Thursday, August 27, 2009

Klon MaMa

sama-sama tembam!

sama-sama suka jalan



rasanya dah lama tak bercerita pasal anak dara mama nih, umur nabihah sekarang dah menjangkau 13 bulan dan 3 minggu.
makin lasak. makin aktif. makin cerdik.
bila mama perati betol-betol, nabihah nih banyak sgt menyerupai mama dari segi rupa paras dan tingkah laku.





bila mama marah nabihah, nabihah akan 'melawan' balik.






bila mama pukul nabihah manje2, nabihah plak pukul mama balik,






bila mama kata, eppp! jangan. nabihah pun akan kata, ngheeeeeeengh! sambil geleng2 kepala.






bila mama bersin/batuk/buat nangis tipu-tipu, nabihah pun akan ajuk cara mama bersin/batuk/nangis tipu-tipu.






bila mama tak bagi approval pada apa yang nabihah nak,
nabihah pandai bentak-bentak
dan baling-baling barang mainan


bila mama kemas rumah, susun suratkhabar dalam rak
nabihah dengan rajinnya akan buat rumah bersepah-sepah

amboi!



ayah kata nabihah nih klon mama, garang dan keras kepala, juga suka melawan!





ye ke.. nape tak perasan pun heheh


Wednesday, August 26, 2009

PuAsA Oh PuAsA!

masuk hari ni dah 5 hari umat Islam berpuasa.
pejam celik pejam celik, menghampiri seminggu.
kejap je rasanya masa berlalu.
isteri-isteri macam aku dan kaum perempuan lainnya merupakan golongan paling sibuk sepanjang Ramadhan nih.
yelah, kena bangun seawal 4.30 pagi untuk prepare makan sahur,
pastu, berkemas-kemas untuk ke opis,
dan sepanjang hari di opis, asyik berfikir2 menu untuk berbuka puasa.
memang tak tenang selagi tak dapat satu menu yang buleh menambat selera aku dan suami. balik kerja,
terkocoh-kocoh di dapur menyediakan makanan,
diselangi 'iklan-iklan komersial' dari nabihah,
memang mencabar dan mengujakan
process memasak lauk yang simple pun boleh mencapai 1 jam kerana 'iklan-iklan' tersebut
usai berbuka puasa dan bersembahyang maghrib,
nabihah dah mula merengek-rengek mintak susu dan nak tido.
bila nabihah berjaya ditidokan, selalunya aku pun akan tertido sekali,
bzzzz zzzz
keletihan + kecapekan + kepenatan x kekenyangan = lena :)
bzzzz zzzz
sehinggalah dikejutkan oleh rengekan nabihah nak susu di tengah malam/awal pagi.
saat itulah baru terbangun untuk menunaikan solat Isya' dan sunat terawih.
sib baik bangun kan! kalu ditakdirkan tak bangun2, haru!
sepanjang pose ni jugak, ramai tukang-tukang jual kuih sibuk amik order,
selalunya sample biskut diberi sebelum pose,
bab meng'order' biskut raya nih jugak adalah kerja sampingan golongan wanita cam aku. husband tak ambik port sangat bab biskut raya nih
asyik sangat dengan rasa biskut yang sodap-sodap,
tak perasan sampai 7 jenis kuih aku dah ter'order'!
untuk rumah sendiri, umah mak sendiri dan jugak umah mak mertua.
[rahsia nih suami pun tak tau lagi...kalu dia baca mesti terjegil biji mata :)]
itu belum kira bab belanja untuk raya,
baju raya anak, kasut raya anak, baju raya sendiri,
huhuhu memang hanya aku sahaja yang berkelayakan untuk memcari dan membelinya :)
itulah rutin yang menjadikan wanita seperti aku terlalu bz sepanjang ramadhan
adoilaa, setan dah terikat, tapi nafsu sentiasa memikat!
apa nak buat?!?!

Friday, August 21, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan!

saya dan suami mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan semua, semoga ibadah puasa kita tahun ini akan diterima Allah s.w.t. juga kami memohon maaf zahir batin atas segala salah silap.mahu buka buku baru.
(macam ucapan raya plak yee!)


'siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, pasti dosa-dosanya yang terdahulu diampuni'
[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasa'ie dan Ibn Majah]
'bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah'
[Bukhari & Muslim]
'manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa'
[Bukhari & Muslim]
salam Ramadhan!
p/s: ini kali kedua menyambut ramadhan bersama nabihah, banyak yang patut difikirkan, last year masa lepas pantang, nabihah kecik lagi, banyak tidoo, kurang gangguan. sekarang, mak aii terlalu aktif, mama sedang berfikir untuk bersahur dan beriftar tanpa 'gangguan' si kecil. juga saatnya berterawih. macamana nak handle?
teringat saat berposa di UIA dulu, terlalu seronok bersahur dan berbuka bersama kawan2...

Friday, August 14, 2009

PerGi Tak KembaLi

Jalan Duta KL
Jam 1.30tghari @ 13-08-09


terkedu tatkala mendengar berita,
lantas terdiam kaku tidak percaya,
sesungguhnya terhenti nafas buat seketika,
kerana sukar untuk menerima takdirNya


seorang hamba dipanggil pulang
meninggalkan semua insan tersayang
tiada terdaya menahan jua melarang
tatkala janjiNya datang


sedihnya isteri dan permata hati
tidak terduga ayahkan pergi
tinggalkan dunia dan segala isi
segala kenangan tersemat di hati
doa semua jadi pengganti



terlalu sukar untuk menitip kata kali ini. berulang kali ingin mula menulis, hati jadi tidak keruan. tak sanggup! tak terdaya! tapi ingin jua berkongsi rasa. kepulangan Ustaz Asri Rabbani kepadaNya tidak pernah dijangka oleh akal manusia seperti saya. sementelah usianya baru sahaja mencecah angka 40 tahun, masih muda. tetapi siapa kita untuk menidakkan takdirNya. telah tertulis ajalnya pada 13 Ogos 2009 kira-kira seminggu menjelangnya Ramadhan 1430H.
hati mana tidak terkejut, tatkala tiada khabar Ustaz sakit, tiba-tiba sahaja dipanggil pulang.



saya membesar bersama-sama dengan alunan suaranya yang lemak merdu, teringat saya tatkala pertama kali menyaksikan persembahan Ustaz di Malam Kesenian Islam yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Terenganu, sekitar tahun 1991-1992. pemergian saya disponsor oleh Ustazah Kamariah dari Kg. Jeram, Manir, KT. saat itu Ustaz masih bernaung dengan kumpulan nasyid Nadamurni. stadium penuh sesak dengan pengunjung, saya masih ingat lagi malam itu ada sebuah pentomen, berkenaan rintihan seorang ayah di hari kematiannya yang mengharapkan doa anak-anaknya. saya cukup terkesan dengan pentomen berkenaan. lagu-lagu Ustaz bersama Nadamurni amat saya gemari, juga setelah Ustaz melahirkan Rabbani, nasyid-nasyidnya tidak pernah menghampakan saya, halus dan penuh pengertian, ada satu lirik nasyid yang paling saya gemari dulukala, tajuknya telah saya lupa, liriknya lebih kurang begini.... tuhan, kubisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan... tuhan kusembahkan pengorbanan membuktikan perhambaan...kalau tak silap saya, judul albumnya munajat.



hilang sudah seorang pendakwah yang berjuang melalui industri seni nasyid tanahair. hilangnya tiada berganti, ibarat burung kepatahan sayap. Rabbani hilang permata bersinar, tunggak kekuatan. yang tinggal hanya suaranya di dalam album dan CD, juga rakaman di kaca TV, juga wadah dakwahnya di dalam tiap lirik nasyid, selamat jalan Ustaz Asri, kembali ke pangkuan Ilahi, kerana telah datangnya janji, dunia hanya sementara, tiada yang abadi. Alfatihah.


'wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan keredhaan dan bersukaria. masuklah engkau kepada hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu' [Al-Fajr 27-30]


PERGI TAK KEMBALI


setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa


terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada, lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata


selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya


amalan dan taqwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ke sana
sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim


terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi


berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi


p/s: walaupun saya tidak pernah bersua muka dengan Ustaz Asri, dan hanya kenal alunan suaranya sahaja, tapi saya merasakan dia tersangat dekat dengan saya, mungkin kerana suara yang lemak merdu bisa menyejukkan hati saya, melapangkan minda saya, memberi ketenangan, jua memberi keinsafan, saya benar-benar merasa kehilangan! diharapkan ahli Rabbani lainnya akan meneruskan usaha dakwah ini dalam mengembangkan syiar Islam melalui irama nasyid kontemporari. yang pergi tidak kembali, tapi masih boleh dicari ganti, walaupun tak serupa, perjuangannya sama!

Thursday, August 13, 2009

masuk TV9!

sapa yang baca entryku sebelum ini tentu terperasan kisahku disapa oleh sorang wartawan TV9 yang sibuk bertanyakan perihal sambutan kemerdekaan dan seperti dijangka, malam tadi, seusai makan malam dan ketika bersiap untuk menidurkan nabihah, suami pula sedang asyik melayan siaran berita, tiba-tiba, terdengar suamiku menjerit, 'mama! cepatlah, ada nih...' aku pun bergegas bangun dari katil dan mengangkut nabihah bersama, berjalan laju menuju ruang tamu. 'eh mama lah...' aku tersengih memandang kaca TV. aku menuding jari menunjukkan diriku di dalam TV kepada Nabihah. ntah paham ke tidak budak nih...tapi seingat aku, banyak juga yang aku 'bebelkan' kat wartawan tu, tapi banyak pulak yang di'tapis', apa daa, lenkali tanya sikit2 dah ler, muka pun ditayang kejap sangat! tak puas aku tgk! heheh...so buat sesiapa yang tak sempat menonton, tak taulaa ada ke tak siaran ulangannya? heheh gila glemer...
p/s: suamiku kata bini dia dah jd ala selebriti, hahaha. ayat orang jeles....

Wednesday, August 12, 2009

akhirnya dapat jua

akhirnya dapat jua


mama baru balik dari fabulousmom TTDI.
TQ pada midah n faizi jd penunjuk jln.

akhirnya dapat juga apa yang dihajat.
alhamdulillah.

macam-macam brand ada rupanya untuk produk tambah susuibu ni,
dari yang serendah harga belasan ringgit sampai ratusan ringgit

buat aje pilihan samada yang herba, susu tepung ataupun tablet!




setelah menimbang semasak-masaknya dan meneliti saki baki duit yang tak berapa nak ada
mama pun memilih untuk beli milkmaid tea dan organic soya drink
dengan penuh harapan
moga susu akan bertambah
dan menjadi rezeki buat nabihah

seelok keluar dari fabulousmom, mama disapa oleh seorang lelaki yang membawa mikrofon dengan di sisinya terdapat seorang kameraman bersama kamera dengan tulisan TV9.
terkedu seketika, what's going on? my hubby terus berlalu ke tepi.
lelaki yang memegang mikrofon itu tidak sempat mengenalkan diri terus bertanya soalan-soalan seperti berikut kepada mama:-
'kak... apa maksud kemerdekaan bagi akak?' sambil lelaki yang memegang kamera itu memfokuskan kameranya pada mama. laar wartawan ker? nape tak gtau awal-awal, boleh mekap lawa-lawa sikit! heheh
mama dengan ayunya pun jawab 'merdeka...bebas dari penjajah. boleh mentadbir negara atas kaki sendiri...' ayat skima! dalam kepala dok teringat masa belajar sejarah tingkatan 3 dulu, ishh kenape fakta-fakta tu tak datang time-time nih.so blurr!
kemudian ditanya lagi 'apa pendapat akak tentang sambutan kemerdekaan tahun ni?
mama tersengih, apa punya soalan nih, lebih susah dari soalan interview!
terkulat-kulat mama menjawab 'hmm macam tak meriah sangat!'
dia tanya lagi 'kenapa tak meriah? adakah kerana orang ramai tidak mendapat bendera free dari kerajaan?kenapa perlu mengharap bendera yang free semata?'
alamak! ish dia nih, susah mama nak jawab!
mama terus berfikir dan berfikir. lalu menjawab 'biasalah orang kita, selalunya memang suka menunggu barang free, kalau nak beli tu susah sikitlah, tulah persepsinya'. jangan marah aaa!
sebenarnya ada lagi 2-3 soalan lagi tapi tak berapa nak ingatlah, kerana kesemuanya berkaitan dengan bendera. apalah wartawan ni, dahlah ambush orang dengan soalan-soalan macam nih, kan baik bagi mama bendera free! hehehe
adakah mama akan masuk TV 9 jeng jeng jeng
p/s : kalau betul aku masuk TV, sila buat-buat tak kenal ek! ntah makcik mana ntah! buek malu orang kampong je ekau ni syikin!
abang, jom p beli bendera! :)

tersangatlah malunya!

jam 9.30 am- seperti biasa aku memulakan kerja seharian, bersama fail yang tebal dan nipis, menanti kehadiran lawyer-lawyer di kamar bicara, hari ni kes tak berape banyak, hanya ada tiga sahaja.
selesai kes pertama, masuk lawyer bagi kes kedua, seorang lelaki berbangsa cina, dalam awal 30-an dan agak hensem, aku mempersilakan duduk dan mula merekodkan particular yang patut. setelah mendengar permintaannya untuk mendapatkan tarikh baru, kerana katanya ada possibility untuk settle, aku menetapkan tarikh baru bulan 10 untuk pihak-pihak capai settlement.
then sebelum sempat dia bangun, lawyer lelaki itu menoleh ke arah kiriku sambil melirik senyuman.
'Puan, nice 'Handbag!' aku pun menoleh. alamak! lupa nak cover. aku tersengih sumbing.
lawyer itu menambah lagi 'tersangat jarang tengok handbag macam nie...' aduh! malunya aku. lidahku kelu serta merta.
sempat lagi dia berkata 'have a nice day Puan', lalu tersenyum terus berlalu. aku tau dalam hati dia mesti dok gelak kat aku. hampess!



inilah 'handbag' yang dikatakan lawyer tersebut.
beg oren berbelang itam




dan inilah jenamanya : tupperware brand!



p/s: memang malu sangat2! tak tau nak letak muka kat mana.
kenapalah aku tak perasan.
lainlah kalau letak beg LV ke, Bonia ke, Carlo Rino ke



Tuesday, August 11, 2009

milkmaid tea pls!


risau!

semalam mama try call Pn Rita Rahayu dari momlittleones. hajat hati nak order/beli milkmaid tea. melalui bacaan mama, milkmaid tea ni bagus untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dalam tempoh 24-48 jam. tak sabarnya nak cuba!


sebelum ini, pelbagai petua orang lama telah mama cuba, antaranya, banyakkan makan lobak putih, berulamkan jantung pisang rebus, makan pegaga, banyakkan minum air soya dan air longan. penah juga mama pergi berurut untuk memudahkan aliran susu.nampak berhasil dan susu bertambah tapi disebabkan nabihah makin membesar, susu mama tak mencukupi untuk mengenyangkan anak mama. jadi terpaksalah mama cari alternatif lain.


bila call Pn Rita, dia kata dia di Indonesia. so terbantut niat mama nak order secara talian. terpaksa booking online lah pulaknya. tulah masalah mama, tak berapa pandai bab beli online nih. nanti mintak ayah jelah yang orderkan.


mama risau kalau susu makin berkurangan. mama sedih kadangkala tengok nabihah macam tak puas menyusu. kesian sayang mama. hajat mama nak susukan nabihah sehingga mencapai usia 2 tahun. moga Allah murahkan rezeki nabihah untuk mendapat khasiat susu mama sehingga besar.


p/s : Pn Rita, cepatlah balik M'sia, saya tak sabar nak borong milkmaid tea nih! :)
12.35pm: mama baru called susibu.com, ohh kat sana pun ada jual jugak rupanya tapi dah abis stok. alaa frust mama. tapi staff yang jawap phone tu gtau mama brand lain ada, respon pengguna lain mengatakan produk susu tu pun ok jugak.
kebetulan petang ni ayah ada meeting kat Putrajaya, mama mintak tolong ayah singgah Bangi belikan susu tu untuk mama. yeh! hajat mama dah tercapai. alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.
kerana segala-galanya hanya untukmu Izzah Nabihah!

Monday, August 10, 2009

dinner @ Al-Rawsha



last Saturday,
we, a group of 18 enjoyed our dinner at Al-Rawsha Restaurant, near Jalan Ampang.
TQ to Mr Firdaus Rizal for being our sponsor.
we had a great joy testing and tasting Iranian food there.
soo delicious and marvelous... guys, enjoy da picca!

Why Al-Rawsha?
Al-Rawsha's name based on a true story of a big rock in the middle of the sea in Iran.
such a big rock with a tunnel that allows a boat to pass-by under it.
the specialties : iranian food ; kebab, mehdi rice with 'kambing/ayam', etc
all menus were in Arabic
u simply cant order your food without knowing its' name correctly unless your Arabic is power!


our dinner
i'm not sure what is that name?
macam nasi briyani
my hubby luv it soo much, so he keep asking for more!


dad, pls handle the babies
mum wanna eats
man in da middle ; our Sponsor


yummy! my delight!
licinnn



pls dont speculate negative thinking
the green bottle is da bicarbonate drink,
imported from Iran
had varieties; Strawberry, Raspberry, Lemon, Pineaple
we luv Strawberry very much


this is our rice, not sure its name
just like nasi briyani with kambing
with tomato sauce and yogurt
soo delicious
in a big plate untuk dimakan seramai 4 orang
harganya RM40 sahaja
kalau hujung bulan, boleh datang selalu :)


my hubby and kambing
like kembar
cannot be separated
hahahaha


nabihah pun suka makan nasi Iran.
bertambah-tambah!
but pls dont eva look for Iranian ya
malaysian still da best!

barbican bicarbonated drink, RM 4 each



after having meal, you can try Iranian tea
rasa macam teh pudina
i dont like it, rasa macam pedas-pedas
but my hubby luvs it soo much
maybe, bcoz it free :)
also can try their dessert
tapi terlalu manis, kerana diperbuat dari kekacang dan madu
lupa nak ambil gambar

shisha (dont know how to spell) also available for those who luvs to try
gambar diambil hanya hiasan semata-mata
tidak ada kena mengena dengan kami
hehehe



p/s : nak datang lagi, cuba menu lain, kebab dia pun macam bes,
besar sangat, share berdua pun takpe!

Thursday, August 6, 2009

seronok tak masuk opis

sejak 3 haribulan lalu, aku n hubby sama2 menghadiri kursus
kursusnya bertajuk teknik menulis alasan penghakiman
kiranya sesuai sangat dgn tugasan kami seharian
ada gak orang jeles and buat objection camana kami bleh join sekali
rezeki la katakan
Tn Faizi, nanti bleh ajak 'mem' join course lain ek,
minta petua dari Tn Ashraf heheh
TQ pada ILKAP kerana menjemput kami berdua dan 26 peserta lainnya
TQ kerana memanggil speaker yang bes2
juga TQ kerana memberi kami makan yang bes2 jugak
macam nak peghi kursus lain je pulak
seronok sebab takyah masuk opis
takyah tengok fail
takyah dengar bicara
takyah ngadap 'Boss' besar
takyah sign dokumen
takyah pening layan staff yang mintak itu ini
yahooo
p/s: ILKAP, nanti bagi can kat kami peghi lagik sama-sama ek, heheh
p/s: teringat masa g kursus kawen kat UIA dulu, masa tu tak sabo nak kawen heheh ayat gatal!
p/s : mahaplah Tn Megis Bangi, tak sempat singgah, tumpang lalu jerk! next time ek