eleh! malu malu pulak...
nabihah kena pakai tudung coz rambut pun tak berape nak banyak! heheh
mencapai usia setahun, Izzah Nabihah dah pandai;
(1) untuk mempamerkan rasa jelesnya pada ayah, tiap kali bila ayah duduk rapat-rapat dgn mama, nabihah akan jeles, sibuk datang dekat menghampiri mama sambil mulutnya membebel-bebel bahasanya yang mama tak paham, kadang-kadang terjerit-jerit menampakkan kemarahan, bising sangat-sangat, agaknya nabihah cakap ' ayah ni suka sangat ambik tempat nabihah' takpun ' nabihah belum nak adik lagi...'
(2) untuk menjejaki toilet, tempat fevret nabihah. sebelum masuk tido dan selepas bangun tido, itulah tempat pertama yang nabihah akan tuju, siap merengek-rengek kalu tak bagi dia masuk toilet. paling bes, nabihah akan jeles bila mama dapat masuk toilet tapi nabihah kena tinggal kat luar, punyerlah bising. kalu dapat masuk, macam pasarlah jawabnya, bukan main happy, senyum memanjang sambil menyanyi-nyanyi...antara lirik lagu nabihah ialah tatatatata, papapapapa, zazazazaza...
(3) untuk melambai tangan bila kena tinggal di nursery, nabihah dah faham bila mama dan ayah kata bye bye, nabihah kena lambai tangan, penuh gemah gemalai dan lemah lembutnya. sweet sangat. bila mama ambil nabihah pulang dari nursery, nabihah akan lambai tangan pada kawan-kawan dan cikgu-cikgu kat nursery. tapi selalunya nabihah je yg lambai tangan kat diorang, diorang tak balas pun. kesian nabihah!
(4) untuk masuk dapur bila mama sibuk memasak, nabihah akan tengok dengan khusyuknya mama potong sayur, tumbuk bawang, goreng ikan, nabihah suka tengok proses memasak, agaknya nabihah bile besor nanti jd chef kot! chef mama dan ayah laa...
(5) untuk menonton cerita upin dan ipin di TV, nabihah akan duduk sorang-sorang leka menghayati jalan cite tersebut, sampai ternganga-nganga mulutnya. selalunya mama akan bagi biskut untuk nabihah kunyah sepanjang melayan cite tersebut, begitu santai mama tengok!
(6) untuk menyebut beberapa perkataan mudah, macam 'dah' dan panggilan 'ayah', aaayah! aaayah! comel sangat-sangat dengar suara halus nabihah. tapi nabihah buat mama jeles, sebab nabihah taknak sebut panggilan mama dulu!
(7) untuk mengelengkan kepalanya bila tak suka atau tak nak kepada sesuatu perkara. ataupun bila mama kata jangan, nabihah akan cepat-cepat geleng kepala, pandailaa anak mama ni. tak susah mama nak ajar
(8) untuk membawa nabihah keluar berjalan-jalan di hujung minggu. nabihah kalau tak keluar rumah walau sekejap akan merengek-rengek sepanjang hari dan buat muka takde mood. sampailah dibawa keluar rumah, barulah anak mama akan senyum balik dengan excitednya. kalau bawak ke pasaraya, apa yang mama capai, nabihah akan capai sama. paling tak tahan, kalu nabihah jumpa belon atau barang mainan, terlalu asyik dan menuding jari menunjuk ke arah belon atau mainan tersebut, excited. nasib baik tak pandai cakap 'mama, nak!'
nabihah, kesayangan mama dan ayah!
we luv u, nabihah!
hehehehe.... kejapnye masa.... rasa cam baru je aunti fidza jumpa nabihah masa nabihah dlam peyut mama tunggu masa nk kuar... skang dh setahun dh.... tomey.. tomey...
ReplyDeletehaha, byk persamaan la dgn anak aku..
ReplyDeleteantaranya suka pegi/main dlm toilet, tgk upin & ipin sampai ternganga n tak berkelip2 mata, pandai/lagi selalu panggil 'ayah' dpd 'mama' n geleng2 kepala bila tak nak satu2 benda.
well, kids..they are so cuteee!!
fidza: sila pastikan sumayyah panggil mamanya dulu sebelum papa, kalu berjaya, ikin bg hadiah! macam ikin dah terlewat huhuh
ReplyDeletemahyudin :tulaa, rasa tak meriah hidup kita ni kalu tak tgk keletah dorang walau sehari, memang cute! tu yang tak sabar nak tambah sorang lagi tuh,
heheh