orang tua-tua kata, nak tambat hati suami adalah melalui perutnya dan aku tak nafikan, kata-kata orang tua-tua ni ada betulnya, suamiku kata dia rasa gembira andai aku memasak untuknya walaupun hanya sekadar lauk telur goreng masak kicap. mungkin kerana air tanganku akan menjadikan telur goreng masak kicap itu rasa lebih sedap dan lain dari yang lain, heheh. tapi aku tak taulah kalu pujian tu hanya untuk menyedapkan halwa telingaku sahaja!
semalam sebaik pulang dari keje, aku memulakan langkah di dapur, dah lama rasanya my habib tak makan masakan air tangan isteri dia yang sedap-sedap, so aku pun sibuklah berpencak silat di dapur, menunya memang aku dah plan dari pagi, iaitu nasi ayam hainan!
nasi ayam hainan ni masakan orang cina, kiranya masakan kegemaran moyang aku lah. pasalnya atuk aku, anak cina yang datang berdagang ke Melaka dari Kepulauan Hainan, China. tapi bukan senang kalu nak makan nasi ayam hainan ni kat kedai luar sana, confius tentang halal haramnya. so aku pun memang dah lama jugak tak masak nasi ayam hainan ni, tetiba teringinlah pulak. bila siap masak, tak sangka my habib sampai bertambah2 makannya. abis makan, terus tertido di sofa! begitulah penangan air tangan isteri... dan paling tak sangka, nabihah pun suka makan nasi ayam, asyik menganga je mulutnya, masa aku makan dia kacau, mintak mama suap lagi! kiranya ni first time lah dia makan nasi ayam. nampaknya pasni boleh masak selalulah masak nasi ayam hainan ni.
so buat kengkawan semua, di sini ada disertakan resepi nasi ayam hainan kalu nak cuba.
utk nasinya [dimakan 4 orang]
2 pot beras yang telah dicuci bersih
bawang merah, dan bawang putih dihiris halus
sedikit halia
bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis
sedikit minyak masak/minyak zaitun
air rebusan ayam 2 cawan (ikut sukatan beras)
sedikit garam
2 helai daun pandan
cara-caranya :)
untuk nasinya:-
1) panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2) masukkan beras yang telah dicuci dan gaul rata dengan bahan-bahan tumisan.
3) masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam, gaul lagi sehingga sebati.
4) masukkan daun pandan, masak nasi macam biasa
5) selepas nasi masak, boleh dihidangkan bersama hirisan daun bawang/bawang goreng
untuk ayamnya pulak:-
1) buangkan lemak dan kulit-kulit ayam yang berlebihan
2) rebuskan air bersama sedikit halia
3) setelah ayam dibersihkan, masukkan dalam air rebusan tadi, tunggu sehingga ayam masak dan air rebusan mendidih.
4) ambil sedikit air rebusan ayam (untuk dimasukkan ke dalam periuk nasi)
5) setelah ayam masak, angkat dan ketepikan
6) boleh tuangkan sedikit kicap cair/kicap soya ke atas
* ayam hainan ni memang ayam yang dimasak secara rebusan/kukusan, bukan digoreng/dipanggang macam nasi ayam yang biasa kita tengok di kedai/restoran
ianya makanan sihat tanpa tanpa penggunaan minyak yang banyak. bagus untuk semua
untuk supnya :-
1) tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam kuali sehingga naik bau.
2) masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam bahan tumis, kacau rata sehingga mendidih.
3) sebaik air sup mendidih, masukkan daun bawang/daun sup/bawang goreng dengan sedikit garam.
untuk ulamannya : salad, tomato dan timun dihiris nipis.
untuk sosnya : beli aje sos cili thai kat pasaraya, jimat masa heheh
selamat mencuba buat semua. kalu sedap, tahniah diucapkan kerana berjaya memasak masakan yang sedap buat pasangan memasing. tapi kalu tak jadi tu, mungkin sebab air tangan korang lah kot!
heheh
p/s ; buat sesapa yang ade resepi ikan masak gulai tempoyak, sila kongsikan bersama-sama. hubby suka makan tapi mama tak tau masak! huhuhu
bace resepi dah tau sedap...hihihihi
ReplyDeleteok2..akan dicuba untuk dimakan 4beranak nnt..hihihi
wah, boleh bukak kedai nih!!
ReplyDelete