baru lepas habis kes.... agak lewat daripada biasa....
tension sangat-sangat.....
geram sangat-sangat.......
marah sangat-sangat.......
kes terakhir tadi melibatkan permohonan JDS-pemeriksaan penghutang penghakiman. tak sangka jadi haru biru.
JD datang last date, bagi confirmation akan bayor segala hutang pada JC sebelum 5/10/09. hari nih aku fix untuk sebutan pending settlement.
....... ingatkan dah settle..... tak yah pening-pening layan deme nih.... boleh kosentret kat kes lain yang mencabar....
alih-alih muncul arini
Puan, camana company saya mau bayar, itu kontrak government sudah batal
company sudah tarak wang mau bayar itu hutang
kasi satu lagi chance mau settle, saya janji bayar sebelum 25-11-09
for sure lawyer JC mengamuk,
hujahnya :- JD asyik tangguh-tangguh, last date kata boleh settle sebelum 5/10, tapi tak dapat bayor pun, kes dah lama, sejak tahun 2002, judgment dapat tapi tak leh buat apa-apa, winding up petition, JD dapatkan injunction, JC tak leh proceed nak bungkus company JD
no other ways....
lawyer JD gitau plak JC takleh buat JDS kat director company, director tak bleh personally liable for company's debt. JC salah buat permohonan, takkan nak suruh director bayor hutang company. bukan tanggung jawab director, tangung jawab director hanya pada epf dan income tax saja
lawyer JC kata, tanggung jawab director luas, bukan takar bayor epf dan income tax je, ada criteria2 untuk company's director liable pada company, kalu camtu tak payah lah jadi director.
gaduk punya gaduh, ambik masa aku dah 1 jam... ,pas orang nih cakap, orang tuh lak menyampuk, aku mulanya cuba control lah, buat muka neutral, tak nak berpihak pada mana-mana tapi bila lawyer JD kata aku tak bleh bagi perintah untuk made the director's liable for the company's debt, aku pun bengang jugaklah. suara mula tinggi, muka bertukar merah, hati jadi panas, .... ada nak kena sembur nih!
aku pun bersuara.....
bukannya baru sehari aku kat commercial court nih, sejak join service 3 tahun lepas, dari status officer kontrak sampai dapat jawatan tetap, dah kematu punggong dok kat sini, bukan baru hari nih dengar JDS yang melibarkan director. kes sebelum nih, 2 tahun aku handle untuk JDS nih, sebelum lawyernya si M.Manoharan tu kena tahan ISA sampai dah dilepaskan, baru je abis. aku ingat lagi bagi perintah untuk director bayor RM5K sebulan sampai settle. tak kena revision pun keputusan aku tuh.
mentang-mentanglah aku nih nampak macam junior, kecik bak cili api, nampak macam bodoh, dan lawyer tuh lawyer senior, nampak macam berlagak pandai, plsss lah jangan pandang rendah pada aku, hormat sikit pada profession aku.
sehabis aku bicara, lawyer-lawyer mula memperlahankan sikit suara dorang, tak tau lah paham ke idak apa yang aku bebelkan tadi.
terus aku fixkan tarikh bicara, untuk pihak-pihak kemukakan saksi dan dokumen yang relevan pada tarikh akan datang 3-12 nanti....
aku terus sign minit mahkamah, tutup fail tanpa melihat kepada wajah-wajah lawyer yang hadir sebentar tadi..... Mual!
p/s : ada sesape nak cover kan kes saya 3-12 nih? sila angkat tangan...
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago
saya! saya!
ReplyDeletejom la tuko tempat dengan saya.. duk kat sini lagi mual.. tambah macam nak pitam lagi..
tuan rasa mual? nak pitam?
ReplyDeleteada possibily dapat high blood pressure kat tempat tuan tuh, pekata tuan cepat2 buat hal, boleh transfer out balik!
good advice! heheh