saya dan suami mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan semua, semoga ibadah puasa kita tahun ini akan diterima Allah s.w.t. juga kami memohon maaf zahir batin atas segala salah silap.mahu buka buku baru.
(macam ucapan raya plak yee!)
'siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, pasti dosa-dosanya yang terdahulu diampuni'
[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasa'ie dan Ibn Majah]
'bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah'
[Bukhari & Muslim]
'manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa'
[Bukhari & Muslim]
salam Ramadhan!
p/s: ini kali kedua menyambut ramadhan bersama nabihah, banyak yang patut difikirkan, last year masa lepas pantang, nabihah kecik lagi, banyak tidoo, kurang gangguan. sekarang, mak aii terlalu aktif, mama sedang berfikir untuk bersahur dan beriftar tanpa 'gangguan' si kecil. juga saatnya berterawih. macamana nak handle?
teringat saat berposa di UIA dulu, terlalu seronok bersahur dan berbuka bersama kawan2...
salam ramadhan..
ReplyDelete