jam 9.30 am- seperti biasa aku memulakan kerja seharian, bersama fail yang tebal dan nipis, menanti kehadiran lawyer-lawyer di kamar bicara, hari ni kes tak berape banyak, hanya ada tiga sahaja.
selesai kes pertama, masuk lawyer bagi kes kedua, seorang lelaki berbangsa cina, dalam awal 30-an dan agak hensem, aku mempersilakan duduk dan mula merekodkan particular yang patut. setelah mendengar permintaannya untuk mendapatkan tarikh baru, kerana katanya ada possibility untuk settle, aku menetapkan tarikh baru bulan 10 untuk pihak-pihak capai settlement.
then sebelum sempat dia bangun, lawyer lelaki itu menoleh ke arah kiriku sambil melirik senyuman.
'Puan, nice 'Handbag!' aku pun menoleh. alamak! lupa nak cover. aku tersengih sumbing.
lawyer itu menambah lagi 'tersangat jarang tengok handbag macam nie...' aduh! malunya aku. lidahku kelu serta merta.
sempat lagi dia berkata 'have a nice day Puan', lalu tersenyum terus berlalu. aku tau dalam hati dia mesti dok gelak kat aku. hampess!
hahahahahaha..... kata kat dia, nila beg seorang ibu sejati... hahahahaha.... memang tersangat malu pon.... sibuk je la pulak lawyer nk menegur....
ReplyDelete