Thursday, October 22, 2009

BerEmosi [5]

Yee... memang betul!
minggu ni memang dikhaskan untuk aku beremosi....
beremosi kerana terlalu banyak permasalahan melanda jiwa....
beremosi kerana terlalu banyak hal-hal berbangkit yang tidak disangka-sangka....
beremosi kerana tidak lagi mampu kutanggung segala keperitan dan kesakitannya seorang diri....
benarlah kata sorang teman, menulis satu terapi....
menulis dapat membuatkan jiwa nan bergelora sedikit reda...
rasa tension akan hilang...
rasa lega selepas dicurahkan....
*******************************************************
2 hari lalu, aku mendapat panggilan/wahyu dari orang atasan
minta penjelasan berkenaan satu fail bicara
aku terus terfikir dan tertanya
bala apa lagi yang menimpa
aku memang tak suka mendapat panggilan sebegitu
kerana ianya benar-benar menganggu
aku pohon sedikit waktu untuk memeriksa
juga perlukan fail di depan mata
membaca dan mencari permasalahannya
_______________________________________________
petang semalam, orang atasan bertanya lagi
mahukan klarifikasi
sedangkan fail belum kujumpa
tak tahu nak kata apa
___________________________________________
pagi ini, akhirnya ku sua
fail yang diidam di depan mata
ku buka ku belek tiap helaian
kes melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia
menuntut specific performance dan gantirugi RM600 Juta
bicara penuh masih berjalan
nak tau isunya -
Defendan fail permohonan minta jaminan kos tambahan
jumlahnya RM1.5 Juta
sebelum ni dah dapat RM250 Ribu
Plaintif komplen kat orang atasan
tidak berpuas hati untuk bagi wang jaminan tambahan
_____________________________________________
wahai Plaintif,
bicara untuk jaminan kos tambahan belum lagi kudengar
afidavit jawapan kau pun belum difailkan
kau dah sibuk bising-bising
buat komplen sana sini
gheeee geramnya aku
tunggulah pada hari bicara
samada jaminan kos tambahan dibenarkan atau tidak
itu discretion mahkamah
mahkamah menilai berdasarkan fakta yang ada
merujuk kepada peruntukan tersedia
nak takut apa
lawan dan berjuanglah selagi terdaya
_______________________________________________
harap-harap tiada lagi panggilan/wahyu orang atasan selepas ini...
yang akan membuatkan aku terus beremosi.....

No comments:

Post a Comment