akhirnya dapat jua
mama baru balik dari fabulousmom TTDI.
TQ pada midah n faizi jd penunjuk jln.
akhirnya dapat juga apa yang dihajat.
alhamdulillah.
macam-macam brand ada rupanya untuk produk tambah susuibu ni,
dari yang serendah harga belasan ringgit sampai ratusan ringgit
buat aje pilihan samada yang herba, susu tepung ataupun tablet!
mama pun memilih untuk beli milkmaid tea dan organic soya drink
dengan penuh harapan
moga susu akan bertambah
dan menjadi rezeki buat nabihah
seelok keluar dari fabulousmom, mama disapa oleh seorang lelaki yang membawa mikrofon dengan di sisinya terdapat seorang kameraman bersama kamera dengan tulisan TV9.
terkedu seketika, what's going on? my hubby terus berlalu ke tepi.
lelaki yang memegang mikrofon itu tidak sempat mengenalkan diri terus bertanya soalan-soalan seperti berikut kepada mama:-
'kak... apa maksud kemerdekaan bagi akak?' sambil lelaki yang memegang kamera itu memfokuskan kameranya pada mama. laar wartawan ker? nape tak gtau awal-awal, boleh mekap lawa-lawa sikit! heheh
mama dengan ayunya pun jawab 'merdeka...bebas dari penjajah. boleh mentadbir negara atas kaki sendiri...' ayat skima! dalam kepala dok teringat masa belajar sejarah tingkatan 3 dulu, ishh kenape fakta-fakta tu tak datang time-time nih.so blurr!
kemudian ditanya lagi 'apa pendapat akak tentang sambutan kemerdekaan tahun ni?
mama tersengih, apa punya soalan nih, lebih susah dari soalan interview!
terkulat-kulat mama menjawab 'hmm macam tak meriah sangat!'
dia tanya lagi 'kenapa tak meriah? adakah kerana orang ramai tidak mendapat bendera free dari kerajaan?kenapa perlu mengharap bendera yang free semata?'
alamak! ish dia nih, susah mama nak jawab!
mama terus berfikir dan berfikir. lalu menjawab 'biasalah orang kita, selalunya memang suka menunggu barang free, kalau nak beli tu susah sikitlah, tulah persepsinya'. jangan marah aaa!
sebenarnya ada lagi 2-3 soalan lagi tapi tak berapa nak ingatlah, kerana kesemuanya berkaitan dengan bendera. apalah wartawan ni, dahlah ambush orang dengan soalan-soalan macam nih, kan baik bagi mama bendera free! hehehe
adakah mama akan masuk TV 9 jeng jeng jeng
p/s : kalau betul aku masuk TV, sila buat-buat tak kenal ek! ntah makcik mana ntah! buek malu orang kampong je ekau ni syikin!
abang, jom p beli bendera! :)
rajinnya mama nabihah ni post kat blog ek..hehe
ReplyDelete