ayah,
maafkan anakmu ini
satu-satunya barang kenangan pemberian ayah telah anakmu ini hilangkan.
puas diintai, dicari
di rumah dan di pejabat
tapi tidak berjumpa
kali terakhir melihatnya pada 05-07-09,
ketika keluar makan tengahari,
barang tersebut telah terlucut dari pergelangan
lantas dimasukkan ke dalam tas tangan
sehinggalah anakmu teringat akannya 2 minggu lalu,
saat mencarinya di dalam tas tangan tersebut,
ia tiada.
anakmu mencari dan mencari.
hampa, tidak berjumpa
kerana
itulah satu-satunya harta berharga pemberian ayah.
hadiah yang ayah belikan di saat anakmu ini masih bersekolah rendah,
setelah bertahun-tahun dia bersama
kini telah tiada
itulah satu-satunya gelang yang ada dan kini telah hilang selamanya.
walaupun diganti nan serupa, tetap tidak sama
kerana ia
pemberian dari seorang ayah buat anak bongsunya
yang tidak mungkin lagi kumiliki
yang tidak mungkin lagi ayah beli
kerana ayah telahpun kembali!
p/s: maafkan anakmu ini ayah!
p/s: maafkan anakmu ini ayah!
maafkanlah....
syikin ilang gelang ke? kita pon dlu pernh ilang gelang pemberian mak mertua.. guilty gile, sbb dia tnay kenapa lama xnmpk pkai. Rasanya ilang dlm beg gak. Trus gntikan dengan yg sebijik mcm tu.smpai skang da dekat 2 thun sape2 pun termasuk hubby x tahu.. Hohoho
ReplyDeleteni tengah pujuk hubby ganti yg baru... ntah la dapat ke idak! heheh walaupun tak sama, yang penting ada...
ReplyDelete