kita menuju bahagia

Tuhan merestui

Bahagia begini

Kasihmu nan suci

Tuesday, December 8, 2009

Marah

marah!
penah tak kalian rasa marah?
sangat-sangat marah?
yang tak mampu tuk ditahan
lantaran tak dapat diluahkan
sehingga mengigil menahan perasaan
dan natijahnya
sehingga menitiskan air mata....



marah ini
walaupun telah dirawat
dengan wudhu dan solat
diiringi ayat suci Qalamullah
namun
masih gagal dirungkaikan



marah ini
tak tau bila kan sembuhnya
kerana aku manusia biasa
kadangkala lupa, jadi reda
bila teringat, marah semula


Monday, December 7, 2009

Rasa berdosa!!




petang semalam ikin dan famili shopping @ JJ Setia Wangsa..... kebetulan nak beli beras and sikit barang basah.....


sebenarnya bukan nak cerita tentang apa yang ikin beli.... berapa banyak yang ikin berabih....
.....
tapi ada satu cerita yang telah membuatkan ikin rasa berdosa hingga saat ini.....dalam pada shopping tu.... ikin telah menjenguk tempat ikan..... sedang dok pilih nak beli ikan apa....
tiba-tiba excited tengok udang putih bersaiz besar depan mata.... wah! besarnya.... bes nih!
then tertengok board yang tercacak kat dalam ais keliling udang.....
oh rupanya ada diskaun... 100gm RM 1.30... tergoda jugaklah..... dah lama tak makan udang besar.... ikin pun cekup lah HANYA 5 ekor..... kemudian ikin hantar timbang.... tengok-tengok.... SEPULUH RENGGET!!


nak letak balik, malu...karang kena gelak je sebab amik 5 ekor....pulak orang ramai kat situ
nak cancel....... malu pulak kat tukang timbang tu.... mesti dia kata dalam ati: pompuan niih awat buat muka terkulat-kulat tengok rege udang .... kalu takde duit, jangan sibuk nak makan udang besar!!!


ikin pun berlalu sambil membawa udang tersebut dengan hati yang gundah......
..... dok pk.... nak letak mana udang nih.... kalu tunjuk kat hubby nanti.... sure dia ngamuk..... jgn belajar makan mahal-mahal.....
.... tak kan nak letak merata-rata pulak....udang ni walaupun dalam plastik, tapi berair jugak...
sampai kat lorong barangan kering.... ikin nampak satu troli lain....
ikin anggap troli tu tak berpunye.... coz takde sape pun berada berdekatan troli tersebut.... walaupun ada kotak tisu di dalamnya.....[maafkan ikin kalau tersalah anggap!]

tanpa sebarang perasaan... ikin letakkan udang tersebut di situ.... dan berlalu....


so, sesiape yang terperasan tetiba je ada plastik udang dalam troli dia masa membayar kat kaunter JJ jam 3 petang semalam..... dan terpaksa rela membayar sepuloh rengget tuk 5 ekor udang.....
sila maafkan hamba....sila maafkan hamba..... sila maafkan hamba yang berdosa ini....


p/s: tobat tak nak wat laagi....

Saturday, December 5, 2009

Our Journey (5)

seronok sangat jumpa balik diary 2001 tu.... boleh gelak sorang-sorang.... ada coretan ikin berbaur kegembiraan.... kesedihan.... tension.... marah.... dan paling tak tahan, ada ayat2 jiwang.....
antaranya " ingin aku lontar kekecewaan.... jauh di balik gunung... tapi aku tau... hakikat yang harus aku ingat.... kekecewaan itu asam garam kehidupan"..... "
dan lagi
" antara tawa dan senyuman.... antara kasih dan sayang.... kusatukan di sudut kalbu, moga hati kita tidak terguris dan tiada yang kecewa....walau ribuan dugaan datang melanda... bertawakallah kepadaNya..... moga rahmatNya terus memelihara kita selamanya" .....
dan banyak-banyak lagi...... yap! sememangnya ayat dari novel..... (hobi yang telah lama ditinggalkan)... sekarang... nak mengarang ayat romantik lama terkial-kial.... dah tak macam dulu....
bila ikin cek diari 2002.... tuk cungkil kisah kami.... ehh! satu coretan pun takde.... ikin lupa tulis ke time tuh.... musykil gak .... coz, zmn muda mudi dulu.... time-time jd siswi..... diary is my bes fren.... sebelom tido, mesti dok tulih apa jadi hari tu.... supaya bila tua-tua sok, ikin dapat kenangkan balik.... dapat sengih sorang-sorang.... boleh cite kat anak-anak perjalanan hidup mamanya ni...... tapi sedih..... sedih sangat bila bukak diary tu kosong.... takde satu kenangan pun tuk diingat.... tuk dikongsikan.....
so terpaksalah ikin rewind otak kiri dan kanan tuk ingatkan balik sejarah cinta kami....
tahun 2002, rasanya masa tu kami second year..... ikatan masih cam biasa.... walaupun ikin tau ada jugak orang mempersoalkan..... ada yang kata ikin tak layak buat dia.... dia cerdik orangnya.... tiap sem dapat deanlist....pointer tak kurang 3.5 ...... sedang ikin..... biasa-biasa saja ilmunya....tiap sem dapat bawah 3.0/ lebih sikit je..... dia dapat perhatian lecturer.....dipuji melambung-lambung...... terutamanya DR Baha Criminal Law.... sedang ikin..... DR Baha pun tak penah kenal....dia amik civil law.... sedang ikin syariah law (walaupun tak abih tahun 5)......ada yang kata dia baik dan mesra, .... sedang ikin pendiam.... tak reti bergaul.....sombong..... dan banyak lagi.....
tapi ikin tau..... dia tak penah ambik kisah.... tak penah peduli kata orang....dibiarkan jelah....
Sambung esok pulak..... nak rewind memory... dh byk lost....

Friday, December 4, 2009

Our Journey (4)


tarikh-tarikh penting sepanjang kami berteman


(tarikh-tarikh ni ikin dapat setelah terjumpa balik diary 2001 tempohari....TQ mak sebab tak campak tong sampah diari-diari buruk tu....)




08 April 2001- daftar di maincamp..... perkenalan berterusan.... ada saatnya; kami bergaduh, kemudian berbaik semula, merajuk, dipujuk balik, kadangkala moody (selalunya ikin laa) kadangkala hepi ... gitulah adatnya hubungan kami... ada pasang surut



27 Disember 2001/12 syawal 1421- dia mengajak ikin bertemu dengan famili dia... yg kebetulan datang beraya di rumah maklang Arah Keramat.... itulah kali pertama bersua muka.... berkenalan..... kali pertama ikin berada dalam keluarga yang 'besar' jumlah dan saiznya.... dia ada 10 org adik-beradik...7 lelaki dan 3 perempuan.... .dan boleh dikatakan adik-beradik lelakinya big-big size belaka..... sedang dia anak kelima....dan yang paling kurus antara mereka.....




25 Julai 2001- pertama kali tau besday dia....ya! ikin sikit 'tua' dari dia.... 6 bulan aje sebenarnya.... ikin bertemankan K.mazu, pergi beli kek d OTK dan kad besday... then bagi kat dia.....agaknya dia terharu tak? ntahlah ikin pun dah lupa....


when you decide to love
allow it to grow
when u promise to love
refuse to let it die
TBC....

Thursday, December 3, 2009

Sengal!

pagi ni aku dah memalukan diri sendiri.... ye.... memang sengal.... tak tau nak mulakan cite camana sebenarnya nie....amaran: pls jgn masukkan aku dlm senarai org2 kurang cerdiik selepas kalian membaca cite ini....
hari ni aku ada 1 file....
melibatkan permohonan D untuk perintah kebenaran P menyampaikn dokumen2 kpd Pengarah Jab.Kimia untuk dianalisa tandatangan D...
kesnya takdelah complicated sangat ....berkaitan surat ikatan amanah yang ditanda-tangani P & D....
D tak ngaku signage dia dalam dokumen tersebut....
then, D buat laporan polis.... so jadi kes polis pulak.... ( scenario selepas ni, utk siasatan jenayah ) kemudian, P diarahkan utk bagi salinan asal dokumen tersebut kpd polis... polis pulak telah hantar kepada Jab. Kimia utk dianalisa.... seterusnya, Jab kimia keluarkan laporan analisa... polis serah pada pendakwa untuk tindakan seterusnya.... boleh dikatakan siasatan jenayah telah selesai.... hanya menunggu proses dakwaan atau sebaliknya.....dan kertas laporan analisa adalah dokumen sulit.
berbalik kisah kat atas.... pagi ni D insist to proceed dengan bicara...
hujahnya.... itu adalah hak dia untuk membela diri....
laporan analisa untuk dimasukkan dalam bundle of documents....
laporan analisa di atas hanya berkait dengan siasatan jenayah...
tiada kena mengena dgn sivil matter.....
ofcos P object.... katanya Jab. Kimia dah buat benda yang sama...
permohonan D menjadi akademik... dan membuang masa mahkamah...
D patutnya boleh minta salinan laporan analisa daripada polis tapi tak nak mintak.....
pihak-pihak terus argue.....mempertahankan hujah masing-masing
aku tak larat nak handle lama-lama...
terus fixkan 1 tarikh lain minggu depan tuk SB... keluar dari chambers, aku called I.O Tn R, tanya dia, boleh ke Mahkamah dapatkan sesalinan laporan analisa Jab Kimia tuh?. Tn R kata takde masalah, in fact dia telah bagitau aku hasil analisa tersebut. aku cakap, petang karang akan buat surat secara formal. dia kata ok.
(tujuan aku nak dapatkan dokumen tersebut ..... supaya aku boleh tunjukkan kt D bahawa apsal ko nak susah2 dapatkan perintah Mahkamah....sedangkan ko boleh dapat dengan mudah.... dan jimat masa mahkamah ... end up, tak prejudiskan ko pun....so boleh proceed dgn trial kan {actually dah 5x CM date been fixed})
lama aku berpk pas kami sembang kat talian.... rasanya wajar aku dapatkan pandangan dari big bos Pn H... semuanya aku ceritakan.... dari A to Z....
at last Pn H gtau aku 'syikin , apa yang U susah-susah sangat, u dengar jela then U tolak.... tak payah laa U susah-susah dapatkan dokumen bagai... nampak cam U dah biased kat P ...' aku terkedu.... malu.... tu pun tak boleh pk.....
ish sengal sungguh la pagi nih....

Our Journey (3)

ni la kad raya nya .... silalah hargai bait katanya seperti di bawah:-

'BETAPA BERBANGGANYA AYAH DAN BONDA MEMBESARKAN KAMU SEMUA. PENAT LELAH SELAMA INI MEMBAWA SINARAN BAHAGIA UNTUK SEMUA. KEJAYAAN KAMU SEMUA DI ATAS BERKAT USAHA TANPA MENGENAL ERTI PUTUS ASA. DI HARI YANG MULIA MUNGKIN KITA TAK DAPAT BERSAMA SEKELUARGA, NAMUN PERASAAN RINDU TERPAKSA KITA RASA SEKELUARGA. HANYA POTRET KELUARGA PENAWAR DI HARI LEBARAN. SEMOGA KITA SEKELUARGA TABAH MENGHADPI DUGAAN YANG ESA.




reaksi ikin? .... terpaku.... betul ke dia ni? asyik sangat baca buku sampai tak reti bezakan kad buat kawan ataupun keluarga agaknya..... huhuhu....
anyway, kad tu kadangkala buat ikin tergelak sorang-sorang melihatkan kartunnya.... gambar di muka depan gambar anak-anak di balik batang-batang pokok.... yang diliputi salji.... dan memakai baju sejuk.....membawa maksud... dorang study oversea... gambar kat ruangan dalam... gambar kenangan anak-anak tu masa kecik jalan beraya dengan mak ayah keliling kampung dengan motor kapcai.......memanglah lawak... takde kena mengena dengan ikin langsung....
tapi tulisannya di baris akhir berbunyi :- 'saya seronok dapat jadi kawan awak...itupun kalau awak anggap kawan le...' benar-benar buat ikin terpana.

sebelum saat itu.... ikin hanya melihat dia tak lebih dari sorang kawan biasa....
hanya teman kuliah.... tiada yang istimewa....
dia, kawan yang tak penah ikin sembangkan sebarang cerita....
dia, kawan yang tak pernah ikin kongsikan rahsia......
malah, dia juga, kawan yang tak pernah ikin lemparkan senyuman......
dialah kawan yang tak pernah ada apa-apa kaitan dalam hidup ikin sebelum ini......
tapi dia cuba berbuat baik..... cuba menjalin persahabatan
tapi ditolak secara percuma
pernah cuba meminjam notanya walaupun tidak diminta
saat dikirimkan kad raya, terima kasih pun tiada.....

sehinggalah pada tanggal 28-02-2001, malam menjelang final exam 2nd year....
ikin menelefon kawannya A.... (kerana dia tidak memilki handphone saat itu) ... utk bercakap dengan nya
tiada niat lain selain mengucapkan gud luck padanya untuk final exam esok hari.....
terdengar nada suaranya amat ceria.... gembira.....
mungkin tidak disangka........ malam itu lah pertama kali kami bicara sebenarnya...
bermula detik itu .... kami mula berkawan


apa jadi seterusnya saat melangkah ke UIA maincamp?
ok... to be continued lagi.....

Wednesday, December 2, 2009

Our Journey (2)

sebaik ikin membaca emel tersebut....
masa tu memang rasa nak sekeh jer kepala dia... biase dia tu....
rasa nak cili-cili je mulut dia.....
ikin rasa tak berbaloi untuk dibalas emel berbaur perkauman tersebut....
end up, emel tersebut didelete.....buat semak inbox je.....
(ikin rasa masa tuh mesti brother ashraf rezal tu frust menonggeng.... [perasan] hahahaha)


then, start aritu ikin jadikan dia musuh ikin....
tunggu masa jer untuk diserang hendap....
bila kami bertembung untuk pergi-balik kelas, memang ikin menyombong dengan dia....
pandang pun tidak.... apatah lagi senyum kat dia.....never!
ikin masa tu memang tak suka sangat dengan dia dan kawan-kawannya....
perangai tak senonoh....(harap kawan-kawan hubby yg baca ni, jgn marah ek... ni cite zmn muda remaja dulu..... sekarang semua dah berjaya jadi 'orang'....)
ikin ingat lagi, especially masa kelas FKM,
antara muka-muka orang yang paling lambat masuk kelas, geng dia lah....
lecturer masuk kelas, baru diorang terhegeh-hegeh masuk...
jalan berderet-deret macam anak itik.....
pastu duduk berjemaah ...... kat baris belakang.... dekat-dekat ngan tempat siswi....
podaaah..... tak macho langsung!



tapi bila masuk 2nd year Matrik, semua orang mula sebut-sebut nama dia. roomate ikin, K.che selalu puji....katanya ashraf tu pandai....lecturer suka puji-puji.... Madam Waheeda dan Madam Humaiyyah suka sangat dengan dia....buat nota complete..... bila tutorial, banyak bagi soalan/jawapan.....bila mid-term and final exam, score.... then, selalu lepak kat library.... dah mula ada secret admirer....oleh kerana, ikin ni tak berapa ngam dengan dia sejak terima emel dia dulu... so segala cerita tentang dia takdelah ikin amik pot sangat..... dengar gitu aje...


seminggu menjelangnya Idul fitri pada 26-12-2000, ikin menerima sekeping kad darinya....
ingin tahu rupa kad tersebut dan isi kandungannya.....


to be continued tomorrow
saja bg suspen.....

Tuesday, December 1, 2009

Our Journey(1)

Disember datang lagi.....

i'm soo happy.....:
(1) banyak sangat cuti-.....Awal Muharam.... Christmas Day.... awal tahun baru... yabedabedu
(2) my 3rd anniversary to be celebrated on 17-12-09
(3) court vacation from 21 hingga 31-09-09: kurang sikit kerja opis walaupun kes-kes tidak boleh sewenang-wenangnya ditangguhkan.... AAARRGHHS


bersempena datangnya anniversary kami....
ikin nak bercerita tentang perkenalan ikin dengan hubby....
bermula hari ini sehingga episod terakhirnya pada 16-12-09 akan datang....
cerita cinta kami tidaklah sebest cerita 'Nurkasih' TV3 tu....
kisah kami juga tak sesadis kisah drama 'the Little Nyonya' NTv7.....
kisah cinta kami biasa-biasa saja.....buat novel pun... sure tak laku
ikin kenal hubby masa Matriks UIA lagi, tahun 1999....
alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke sepuloh la kenal dia....
tapi masa Matriks tu, ikin tak layan sangat pun dia... tak bercakap pun....hanya jeling-jeling dari jauh je....


may be masa tu, ada banyak sangat pilihan hahahaha.....plsss....
masa tu kebetulan sedang berkawan dengan budak UTM Skudai course civil engineering.....kenal pun kerana kawan.... kawan pun tak sampai setahun.... tapi bila makin kenal dia, ikin rasa hubungan kami tak boleh pergi jauh.... banyak sangat perbezaan....
dalam masa berkawan dengan budak UTM tu, ikin kenal sorang lagi kawan, budak UM, pun kawan yang kenalkan....course Pengajian Islam-Siasah.... dulu mana ada handphone kan, so masing-masing bertukar surat je laah....dia pun jauh kat Nilam Puri.... bila dia tulis surat.... suka cerita dan tanya pasal politik, isu semasa, hal keagamaan ....opps! bukan ikin tak suka yaa... tapi janggal sangatlah....terlalu skima dan formal....the relationship seems doesnt come naturally... pun tak kawan lama ....


dipendekkan cerita.....dalam masa mencari-cari 'kawan' ni....first time ikin kenal hubby masa kelas CCU English....this time, takde orang kenalkan pun..... kenal sendiri-sendiri.... masa tu dia takdelah glemer sangat... kawan pun dengan orang-orang yang macam dia jugak, kecik kurus belaka.... agak pendiam dan pemalu.... masa tu, senang cerita, ikin tak pandang pun kat dia... ceh, macamlah dia pandang ikin kan masa tuh kan.....huhuhu


2nd sem, hubby yang dulu hulur salam perkenalan.... melalui emel....
guess what first emel dia tanya...... ikin ni jawa ker tak....
may be tengok nama ayah yang bunyinya ala-ala jawa kot!
dan kebetulan masa tu kami menetap di Johor....
naik hangin jugaklah masa tu....
my immediate responds : ello brother....u ingat semua orang Johor tu jawa eyh? i tak jawa ek! tapi kalo jawa pun kenapa? u ada masalah dengan tempe ker? ..... @#$%^&*
ikin memang bengang la masa tu dengan brother nama Ashraf Rezal tu.... ada ke patut mempersoalkan asal keturunan ikin! reaksi ikin selepas membaca emel tersebut?


to be continued....

Monday, November 30, 2009

Korban Raya (2)



saat hujan lebat dan angin kencang

wajah-wajah mangsa ribut....







rumah orkid yang tumbang dihempap pokok besar


pokok-pokok orkid yang berjaya diselamatkan



kerja-kerja pembersihan



gambar dari dalam garage kereta




menilai kerugian



saat orang lain dalam kesedihan meratapi tumbangnya pokok epal
ada sorang budak dalam kegirangan
asalnya nak bagi mandi ujan
tapi cancelled dek angin kuat dan guruh berdentum dentam