risau!
semalam mama try call Pn Rita Rahayu dari momlittleones. hajat hati nak order/beli milkmaid tea. melalui bacaan mama, milkmaid tea ni bagus untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dalam tempoh 24-48 jam. tak sabarnya nak cuba!
sebelum ini, pelbagai petua orang lama telah mama cuba, antaranya, banyakkan makan lobak putih, berulamkan jantung pisang rebus, makan pegaga, banyakkan minum air soya dan air longan. penah juga mama pergi berurut untuk memudahkan aliran susu.nampak berhasil dan susu bertambah tapi disebabkan nabihah makin membesar, susu mama tak mencukupi untuk mengenyangkan anak mama. jadi terpaksalah mama cari alternatif lain.
bila call Pn Rita, dia kata dia di Indonesia. so terbantut niat mama nak order secara talian. terpaksa booking online lah pulaknya. tulah masalah mama, tak berapa pandai bab beli online nih. nanti mintak ayah jelah yang orderkan.
mama risau kalau susu makin berkurangan. mama sedih kadangkala tengok nabihah macam tak puas menyusu. kesian sayang mama. hajat mama nak susukan nabihah sehingga mencapai usia 2 tahun. moga Allah murahkan rezeki nabihah untuk mendapat khasiat susu mama sehingga besar.
p/s : Pn Rita, cepatlah balik M'sia, saya tak sabar nak borong milkmaid tea nih! :)
12.35pm: mama baru called susibu.com, ohh kat sana pun ada jual jugak rupanya tapi dah abis stok. alaa frust mama. tapi staff yang jawap phone tu gtau mama brand lain ada, respon pengguna lain mengatakan produk susu tu pun ok jugak.
kebetulan petang ni ayah ada meeting kat Putrajaya, mama mintak tolong ayah singgah Bangi belikan susu tu untuk mama. yeh! hajat mama dah tercapai. alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.
kerana segala-galanya hanya untukmu Izzah Nabihah!
go syikin, go!! slmt menyusukan bebi.. i yg kecik ni pon berjaya breastfeed kan bebi- 2 org plak tu..so syikin msti lgi boleh..yg penting berusaha
ReplyDeletegood luck ikin.... mesti boleh... makan banyak banyak... susu akan bertambah... insyaALLAH...
ReplyDeleteawin : TQ awin atas support. memang rasa tak puas kalau tak dapat susukan baby sampai usia 2 thn kan! satu pengorbanan susukan 2 anak sekaligus, chaiyok!
ReplyDeletefidza : makan banyak-banyak... susu bertambah, n berat badan pun bertambah jugak...hehehe dah lah ikin ni 'rendang'....bertambah montel org kata! :)