cuti hujung minggu baru ni balik kampung, agenda utama, bawak mak tersayang untuk medical check up di Hospital Melaka, doc cakap buah pinggang mak dah teruk dan wajah mak dah makin pucat kerana kurang darah
doc tanya bila nak start buat dialisis, aritu cakap lepas raya....
.......
mak kata kalau boleh dia tak nak buat dialisis, dia fobia dengar cerita mereka yang dah buat treatment tu, sakit sesangat katanya... nak-nak kalau buat kat Hospital Melaka, doktornya kasar, nursenya sombong.... pulak tu dok cakap tak betul, dalam 3 bulan lepas masa mak ditahan untuk masuk darah, doktor kata paling lama pun 2 hari je mak dok dalam wad, tiba-tiba sampai 5 hari, dah lah mak kata diorang semua tu penipu!
......
kemudian mak kata lagi, dia nak buat operation tanam tapak dialisis kat Hospital Selayang, anak-anak ada 3 orang kat KL, 2 orang keje gomen, boleh anak-anak datang tengok, kalau buat kat spital Melaka, jauh ngan anak-anak...
......
dok pulak kata, makcik, tanam tapak dialisis ni sekejap aje, paling lama dok wad pun 2 hari jer, kalau nak buat kat sini, saya keluarkan surat tapi Q panjang laa, hospital gomen. kalau nak refer kat Selayang, susah sikit laa, tulis surat ke sana, banyak procedure, fail dah kat sini.
kalau makcik nak cepat, boleh pergi private.....tapi kalau pegi private, kena bayar laa. kat gomen, tak payah bayar, coz ada anak keje gomen
......
aku tanya; berapa cost kat private doktor?
dok kata dalam RM1500-RM2OOO sahaja. tapi tu pun belum tentu berjaya laa, mungkin kena tanam lain pulak kalau tak sesuai dengan anggota badan yang menerima tapak tersebut. doktor cadangkan buat dengan segera, selagi mak masih sihat kudrat....dan masih belum terlambat
dok tanya mak aritu dah tengok kan tempatnya.
mak angguk saja, dan menambah ; sempitlah doktor!
......
dok kata lagi, awak adik-beradik dah berbincang ke treatment apa untuk mak awak, dah buat pilihan ker.... untuk cuci darah ada 2 cara, yang mana satu bersesuaian? kat pusat dialisis mana yang dipilih, kerajaan ke private? ada yang berdekatan dengan kediaman? saya tengok awak pun macam tak tahu nak decide apa lagi ni
aku kelu tanpa jawapan, lantas bersuara, dok nanti saya bincang balik dengan adik-beradik lain, saya tak berani buat keputusan sekarang, maklumlah saya yang bongsu, kena refer pada abang dan kakak saya dulu.... tak nak pandai-pandai buat keputusan
mak hanya terdiam
.......
dok kata, puan syikin, tak semestinya anak bongsu tak boleh buat keputusan, tak semestinya hanya orang tua saja yang bijak buat keputusan. kadangkala keputusan orang muda lagi baik dari keputusan dan pemikiran orang yang lebih tua...
aku terkedu, tak tahu untuk menjawap apa. aku hanya mampu membalas pandangan dok tersebut tanpa kata-kata.... kosong!
.......
dok kata muka mak kian pucat, kian kurang darah, kerana buah pinggang dah tak mampu nak process darah, dok kata, ada satu cara lagi untuk tambah darah mak, disebabkan mak tak boleh makan hati, limpa, kerang sumber-sumber membanyakkan darah kerana mak ada gout, so dok cadangkan mak ambik suntikan, macam orang diabetis suntik insulin... tapi mak kata dia tak berani cucuk sendiri.
...........
dok memberi tarikh baru 21-12-09 akan datang untuk aku menyampaikan keputusan yang telah dicapai....
aduh..... pening kepala ini sebenarnya.....
tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan mudah dan penuh ikhlas! syukur suami dan nabihah sangat-sangat memahami.....moga mak sentiasa berada di dalam perlindungan Allah selalu, moga panjang usianya, berada dalam keadaan sihat walafiat hingga hujung nyawa.... amin.
No comments:
Post a Comment