Wednesday, August 26, 2009

PuAsA Oh PuAsA!

masuk hari ni dah 5 hari umat Islam berpuasa.
pejam celik pejam celik, menghampiri seminggu.
kejap je rasanya masa berlalu.
isteri-isteri macam aku dan kaum perempuan lainnya merupakan golongan paling sibuk sepanjang Ramadhan nih.
yelah, kena bangun seawal 4.30 pagi untuk prepare makan sahur,
pastu, berkemas-kemas untuk ke opis,
dan sepanjang hari di opis, asyik berfikir2 menu untuk berbuka puasa.
memang tak tenang selagi tak dapat satu menu yang buleh menambat selera aku dan suami. balik kerja,
terkocoh-kocoh di dapur menyediakan makanan,
diselangi 'iklan-iklan komersial' dari nabihah,
memang mencabar dan mengujakan
process memasak lauk yang simple pun boleh mencapai 1 jam kerana 'iklan-iklan' tersebut
usai berbuka puasa dan bersembahyang maghrib,
nabihah dah mula merengek-rengek mintak susu dan nak tido.
bila nabihah berjaya ditidokan, selalunya aku pun akan tertido sekali,
bzzzz zzzz
keletihan + kecapekan + kepenatan x kekenyangan = lena :)
bzzzz zzzz
sehinggalah dikejutkan oleh rengekan nabihah nak susu di tengah malam/awal pagi.
saat itulah baru terbangun untuk menunaikan solat Isya' dan sunat terawih.
sib baik bangun kan! kalu ditakdirkan tak bangun2, haru!
sepanjang pose ni jugak, ramai tukang-tukang jual kuih sibuk amik order,
selalunya sample biskut diberi sebelum pose,
bab meng'order' biskut raya nih jugak adalah kerja sampingan golongan wanita cam aku. husband tak ambik port sangat bab biskut raya nih
asyik sangat dengan rasa biskut yang sodap-sodap,
tak perasan sampai 7 jenis kuih aku dah ter'order'!
untuk rumah sendiri, umah mak sendiri dan jugak umah mak mertua.
[rahsia nih suami pun tak tau lagi...kalu dia baca mesti terjegil biji mata :)]
itu belum kira bab belanja untuk raya,
baju raya anak, kasut raya anak, baju raya sendiri,
huhuhu memang hanya aku sahaja yang berkelayakan untuk memcari dan membelinya :)
itulah rutin yang menjadikan wanita seperti aku terlalu bz sepanjang ramadhan
adoilaa, setan dah terikat, tapi nafsu sentiasa memikat!
apa nak buat?!?!

4 comments:

  1. sumayyah takde baju raya lagi....:-(

    ReplyDelete
  2. baju nabihah pun xde jugak! huhuhu

    ReplyDelete
  3. bulan puasa memang penat dan semua pun kelam kabut, tapi seronok!

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  4. betol tu betol! puasa memang penat tapi seronok
    nampaknya banyaklah tuan dapat collect duit raya thn nih, coz dah bertambah sorang lagi bb! dan dapat memangku lagi,fuh tn din dh kayo!

    ReplyDelete