Thursday, October 29, 2009

aku sepasang kasut

Aku dilahirkan di sebuah negara yang aku pun tak tahu apa namanya. diperbuat daripada campuran kulit dan lain-lain material. warnaku hitam berkilat di bahagian luar dan coklat gelap di bahagian dalamnya. setelah aku melalui proses rekaan, dan dicipta secantik rupa, aku pun dihantar ke sebuah negara bernama Malaysia untuk dipamer dan dijual pada mereka yang berkeinginan. cara penghantaran, aku pun dah tak berapa ingat, samada melalui kapal laut ataupun kapal terbang. ketika menjejakkan kaki di Malaysia, aku telah dihantar ke sebuah gedung membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, Sogo namanya. di situlah aku memulakan kehidupan bersama teman-teman baru. melihat gelagat warga kota yang gila membeli belah terutamanya semasa jualan murah dan di hujung bulan.
...
Beberapa bulan selepas dipamerkan, aku telah berjumpa dengan seorang perempuan kecil molek yang cun wajahnya. aku tertarik dengan perempuan tersebut. perempuan itu menghampiri dan mengambil aku dari tempat pameran. lantas dipegangnya aku penuh kasih sayang. diletaknya aku di lantai secara perlahan-lahan, dan disuakan kakinya yang kembang itu. 'akak nak cuba ker?' tanya seorang promoter yang tak berapa cun. perempuan itu mengangguk sambil tersenyum manis. disarungnya aku ke sebelah kakinya, lantas memuji 'hmmm, cantik laa kasut nih... murah pulak tu....' terdengar dia bersuara halus. akhirnya perempuan itu bersetuju memilikiku lalu membayar sekitar RM80.00 [70% diskaun] dan membawaku pulang.
...
hari-hariku berlalu penuh keindahan bersama perempuan itu yang kupanggil Pn Syikin. ke mana saja destinasinya, kami akan pergi bersama, tak kira waktu dan ketika. susah senang jua kami kongsi berdua. di saat aku kekotoran, Puanku akan segera membersihkan badanku agar sentiasa kelihatan baru. aku bahagia kerana disayangi dan dihargai. aku menjadi kebanggaan Puanku sehingga berbulan-bulan lamanya. sehinggalah pada suatu hari, Puanku melihat aku penuh kesedihan, rupanya aku telah mengalami kecederaan. dia nyata tidak gembira. dia mengadu kepada teman-temannya
' Tengoklah, kasut ikin dah berlubang... terpaksa beli kasut baru' puanku menyusun kata. aku terkedu mendengarnya.
'tu laaah... beli lagi kasut takde jenama....tengok Muz beli kasut mahal, tahan...' sorang kawan Puanku bernama Puan Nadiah menjawab laju sambil tersengih-sengih. ohh tidakkah dia tahu perasanku saat itu.
'ehhh! ikin beli kat sogo tau....' Puanku segera menjawab, lantas sedikit sebanyak hatiku terubat.
'berjenama jugak nie...!' Puanku menyambung... lantas diangkatnya aku sedikit tinggi. terintai-intai bahagian dadaku.
'eh! dah hilanglah jenamanya...' Puanku termalu sendiri. aku lagilah lebih malunya.
kawan Puanku mula gelak besar. Puanku juga sama tapi masih sempat 'cover'. dia palingkan aku ke bahagian tapak.
'Hah! adapun, ni haa Valentino Creations tau...' Puanku menjawab lega.
...
aku mendengar gelak mereka masih bersisa. aku sedih. selepas ini, mungkin Puanku akan menggantikan aku dengan kasut yang baru, yang lebih cantik, harga yang lagi mahal.... apatah lagi selepas mendapat saguhati RM500 Disember nanti. khidmatku akan ditamatkan selepas itu dan aku akan tersadai di rak kasut sepertimana kasut-kasut yang telah tidak digunakan lagi. begitulah kisah aku sepasang kasut.....bernama.......Valentino Creations.



inilah rupaku menjelang hari tua


ini pulak namaku yang sedikit kabur untuk dibaca




kecederaan yang aku alami.
parah dan tidak dapat diselamatkan lagi

2 comments:

  1. lawak gila la ko Kin.nak pecah perut aku ngan Muz ni haa adoyaaii

    ReplyDelete
  2. kalau buat karangan ni masa sekolah rendah dulu..mesti dapat A+ nyer..ekeke

    ReplyDelete