Thursday, October 29, 2009

celebrating hari raya @ Pangkor Island

Sebenarnya minggu kedua selepas raya aritu, kami sekeluarga disponsor oleh T/n Firdaus Rizal & Co a.k.a syarikat guaman my brother in law untuk bercuti bersama-sama...
bersamaan menyambut hari lahir mak dan abah yang jatuh pada 4 & 5 Oktober lepas.
senang kata, kire macam family day laa
disebabkan kesibukan yang melanda, aktivt menepek gambar2 di pangkor terpaksa ditunda sehinggalah ke arini...
ni pun, curik mase sikit tgk blog kejap, dah lama tak update!
gambarnya banyak tapi malas nak tepek banyak2, so hanya ini sajalah yang dapat ditepek dibuat santapan mata

ni dia mama cun di jeti Lumut, sejurus sebelum bertolak ke Pulau Pangkor
sebenarnya ni trip kedua
dulu dah penah pergi sekali
masa pregnant 6 bulan,
kira mengenang sejarah lama laa tuu :)
sib baik tak beranak kat Pangkor masa tu, kalu tak
mau mama dapat tiket free naik feri seumor idup heheh


sebaik menjejak kaki di Jeti Pangkor
bergambar dgn family kak Wun

nabihah n cousin2nya

sebaik meletakkan segala barangan di apartment yang kami sewa i.e Coral Bay Resort
nabihah n the geng terus terjun tuk mandi kolam
masa kami sampai, nabihah belum ade boat kecik lagi
terus ayah dia pi beli
mari mari ambik gambar!!

mandi sampai tak ingat donia budak nabihah tu
jari jemari dah kecut masih nak dok dalam air

malam tu sebaik abis dinner
tak sah kalau tak singgah di kedai jual cenderamata
tengok tu, nabihah dah pilih apa yang dia nak



mama, yang ni pun nabihah nak!




kebetulan ketika kami datang kali ni, ada pesta tanglung
pesta ni dirasmikan MB Perak Dr Zambry yang memang asalnya dari Pangkor
ada pertunjukan bunga api lagi
uniknya tanglung2 tu diperbuat dari plastik2 biasa je, dari botol mineral pun ada
kreatif gak laa orang2 Perak nih...





esoknya, apa lagi

'....bercanda di pasiran pantai....'

suka tengok nabihah buat sand castle

sand castle yang cantik dan besar tu, ayah nabihah yang buat
sand castle yang kecik
yang kat hujung kaki mama nabihah tu plak,
mama nabihah laa yang buat
comey gak kan hehehe




say cheeeseeee
nabihah comot baru lepas makan biskut



so swittttttt



ok hari ni dah nak balik dah
apasal masam je muka anak mama?
next time
kita datang lagi yaa sayang
baju batik pangkor kenangan buat nabihah
TQ to abg dos and co kerana sudi menaja percutian kami
sorry bebanyak kerana gambar tuan yang menaja tak sempat kami ambik
TQ to K.wun and Apis satu family kerana berjaya memujuk kami menyertai family day ini
TQ to Ayun and Amira kerana sudi menjaga nabihah si saat memerlukan
TQ gak pada my hubby jaga nabihah masa mamanya berurut di SPA
hehehe
pasni boleh mama pegi SPA lagi kan? sronok dapat berurut dan berscrub selama 2 jam...
and
HAPPY BELATED BESDAY TO ABAH AND MAK
moga panjang usia, murah rezeki dan dirahmatiNya dunia akhirat

No comments:

Post a Comment