Wednesday, October 14, 2009

demam tumbuh geraham dan ulser

hujung minggu lalu, kami sekeluarga tak dapat kemana-mana, buat mereka yang menjemput kami ke open house, dan juga majlis kawin, maaf kerana tak dapat memenuhi undangan. nabihah demam panas yang agak teruk, merengek-rengek tak tentu pasal sehingga menyebabkan mamanya selalu hilang sabar.... [pengakuan terbuka ya!] mama tengok nabihah asyik keluar air liur jer, mama tertanya-tanya nape? bila mama cek, ohh geraham dah nak keluar, patutlah demam dan merengek sakit. berdenyut-denyut agaknya ya sayang....sian anak mama! patutlah tak nak makan, tak nak minum....


bila dua hari demam tak kebah, mama bawak jumpa doktor, rupa-rupanya dalam mulut nabihah ada banyak ulser, berbiji-biji putih sana-sini, doktor kata, anak mama kurang minum air, cuaca yang panas dan kurang minum air boleh menyebabkan pertumbuhan ulser.... then sikap suka masukkan segala benda yang ntah apa-apa dalam mulut, benda-benda tu bukannya 100% bersih dan bebas kuman, juga punca datangnya ulser... satu lagi, kadangkala air liur dari kawan-kawan nursery yang ada ulser pun boleh buat nabihah dijangkiti...

patutlah tak nak makan tak nak minum, ada ulser yang menyakitkan anak mama rupanya. sudahlah demam dek tumbuh geraham, dapat ulser lagi.... adoi laa!


pointnya kat sini:-



(1) kena bersihkan umah selalu, i.e mop dan sapu [perkara yang paling malas mama nak buat- melainkan jika ada orang nak dtg umah huhuhu], supaya nabihah hidup dalam persekitaran yang bersih dan selesa,


(2) kena pastikan segala barang mainan dan apa jua yang nabihah pegang selamat lagi suci [ni kena bagi kat ayah, coz ayah dia tak berapa rajin nak buat kerja umah compared to mama dia :)



(3) kena pastikan nabihah banyak minum air [yang ini terpaksa berhempas pulas coz, memang nabihah tak suka minum air selain susu mama dia dan nestle yogurt perisa guava],


(4) kena minta tolong cikgu dia awasi budak-budak yang tak sihat dari mendekati nabihah [tapi kalau nabihah yang dekati dorang camana plak?aduh! pening....],


terakhir sekali


(5) kena selalu cek mulut nabihah [nak gosok gg pun susah, lagi nak suruh menganga tanpa sebab! hehehe]


then, kerana mamanya berazam untuk memberikan yang terbaik buat nabihah, maka nabihah telah diundang ke pejabat mamanya selama 3 hari berturut-turut, alhamdulillah, mama dapat beri perhatian dalam menjaga pemakanan nabihah dan memastikan demam dan ulser nabihah telah hilang.... seronok mama tengok nabihah telah kembali sihat dan berselera makan seperti biasa!Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment