Thursday, October 29, 2009

aku sepasang kasut

Aku dilahirkan di sebuah negara yang aku pun tak tahu apa namanya. diperbuat daripada campuran kulit dan lain-lain material. warnaku hitam berkilat di bahagian luar dan coklat gelap di bahagian dalamnya. setelah aku melalui proses rekaan, dan dicipta secantik rupa, aku pun dihantar ke sebuah negara bernama Malaysia untuk dipamer dan dijual pada mereka yang berkeinginan. cara penghantaran, aku pun dah tak berapa ingat, samada melalui kapal laut ataupun kapal terbang. ketika menjejakkan kaki di Malaysia, aku telah dihantar ke sebuah gedung membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, Sogo namanya. di situlah aku memulakan kehidupan bersama teman-teman baru. melihat gelagat warga kota yang gila membeli belah terutamanya semasa jualan murah dan di hujung bulan.
...
Beberapa bulan selepas dipamerkan, aku telah berjumpa dengan seorang perempuan kecil molek yang cun wajahnya. aku tertarik dengan perempuan tersebut. perempuan itu menghampiri dan mengambil aku dari tempat pameran. lantas dipegangnya aku penuh kasih sayang. diletaknya aku di lantai secara perlahan-lahan, dan disuakan kakinya yang kembang itu. 'akak nak cuba ker?' tanya seorang promoter yang tak berapa cun. perempuan itu mengangguk sambil tersenyum manis. disarungnya aku ke sebelah kakinya, lantas memuji 'hmmm, cantik laa kasut nih... murah pulak tu....' terdengar dia bersuara halus. akhirnya perempuan itu bersetuju memilikiku lalu membayar sekitar RM80.00 [70% diskaun] dan membawaku pulang.
...
hari-hariku berlalu penuh keindahan bersama perempuan itu yang kupanggil Pn Syikin. ke mana saja destinasinya, kami akan pergi bersama, tak kira waktu dan ketika. susah senang jua kami kongsi berdua. di saat aku kekotoran, Puanku akan segera membersihkan badanku agar sentiasa kelihatan baru. aku bahagia kerana disayangi dan dihargai. aku menjadi kebanggaan Puanku sehingga berbulan-bulan lamanya. sehinggalah pada suatu hari, Puanku melihat aku penuh kesedihan, rupanya aku telah mengalami kecederaan. dia nyata tidak gembira. dia mengadu kepada teman-temannya
' Tengoklah, kasut ikin dah berlubang... terpaksa beli kasut baru' puanku menyusun kata. aku terkedu mendengarnya.
'tu laaah... beli lagi kasut takde jenama....tengok Muz beli kasut mahal, tahan...' sorang kawan Puanku bernama Puan Nadiah menjawab laju sambil tersengih-sengih. ohh tidakkah dia tahu perasanku saat itu.
'ehhh! ikin beli kat sogo tau....' Puanku segera menjawab, lantas sedikit sebanyak hatiku terubat.
'berjenama jugak nie...!' Puanku menyambung... lantas diangkatnya aku sedikit tinggi. terintai-intai bahagian dadaku.
'eh! dah hilanglah jenamanya...' Puanku termalu sendiri. aku lagilah lebih malunya.
kawan Puanku mula gelak besar. Puanku juga sama tapi masih sempat 'cover'. dia palingkan aku ke bahagian tapak.
'Hah! adapun, ni haa Valentino Creations tau...' Puanku menjawab lega.
...
aku mendengar gelak mereka masih bersisa. aku sedih. selepas ini, mungkin Puanku akan menggantikan aku dengan kasut yang baru, yang lebih cantik, harga yang lagi mahal.... apatah lagi selepas mendapat saguhati RM500 Disember nanti. khidmatku akan ditamatkan selepas itu dan aku akan tersadai di rak kasut sepertimana kasut-kasut yang telah tidak digunakan lagi. begitulah kisah aku sepasang kasut.....bernama.......Valentino Creations.



inilah rupaku menjelang hari tua


ini pulak namaku yang sedikit kabur untuk dibaca




kecederaan yang aku alami.
parah dan tidak dapat diselamatkan lagi

celebrating hari raya @ Pangkor Island

Sebenarnya minggu kedua selepas raya aritu, kami sekeluarga disponsor oleh T/n Firdaus Rizal & Co a.k.a syarikat guaman my brother in law untuk bercuti bersama-sama...
bersamaan menyambut hari lahir mak dan abah yang jatuh pada 4 & 5 Oktober lepas.
senang kata, kire macam family day laa
disebabkan kesibukan yang melanda, aktivt menepek gambar2 di pangkor terpaksa ditunda sehinggalah ke arini...
ni pun, curik mase sikit tgk blog kejap, dah lama tak update!
gambarnya banyak tapi malas nak tepek banyak2, so hanya ini sajalah yang dapat ditepek dibuat santapan mata

ni dia mama cun di jeti Lumut, sejurus sebelum bertolak ke Pulau Pangkor
sebenarnya ni trip kedua
dulu dah penah pergi sekali
masa pregnant 6 bulan,
kira mengenang sejarah lama laa tuu :)
sib baik tak beranak kat Pangkor masa tu, kalu tak
mau mama dapat tiket free naik feri seumor idup heheh


sebaik menjejak kaki di Jeti Pangkor
bergambar dgn family kak Wun

nabihah n cousin2nya

sebaik meletakkan segala barangan di apartment yang kami sewa i.e Coral Bay Resort
nabihah n the geng terus terjun tuk mandi kolam
masa kami sampai, nabihah belum ade boat kecik lagi
terus ayah dia pi beli
mari mari ambik gambar!!

mandi sampai tak ingat donia budak nabihah tu
jari jemari dah kecut masih nak dok dalam air

malam tu sebaik abis dinner
tak sah kalau tak singgah di kedai jual cenderamata
tengok tu, nabihah dah pilih apa yang dia nak



mama, yang ni pun nabihah nak!




kebetulan ketika kami datang kali ni, ada pesta tanglung
pesta ni dirasmikan MB Perak Dr Zambry yang memang asalnya dari Pangkor
ada pertunjukan bunga api lagi
uniknya tanglung2 tu diperbuat dari plastik2 biasa je, dari botol mineral pun ada
kreatif gak laa orang2 Perak nih...





esoknya, apa lagi

'....bercanda di pasiran pantai....'

suka tengok nabihah buat sand castle

sand castle yang cantik dan besar tu, ayah nabihah yang buat
sand castle yang kecik
yang kat hujung kaki mama nabihah tu plak,
mama nabihah laa yang buat
comey gak kan hehehe




say cheeeseeee
nabihah comot baru lepas makan biskut



so swittttttt



ok hari ni dah nak balik dah
apasal masam je muka anak mama?
next time
kita datang lagi yaa sayang
baju batik pangkor kenangan buat nabihah
TQ to abg dos and co kerana sudi menaja percutian kami
sorry bebanyak kerana gambar tuan yang menaja tak sempat kami ambik
TQ to K.wun and Apis satu family kerana berjaya memujuk kami menyertai family day ini
TQ to Ayun and Amira kerana sudi menjaga nabihah si saat memerlukan
TQ gak pada my hubby jaga nabihah masa mamanya berurut di SPA
hehehe
pasni boleh mama pegi SPA lagi kan? sronok dapat berurut dan berscrub selama 2 jam...
and
HAPPY BELATED BESDAY TO ABAH AND MAK
moga panjang usia, murah rezeki dan dirahmatiNya dunia akhirat

Tuesday, October 27, 2009

kesibukan kerja melanda jiwa raga!

ok... kehidupan dah kembali sibuk
petang semalam meeting ngan boss mintak itu ini by this friday
apa lagi tuk prepare statistik lah,
number of cases already fixed for trial, at case management stage, file closed.... etc
ya! bulan 3-5 dulu dah penah buat sekali operasi
... masuk bilik fail tonggang tonggeng...
terbongkok bongkok....
panjat kerusi kat rak tinggi [ofcos aku kan tak berape nak tinggi]
nak lunch pun tak sempat sebab nak kejar dateline....
sampaikan tido malam pun termimpi-mimpi......
abis mengira dan mengecek sana sini... buat data entry.....
hujung minggu pun datang operasi.....
huh! memang penat... sangat-sangat memenatkan
tak sangka meeting semalam pun kena buat benda agak serupa
maklumlah operasi yang dulu tu... formatnya lain
kali ni format yang lain pulak
aku terpk kenapa lah orang atasan ni
bila bagi arahan, tak reti nak bagi arahan yang complete
supaya semua dapat orang paham
supaya kami orang bawahan ni tidak buat keje yang sama dua kali
deme ingat kami suka ke bukak fail yg tebal-tebal tu.........
yang dah berabuk dan berdebu........
dok tercongok dalam bilik fail dan buat data entry............
harapkan staff, berapa keratlah yang menolong secara sukarela
aku kena buat operasi dan statistik tuk fail tahun 2006
fail daftarnya saja sebanyak 1887 OK
lepas ni, aku rasa aku akan terror matematik... dek kerana prepare statistik punya hal
balik umah, tengok muka nabihah pun dah jadi macam nombor ku rasakan
apa nak buat?
bukan ke aku 'saya yang menurut perintah'
lagi banyak tanya...
lagi mau komplen....

Friday, October 23, 2009

sudah gembira!!

OK syikin.... hari ni mulakan langkah baru.... tinggalkan segala emosi-emosi sebelum ni... teruskan langkah, jalan pandang ke depan.... bukan ke belakang.... bak kata iklan Petronas....
esok my hubby balik dari berkursus di SP Kedah... memang rindu... dah 2 malam tido bertemankan nabihah... sebelum ni, memang tido berdua dgn nabihah, tapi tak rasa apa, kerana suami ada di rumah bersama... selalunya aku akan tido dulu berbanding suami yang banyak meluangkan masanya di kaca TV... tengah malam baru menjengah kamar beradu sedang aku dan nabihah nyenyak tido.... tapi kali ni, terasa asing, sunyi walaupun bertemankan nabihah dan kawan-kawanku Azah dan Muz yang dijemput khas menemani aku semasa ketiadaan suami tersayang...
sebelum tido aku menelipon suami, cuba mengeluarkan ayat romantik-romantik.... tapi semua skill yang ada sewaktu bercinta dulu, hilang ntah ke mana... paling tidak pun kuucap, nabihah rindu ayah dia, asyik ingat ayah dia, sebut nama ayah dia... walhal, dalam hati sebenarnya bermaksud mama nabihah... malu mungkin aku nih... seiring peningkatan usia agaknya.... dan bak kata orang, malu tak bertempat...hahahaha
tapi truly, nabihah tak ingat langsung kat ayah dia, buat dek aje... maklumlah ada 2 orang acik/auntie yang suka melayan dia.... bila ayah dia tepon nak dengar suara anaknya, dia jerit kuat-kuat tanda penuh kegembiraan... langsung tak sebut nama ayah... sibuk dengan mainan... agaknya, kalu ayah dia kursus sampai berbulan-bulan, sure dia lupa terus yang dia masih berayah...nabihah! nabihah!
Yey.... esok cuti hujung minggu, banyak yang dah aku rencanakan...
pertamanya untuk kemas rumah... supaya bila suami balik nanti, hatinya tenang melihat rumah bersih dan kemas... harus ku sorok segala mainan nabihah esok.. si kecik itu, pantang jumpa mainan habis disepah-sepah satu rumah.... takpe, mama pasang cd upin dan ipin utk nabihah habiskan masa esok hari... dan masak sedap-sedap supaya nabihah dapat tido kekenyangan kemudiannya... dan mama dapat teruskan agenda untuk mengemas rumah kita, menyapu, mengemop, dan kerja rumah lainnya...
keduanya, memasak makanan kegemaran suami... aritu masa ajak member datang beraya ke rumah, tak sempat diselamatkan sikit carbonara seafood untuk suami, semuanya liciin!!... so demi meraikan kepulangannya esok hari, akan ku masakkan carbonara seafood sekali lagi... di SP tu tak jumpa carbonara seafood aku...
ketiganya, bersiap siap tempat untuk suami letakkan segala macam barangan yang dibawanya dari sana... malam tadi suami kata, arini semua peserta kursus dibawa melawat ke Padang Besar Perlis... dan boleh apply visa sehari tuk masuk selatan Thai sekali... wah sempat shopping lagi, konfius aku... ni namanya kursus dalam bershopping.... sib baik aku tak ikut, kalu tak mahu penuh segala macam barang aku import ke KL... agak-agaknya ade ke adiah istimewa tuk kami di sini? jeng jeng jeng... apepun, mama doakan ayah selamat semasa berada di selatan Thai sana... moga dijauhkan segala musibah dan mala petaka, aminn...
OK syikin.... segala agenda di atas sudah cukup untuk membuatkan kau gembira dan melupakan segala emosi yang melanda baru-baru ni....
positif dalam segala hal... take it as a challenge...and never giv up!! -antara ayat2 glemer zmn sekolah dulu kala yang dtulis dalam buku biodata kawan-kawan-
p/s; oppss... lupa plak... wishing hepi belated besday to my brother Azhar- 22-10-65
moga menjadi ayah dan suami yang terbaik dlm keluarga...

Thursday, October 22, 2009

BerEmosi [5]

Yee... memang betul!
minggu ni memang dikhaskan untuk aku beremosi....
beremosi kerana terlalu banyak permasalahan melanda jiwa....
beremosi kerana terlalu banyak hal-hal berbangkit yang tidak disangka-sangka....
beremosi kerana tidak lagi mampu kutanggung segala keperitan dan kesakitannya seorang diri....
benarlah kata sorang teman, menulis satu terapi....
menulis dapat membuatkan jiwa nan bergelora sedikit reda...
rasa tension akan hilang...
rasa lega selepas dicurahkan....
*******************************************************
2 hari lalu, aku mendapat panggilan/wahyu dari orang atasan
minta penjelasan berkenaan satu fail bicara
aku terus terfikir dan tertanya
bala apa lagi yang menimpa
aku memang tak suka mendapat panggilan sebegitu
kerana ianya benar-benar menganggu
aku pohon sedikit waktu untuk memeriksa
juga perlukan fail di depan mata
membaca dan mencari permasalahannya
_______________________________________________
petang semalam, orang atasan bertanya lagi
mahukan klarifikasi
sedangkan fail belum kujumpa
tak tahu nak kata apa
___________________________________________
pagi ini, akhirnya ku sua
fail yang diidam di depan mata
ku buka ku belek tiap helaian
kes melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia
menuntut specific performance dan gantirugi RM600 Juta
bicara penuh masih berjalan
nak tau isunya -
Defendan fail permohonan minta jaminan kos tambahan
jumlahnya RM1.5 Juta
sebelum ni dah dapat RM250 Ribu
Plaintif komplen kat orang atasan
tidak berpuas hati untuk bagi wang jaminan tambahan
_____________________________________________
wahai Plaintif,
bicara untuk jaminan kos tambahan belum lagi kudengar
afidavit jawapan kau pun belum difailkan
kau dah sibuk bising-bising
buat komplen sana sini
gheeee geramnya aku
tunggulah pada hari bicara
samada jaminan kos tambahan dibenarkan atau tidak
itu discretion mahkamah
mahkamah menilai berdasarkan fakta yang ada
merujuk kepada peruntukan tersedia
nak takut apa
lawan dan berjuanglah selagi terdaya
_______________________________________________
harap-harap tiada lagi panggilan/wahyu orang atasan selepas ini...
yang akan membuatkan aku terus beremosi.....

Wednesday, October 21, 2009

BerEmosi [4]

nabihah,
malam tadi ayah seronok sangat-sangat
dapat tengok nabihah ke hulu ke hilir
terkedek-kedek bawak mainan
bawak makanan
usik sana
cuit sini
gelak mengekeh
nangis melalak
ayah rakam dalam kamera
buat pengubat rindu ayah
buat penawar kasih ayah
ingatan dari ayah
nabihah jangan lupakan ayah
nabihah jangan tak ingat ayah
nabihah jangan lupa sebut nama ayah
nabihah tolong jaga mama
jangan bagi mama nangis sorang-sorang
jangan bagi mama termenung jauh-jauh
perpisahan kita hanya sementara
ayah berkursus nun di utara
sabtu nanti, bertemu kita
ayah sayang mama
ayah sayang nabihah
doakan ayah selamat pergi
doakan ayah selamat kembali

Tuesday, October 20, 2009

BerEmosi [3]

hari ini mendapat khabar buruk
runtuhnya sebuah masjid
runtuhnya sebuah keluarga
cinta yang usianya menjengah ke usia 15 tahun
tidak mampu bertahan lama
tidak kekal hingga ke syurga
kasihan pada anak-anak
Amir Ashraf, Amir Amsyar, As-Syakirin dan Akif Arfan
kehilangan seorang lelaki bergelar ayah
maksu tak tahu apa yang perlu untuk mengubat rindu
jua tak tahu ubat pengubat luka
bersabarlah anak-anak buahku sayang
biarkan perkara yang telah berlaku
siapa kita untuk menafikan takdirNya
sabarlah menempuh dugaan
perpisahan berlaku hanya antara ayah dan ibu
dunia tidak terhenti di sini
teruskan langkah kalian walaupun perlahan
jadilah anak yang soleh dan solehah
kalian harta dunia
jua harta akhirat
sayangku,
kalian tetap permata hati maksu

BerEmosi [2]

cuti hujung minggu baru ni balik kampung, agenda utama, bawak mak tersayang untuk medical check up di Hospital Melaka, doc cakap buah pinggang mak dah teruk dan wajah mak dah makin pucat kerana kurang darah
doc tanya bila nak start buat dialisis, aritu cakap lepas raya....
.......
mak kata kalau boleh dia tak nak buat dialisis, dia fobia dengar cerita mereka yang dah buat treatment tu, sakit sesangat katanya... nak-nak kalau buat kat Hospital Melaka, doktornya kasar, nursenya sombong.... pulak tu dok cakap tak betul, dalam 3 bulan lepas masa mak ditahan untuk masuk darah, doktor kata paling lama pun 2 hari je mak dok dalam wad, tiba-tiba sampai 5 hari, dah lah mak kata diorang semua tu penipu!
......
kemudian mak kata lagi, dia nak buat operation tanam tapak dialisis kat Hospital Selayang, anak-anak ada 3 orang kat KL, 2 orang keje gomen, boleh anak-anak datang tengok, kalau buat kat spital Melaka, jauh ngan anak-anak...
......
dok pulak kata, makcik, tanam tapak dialisis ni sekejap aje, paling lama dok wad pun 2 hari jer, kalau nak buat kat sini, saya keluarkan surat tapi Q panjang laa, hospital gomen. kalau nak refer kat Selayang, susah sikit laa, tulis surat ke sana, banyak procedure, fail dah kat sini.
kalau makcik nak cepat, boleh pergi private.....tapi kalau pegi private, kena bayar laa. kat gomen, tak payah bayar, coz ada anak keje gomen
......
aku tanya; berapa cost kat private doktor?
dok kata dalam RM1500-RM2OOO sahaja. tapi tu pun belum tentu berjaya laa, mungkin kena tanam lain pulak kalau tak sesuai dengan anggota badan yang menerima tapak tersebut. doktor cadangkan buat dengan segera, selagi mak masih sihat kudrat....dan masih belum terlambat
dok tanya mak aritu dah tengok kan tempatnya.
mak angguk saja, dan menambah ; sempitlah doktor!
......
dok kata lagi, awak adik-beradik dah berbincang ke treatment apa untuk mak awak, dah buat pilihan ker.... untuk cuci darah ada 2 cara, yang mana satu bersesuaian? kat pusat dialisis mana yang dipilih, kerajaan ke private? ada yang berdekatan dengan kediaman? saya tengok awak pun macam tak tahu nak decide apa lagi ni
aku kelu tanpa jawapan, lantas bersuara, dok nanti saya bincang balik dengan adik-beradik lain, saya tak berani buat keputusan sekarang, maklumlah saya yang bongsu, kena refer pada abang dan kakak saya dulu.... tak nak pandai-pandai buat keputusan
mak hanya terdiam
.......
dok kata, puan syikin, tak semestinya anak bongsu tak boleh buat keputusan, tak semestinya hanya orang tua saja yang bijak buat keputusan. kadangkala keputusan orang muda lagi baik dari keputusan dan pemikiran orang yang lebih tua...
aku terkedu, tak tahu untuk menjawap apa. aku hanya mampu membalas pandangan dok tersebut tanpa kata-kata.... kosong!
.......
dok kata muka mak kian pucat, kian kurang darah, kerana buah pinggang dah tak mampu nak process darah, dok kata, ada satu cara lagi untuk tambah darah mak, disebabkan mak tak boleh makan hati, limpa, kerang sumber-sumber membanyakkan darah kerana mak ada gout, so dok cadangkan mak ambik suntikan, macam orang diabetis suntik insulin... tapi mak kata dia tak berani cucuk sendiri.
...........
dok memberi tarikh baru 21-12-09 akan datang untuk aku menyampaikan keputusan yang telah dicapai....
aduh..... pening kepala ini sebenarnya.....
tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan mudah dan penuh ikhlas! syukur suami dan nabihah sangat-sangat memahami.....moga mak sentiasa berada di dalam perlindungan Allah selalu, moga panjang usianya, berada dalam keadaan sihat walafiat hingga hujung nyawa.... amin.

BerEmosi

kehidupan tak selalunya indah
bagai langit yang tak selamanya cerah
kadang kala hujan ribut turun mencurah
lantas segalanya jadi berubah
kehidupan tak selalunya tenang
bagai laut yang penuh gelombang
bila tsunami datang menyerang
perenang jua akan kecundang
kehidupan tak selalunya membahagiakan
dipenuhi rintangan jua halangan
tiada jalan mudah mengecap kegembiraan
adatnya menuntut pengorbanan

Friday, October 16, 2009

Being Satisfied!

baru sebentar tadi mengadakan jamuan makan buat member-member opis
kenalan rapat saja sebenarnya, nad, azah, yati, muz, ika, tenet and midah...
jamuan pun ala kadar, masak pun yang simple-simple aje
malam tadi, sibuk mengemas rumah, mop dan sapu lantai, lap abuk kat dinding, lap abuk kat frame gambar, for sure, bukan pompuan yang bernama noorasyikin ini yang buat semua tu ya...
many thanks to my hubby for your sincere help and understanding. luv u so much!

and i lah yang berperang di dapur bersama si kecik nabihah yang teringin menolong mamanya memasak. aduhai chef mama tu, sibuk main lesung batu, senduk dan periuk bagai....
jamuan yang disediakan : spageti bologneise with meatballs, seafood carbonara with crab and prawns, some cookies and cakes, dadih jagung, pencuci mulut ; buah tembikai dan juga manggis. disertakan dengan air longan.
many thanks to member-member yang sudi datang umah i yang kecik itu, yang tak berapa cantik itu, dan bak kata nad, yang takde astro itu, hehehe.
apepun i memang puas hati dapat top up balik jamuan raya tak berapa jadi last year, huhuhu...
and malam ini, open house kat umah my sister plak! makan apa plak agaknya tu?
sejak pas raye nih, asyik makan aje kerojenye....berat i dah bertambah 3 kg sejak raya ari tuh...
memang pueh ati den....
by da way, syawal pun dah sampai kat hujung-hujung, kejap je sebulan berlalu. tup tap tup tap, masuk bulan baru. mak ngah and pak ngah tengah dok sibuk packing tuk ke Mekah, selamat berangkatlah kami ucapkan dan moga mendapat haji yang mabrur, amin!
p/s masa aku register untuk naik haji last year, turn aku ke mekah nanti pada tahun 2023 .... mak aiih lama lagi, ntah sempat ke tidak? wallahu 'alam.

Thursday, October 15, 2009

Bisik-bisik - Masalah!

kata mak, selagi kita hidup, selagi tu lah tak dapat lari dari masalah.... errr.... dah mati pun berkemungkinan bermasalah jugak ke mak! nauzubillahi min zalik
kata suami pulak, selagi kita berada di lingkungan masyarakat, selagi tulah hidup kita terdedah dengan masalah... pendek kata.... kalau hidup sorang-sorang pun bermasalah, apatah lagi hidup bermasyarakat!
sape yang tak penah ada masalah? setakat aku hidup 28 tahun, belum penah jumpa orang yang penah kata hidupnya bebas masalah... dunia apa agaknya yang dia duduk tanpa masalah ek? ajak laa aku join sama!
baik masalah kecik mau pun besar, semuanya bernama masalah...
boleh ke kita lari dari masalah? kadang-kala bukan kita yang sengala mencari masalah....
tapi masalah datang juga tanpa diduga....tanpa dipinta....walaupun hakikatnya kita tak suka!
mendengar cerita rakan-rakan yang bermasalah [i dont mean to hurt u frens]
aku bersyukur kerana hidupku setakat hari ini tidaklah memberikan masalah besar,
sikit-sikit tu adalah...adat hidup manusia!
cuma kadangkala aku merasa cukup kagum dengan semangat kawan-kawan yang berani, tabah dan berusaha pelbagai cara demi mengatasi masalah yang ada!
ada masanya masalah mereka cukup berat aku rasakan....
tak pernah terlintas di fikiran
tak penah terbayang walau sesaat
kalau aku di tempat mereka pun belum tentu menjadi sekuat dan setabah itu.
buat kawan-kawan,
jangan lari dari masalah, berani berdepan dengan kenyataan, sediakan segala perancangan, mental dan fizikal, tiada yang mustahil untuk diselesaikan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...

Wednesday, October 14, 2009

demam tumbuh geraham dan ulser

hujung minggu lalu, kami sekeluarga tak dapat kemana-mana, buat mereka yang menjemput kami ke open house, dan juga majlis kawin, maaf kerana tak dapat memenuhi undangan. nabihah demam panas yang agak teruk, merengek-rengek tak tentu pasal sehingga menyebabkan mamanya selalu hilang sabar.... [pengakuan terbuka ya!] mama tengok nabihah asyik keluar air liur jer, mama tertanya-tanya nape? bila mama cek, ohh geraham dah nak keluar, patutlah demam dan merengek sakit. berdenyut-denyut agaknya ya sayang....sian anak mama! patutlah tak nak makan, tak nak minum....


bila dua hari demam tak kebah, mama bawak jumpa doktor, rupa-rupanya dalam mulut nabihah ada banyak ulser, berbiji-biji putih sana-sini, doktor kata, anak mama kurang minum air, cuaca yang panas dan kurang minum air boleh menyebabkan pertumbuhan ulser.... then sikap suka masukkan segala benda yang ntah apa-apa dalam mulut, benda-benda tu bukannya 100% bersih dan bebas kuman, juga punca datangnya ulser... satu lagi, kadangkala air liur dari kawan-kawan nursery yang ada ulser pun boleh buat nabihah dijangkiti...

patutlah tak nak makan tak nak minum, ada ulser yang menyakitkan anak mama rupanya. sudahlah demam dek tumbuh geraham, dapat ulser lagi.... adoi laa!


pointnya kat sini:-



(1) kena bersihkan umah selalu, i.e mop dan sapu [perkara yang paling malas mama nak buat- melainkan jika ada orang nak dtg umah huhuhu], supaya nabihah hidup dalam persekitaran yang bersih dan selesa,


(2) kena pastikan segala barang mainan dan apa jua yang nabihah pegang selamat lagi suci [ni kena bagi kat ayah, coz ayah dia tak berapa rajin nak buat kerja umah compared to mama dia :)



(3) kena pastikan nabihah banyak minum air [yang ini terpaksa berhempas pulas coz, memang nabihah tak suka minum air selain susu mama dia dan nestle yogurt perisa guava],


(4) kena minta tolong cikgu dia awasi budak-budak yang tak sihat dari mendekati nabihah [tapi kalau nabihah yang dekati dorang camana plak?aduh! pening....],


terakhir sekali


(5) kena selalu cek mulut nabihah [nak gosok gg pun susah, lagi nak suruh menganga tanpa sebab! hehehe]


then, kerana mamanya berazam untuk memberikan yang terbaik buat nabihah, maka nabihah telah diundang ke pejabat mamanya selama 3 hari berturut-turut, alhamdulillah, mama dapat beri perhatian dalam menjaga pemakanan nabihah dan memastikan demam dan ulser nabihah telah hilang.... seronok mama tengok nabihah telah kembali sihat dan berselera makan seperti biasa!Alhamdulillah!

Tuesday, October 13, 2009

kerana nila setitik!

berita jam 7 dan 8 malam tadi benar-benar memeranjatkan
apakah benar?
sukar untuk kami percaya!
suami cuba menghubungi kawan-kawan untuk mendapatkan pengesahan

________________________________________________________

pagi ini, terpampar jelas di dada akhbar
mana lagi mahu disorok muka
mana lagi mahu ditutup segala

sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua...

harapkan pagar, pagar makan padi...

harapkan sokong, sokong membawa rebah...
_______________________________________________________

© The Star
KOTA BARU: A young magistrate was arrested by the Kelantan Malaysian Anti-Corruption Commission for allegedly receiving a bribe related to a drug case.He was remanded Monday pending further investigations.
______________________________________________________

kerana nila setitik,
badan kehakiman akan terus dipandang serong oleh masyarakat
dek tiadanya integriti, tiadanya harga diri.
aku malu, sesungguh-sungguhnya malu!

p/s: hmmm....mungkin CJ boleh addresskan isu kenaikan gaji gred 41 kepada PM untuk dibentangkan di kabinet?
sekurang-kurangnya, bila gaji tinggi, integriti pun tinggi!
________________________________________________________

* Janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan* -Al-Baqarah 195

* Mencari rezeki yang halal adalah suatu jihad* -Sabda Rasulullah SAW

peringatan buat diriku sendiri....

Thursday, October 8, 2009

geram dan sakit hati!

baru lepas habis kes.... agak lewat daripada biasa....

tension sangat-sangat.....

geram sangat-sangat.......

marah sangat-sangat.......

kes terakhir tadi melibatkan permohonan JDS-pemeriksaan penghutang penghakiman. tak sangka jadi haru biru.

JD datang last date, bagi confirmation akan bayor segala hutang pada JC sebelum 5/10/09. hari nih aku fix untuk sebutan pending settlement.
....... ingatkan dah settle..... tak yah pening-pening layan deme nih.... boleh kosentret kat kes lain yang mencabar....


alih-alih muncul arini
Puan, camana company saya mau bayar, itu kontrak government sudah batal
company sudah tarak wang mau bayar itu hutang
kasi satu lagi chance mau settle, saya janji bayar sebelum 25-11-09

for sure lawyer JC mengamuk,
hujahnya :- JD asyik tangguh-tangguh, last date kata boleh settle sebelum 5/10, tapi tak dapat bayor pun, kes dah lama, sejak tahun 2002, judgment dapat tapi tak leh buat apa-apa, winding up petition, JD dapatkan injunction, JC tak leh proceed nak bungkus company JD
no other ways....


lawyer JD gitau plak JC takleh buat JDS kat director company, director tak bleh personally liable for company's debt. JC salah buat permohonan, takkan nak suruh director bayor hutang company. bukan tanggung jawab director, tangung jawab director hanya pada epf dan income tax saja

lawyer JC kata, tanggung jawab director luas, bukan takar bayor epf dan income tax je, ada criteria2 untuk company's director liable pada company, kalu camtu tak payah lah jadi director.

gaduk punya gaduh, ambik masa aku dah 1 jam... ,pas orang nih cakap, orang tuh lak menyampuk, aku mulanya cuba control lah, buat muka neutral, tak nak berpihak pada mana-mana tapi bila lawyer JD kata aku tak bleh bagi perintah untuk made the director's liable for the company's debt, aku pun bengang jugaklah. suara mula tinggi, muka bertukar merah, hati jadi panas, .... ada nak kena sembur nih!

aku pun bersuara.....

bukannya baru sehari aku kat commercial court nih, sejak join service 3 tahun lepas, dari status officer kontrak sampai dapat jawatan tetap, dah kematu punggong dok kat sini, bukan baru hari nih dengar JDS yang melibarkan director. kes sebelum nih, 2 tahun aku handle untuk JDS nih, sebelum lawyernya si M.Manoharan tu kena tahan ISA sampai dah dilepaskan, baru je abis. aku ingat lagi bagi perintah untuk director bayor RM5K sebulan sampai settle. tak kena revision pun keputusan aku tuh.

mentang-mentanglah aku nih nampak macam junior, kecik bak cili api, nampak macam bodoh, dan lawyer tuh lawyer senior, nampak macam berlagak pandai, plsss lah jangan pandang rendah pada aku, hormat sikit pada profession aku.

sehabis aku bicara, lawyer-lawyer mula memperlahankan sikit suara dorang, tak tau lah paham ke idak apa yang aku bebelkan tadi.

terus aku fixkan tarikh bicara, untuk pihak-pihak kemukakan saksi dan dokumen yang relevan pada tarikh akan datang 3-12 nanti....

aku terus sign minit mahkamah, tutup fail tanpa melihat kepada wajah-wajah lawyer yang hadir sebentar tadi..... Mual!

p/s : ada sesape nak cover kan kes saya 3-12 nih? sila angkat tangan...

Wednesday, October 7, 2009

ceritera raya - open court!

frust dan keciwa!
Itulah sewajarnya gambaran jamuan hari raya Kompleks Mahkamah KL pada tahun ini, yang disambut secara besar-besaran tengahari tadi. Jamuan yang melibatkan semua pegawai kehakiman dan kakitangan Mahkamah itu turut disertai Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi KL.
Selain makanan yang dihidangkan hanya bersifat 'biasa-biasa' saja dari katerer yang luar biasa, dan dengan sound-systems yang ntah apa-apa, sambutan kali ini dilihat gagal menyaingi sambutan yang pernah diadakan pada tahun-tahun sebelum ini. Maklum balas yang diterima daripada kebanyakan pegawai dan kakitangan mengatakan bahawa, makanan yang terhidang pada tahun ini tiada yang istimewa, menunya terhad dan tidak pelbagai.
Adalah diharapkan sambutan hari raya tahun hadapan akan lebih meriah berbanding tahun ini.
Sekian, laporan terkini dari lokasi kejadian.

p/s ; yap! aku masih lapor... teringat rendang ayam tahun lepas yang sedap itu dari Siti Catering. siap buat muka tak malu, mintak tapau, tahun ni, buat muka malu sikit!! heheh, truly aku rasa tak berbaloi bawak balik umah....

[cemana nak kurus syikin oii, asyik ingat makan ajer? tadi pun dah ramai yang dok tegor badan dah gemok!!' adoilaa...]

Tuesday, October 6, 2009

Ceritera Raya - Open House

Open house pertama syawal ini

malam td,
kami sekeluarga beraya di rumah Tuan Puteri
terletak di area KLCC,
di dalam apartmen mewah,
dipagari neon malam,
di puncak angkasa,
dan
dijamu dengan juadah yang enak

among the tallest!
nabihah and me, muz, azah and midah

yap! sayalah yang paling rendah n gumok sekali
sadis....

Puteri Amalin and my nabihah



hidangan tersedia ;

laksam Kelantan, spageti bologneise, makaroni goreng
sate, pizza, bread and butter pudding, tiramisu and chocolate cake
plus cup cake, biskut raya yang banyak!
bersama air sirap bandung and air asam boi
so tasty


having dinner together!



auntie midah!
bleh tak amik gambar ngan uncle tuh?
auntie tak jeles kan....



ni lah unclenya
peace!!!

uncle, nanti tolong risik-risik jawatan JC untuk ayah saya yaa

say cheese!


bila perut sudah kenyang
kita boleh sembang-sembang
makanan masih banyak terhidang
tak abis, kita tapau bawak pulang



nice KL view




so romantic,
swimming pool with the light from KLCC

pregnant mum, midah
single mingle magistret, azah
wanna be wife, muz
cute mute big momma, ika


TQ to Puteri Amalin atas jemputan makan-makan
first time masuk apartment elit
kawasannya cantik
konsepnya moden
gayanya mewah &
banyak security guards!!

we have joy
we have fun

Monday, October 5, 2009

and now you know!


2 hari lalu, ke kedai baju
dah lame tak beli T-shirt baru
seperti biasa, saiz M menjadi pilihan
puas menilik dan memilih,
akhirnya jatuh cinta kepada 2 warna
x ingin mencuba ..... kerana mengejar masa ...... dan
terus membayar harganya

...............................................

pulang ke rumah
x sabar mencuba
nice colour ...... nice design .....
but
its turn to.....
so ketat kat bahagian2 tertentu
and
of course my hubby tak luluskan

.................................................

esoknya
ke kedai baju semula
memulangkan T-Shirt idaman
dan meminta baju gantian
dengan saiz yang berlainan
'saiz 'L' dah habis kak'
terkedu
'......hanya XL yang tinggal'
huhuhu

and now you know

no more choice... XL size for mama after raya!


p/s: harus berpuasa sunat dan ganti lepas nih.....