Wednesday, July 29, 2009

maafkan anakmu ini, ayah!

ayah,
maafkan anakmu ini
satu-satunya barang kenangan pemberian ayah telah anakmu ini hilangkan.
puas diintai, dicari
di rumah dan di pejabat
tapi tidak berjumpa
kali terakhir melihatnya pada 05-07-09,
ketika keluar makan tengahari,
barang tersebut telah terlucut dari pergelangan
lantas dimasukkan ke dalam tas tangan
sehinggalah anakmu teringat akannya 2 minggu lalu,
saat mencarinya di dalam tas tangan tersebut,
ia tiada.
anakmu mencari dan mencari.
hampa, tidak berjumpa
kerana
itulah satu-satunya harta berharga pemberian ayah.
hadiah yang ayah belikan di saat anakmu ini masih bersekolah rendah,
setelah bertahun-tahun dia bersama
kini telah tiada
itulah satu-satunya gelang yang ada dan kini telah hilang selamanya.
walaupun diganti nan serupa, tetap tidak sama
kerana ia
pemberian dari seorang ayah buat anak bongsunya
yang tidak mungkin lagi kumiliki
yang tidak mungkin lagi ayah beli
kerana ayah telahpun kembali!

p/s: maafkan anakmu ini ayah!

maafkanlah....

Tuesday, July 28, 2009

makan di puncak angkasa


tempat dituju:-

Restoran Sri Angkasa @ KL Tower




mak abah mertua




world of dessert












saat menjamu selera








western foods






nabihah nak makan ape?






merpati sejoli! menghampiri usia perkahwinan 34 tahun






ni lah besday dad





nabihah nak tidoooo





menjamu mata bandaraya Kuala Lumpur






luv this picca






my everything





my future





my fevret : eating food




abah teropong sape?

Teluk Intan nampak tak agaknya heheh





dengan confidennya nabihah menapak





ketika menjejak menara tinjau





Bersamaan 25-07-09 lalu, aku, nabihah, abah dan mak bersama-sama meraikan besday dad, Tn Ashraf yang ke 28 tahun. kami menjamu selera dan mata di Restoran Berputar KL Tower, lunch buffet. Buat sesape nak selebret apa saje majlis yang istimewa, aku cadangkan buatlah reservation terlebih dulu. Restoran Sri Angkasa ni menyajikan lauk pauk citarasa Melayu dan juga Western, dimasak oleh pakar Restoran Seri Melayu. Utk harganya, RM60+ per pax. kalu dinner lagi mahal lebih RM100+. kalu nak lagi murah, buleh try high tea RM40+


SO BUAT MY LUVLY HUSBAND,


I WISH U HAPPY BIRTHDAY!
tiada apa lagi yang ku harap

selain dapat hidup di sisimu selalu


tiada apa lagi yang ku ingin

selain dapat menjadi pendampingmu selalu


tiada apa lagi yang ku idam

selain dapat membahagiakan dirimu selalu


tiada apa lagi yang ku impi

selain menjadi bidadarimu yang satu


tiada apa lagi yang ku damba

selain cintamu setulus jiwa


doa mama dan nabihah - moga abang sentiasa dirahmatiNya, diampunkan segala dosa, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dalam sihat walafiat juga dipermudahkan segala urusan yang ada, amin.


Monday, July 27, 2009

kerja makin banyak

last friday
my 'luvly' judge gave me one file to work on it
nothing else but to prepare her grounds of judgment
the file was file 'bicara penuh' regarding good sold delivered.
the case was from Session Court, involved 4 witnesses,
the lower court ruled that the judgment for the plaintiff.
Defendant dissatisfied and appealed to High Court.
after hearing submissions, my judge dismissed da appeal
hence the defendant appeal to da Court of Appeal
[wonders why they just cant stop filing da appeal
cant all lawyers accept the High Court decision whole-heartedly]
once the parties file their appeal, all judicial officer must prepare their ground within 8 weeks. that da most thing da officer normallya 'reluctant' to do within restricted time.
[bcoz there are lots work to do besides writing grounds]
i've check da file, its so complicated and confused
i never been a Session Judge
nor as High Court Judge
my legal reasoning and my legal knowledge
not as good as them
hello! my 'luvly' judge,
cant u hear me
cant u understand me
that's all your jobscope
not mine!!
you paid for that
thousands of Ringgit
even single cents, i never had!!
p/s: my CJ, is there any chance for me to be appointed as JC? plz consider my name!
i'm doing JC's work right now hehehe

Friday, July 17, 2009

naik angin di pagi hari

pagi ini aku agak lewat bersiap, kerana melayan nabihah yang demam sejak malam tadi, merengek-rengek tak selesa, tidonya pun tak berapa lena, kesian anak mama. so bila sibuk melayan anak, menyiapkan baju kerja ayah dan baju mama, juga baju nabihah untuk ke nursery, kami keluar dari rumah agak lewat dari biasa.



sebaik keluar dari simpang rumah, jalan yang biasa kami lalui, dari jauh kami lihat banyak kete yang sedang q untuk keluar ke jalan utama. lalu suamiku mengambil jalan short cut, membelok ke kiri dan ke kanan, kanan balik sehingga lah kereta kami menghampiri satu simpang, tetiba ada sebuah kereta kancil berwarna putih keluar dengan lajunya tanpa memberi signal untuk membelok masuk. suamiku sempat membrek dan mula membebel, ish kancil ni lajunya, dah lah tak berhenti di simpang. saat itu kereta kancil berwarna putih itu sedang mendahului kereta kami. sehinggalah tiba di sebuah simpang 3, untuk masuk ke main road, kereta kancil berkenaan mengambil jalan ke tengah, seakan-akan untuk membelok ke kanan, dan kereta kami pula menghimpit lorong belah kiri,

ketika jalan lengang, suami membelok ke kini, tetapi tiba-tiba bunyi hon kuat di sebelah kanan kami, rupa-rupanya kereta kancil tadi pun nak membelok ke kiri, hampir bertembong kedua kereta. suamiku apa lagi, naik angin lah, duduk lane belah kanan tapi terus mencucuk-cucuk lane sebelah kiri. kemudian, suamiku beri laluan pada kereta tadi untuk berlalu, tapi yang buat kami hilang sabar, kereta kancil berkenaan mula bergerak dan meluncur perlahan-lahan, terhenjut-henjut, sehingga menyebabkan kereta kami bergerak amat perlahan. jarak kancil tersebut dengan kereta di depannya juga telah jauh ditinggalkan. nampak sangat kancil itu sengaja berbuat sedemikian.




akhirnya kereta kami terhenti disebabkan traffic light menjadi merah. suamiku mula hilang sabar, dia pun membuka pintu dan keluar, tapi tidak berganjak dari pintu kereta kami, aku dah gabra, suamiku jarang yang amat naik angin, tapi kali ini aku tau kesabarannya diuji. pemandu kancil yang berada di depan menurunkan cermin tingkap keretanya. suamiku pun menjerit,'kau ape hal!' aku tak berapa dengar jawapan dari pemandu kancil itu, maklumlah di tengah jalan, di tengah kesibukan kederaan lalu lalang, dan radio pun terpasang, membataskan aku untuk mencurik dengar 'pergaduhan' mulut di antara mereka.




tapi apa yang aku dengar, suami berkata 'kau yang mula dulu, keluar simpang tak bagi signal, pastu amik lane kanan untuk masuk kiri, hon-hon, kau yang mula dulu.' pemandu tu ada membalas, tapi seperti ku kata tadi, aku tak dengar butir bicaranya. babaknya menunjukkan bahawa 'komunikasi berkesan' gagal disampaikan kepada pendengar macam aku, hehehe kemudian suamiku berkata lagi 'kalau lah aku jumpa kau kat court, siaplah...' terus suamiku masuk ke dalam kereta dan meneruskan pemanduan. kereta kancil itu membelok ke kanan, kereta kami menurut, suami masih membebel 'berlagak! baru pakai kancil nak berlagak, tu kalau pakai lori ntah camana la gayanya, tu yang buat ramai orang mati tuh...'konklusinya. aduh suamiku fikirannya sampai ke situ pulak! aku menyuruh suami bersabar dan banyak selawat dan istighfar.




secara kebetulan kereta kancil itu dan kereta kami memasuki kawasan perumahan yang sama, kemudian kereta itu membelok ke kiri dan menuju ke kawasan kedai berdekatan, dan kami terus menuju ke nursery nabihah, dua lorong memisahkan kereta kami dengan deretan kedai berkenaan. selesai urusan penghantaran nabihah, suami kata' jom kita kejar kereta tadi' aku pun berkata ' tak payah lah bang, biar jelah, kalau kita layan orang macam tu, kita pun sama macam dia jugak, biarlah.' aku pun cepat-cepat tengok jam, kita pun dah lambat ni' aku menggesa suami agar dilupakan niatnya itu. dan kami terus berlalui meninggalkan kedai, di mana kereta kancil tadi singgah. dari jauh aku nampak kancil putih itu tapi aku diamkan aje. biarlah, nanti Allah akan balas jua, bisik hati ku.



eee aku plak yang geram dan sakit hati!





p/s: buatmu pemandu kancil putih, yang plat nombornya aku tak sempat catat, kita mungkin bertemu lagi, kerana rumah kita tidaklah jauh mana, boleh bertemu di simpang jalan mahupun di pasar malam. tak pun kita mungkin pernah berselisih bahu sebelum ini, aku aje yang x perasan/kenal.
dan satu kesilapan besarlah bagi kau kerana nak 'carik gaduh' dengan pegawai undang-undang. nasib baik aku tak catat nombor plat kereka kau kancil,
kalau tak aku suruh JPJ gantung kau punya lesen hahaha
tak pun aku suruh polis reman kau dalam lokap hahaha
takpun aku suruh DBKL sita kereta kau kalau bila salah tempat parking hahaha
ataupun aku suruh bank tarik kereta kau sebab hutang tak abis bayar hahaha
koman-koman, malam ni aku datang pancitkan tayar kancil kau hahaha

Wednesday, July 15, 2009

yang mulia yang bijaksana





izzah nabihah; yang mulia yang bijaksana




eleh! malu malu pulak...




nabihah kena pakai tudung coz rambut pun tak berape nak banyak! heheh






mencapai usia setahun, Izzah Nabihah dah pandai;




(1) untuk mempamerkan rasa jelesnya pada ayah, tiap kali bila ayah duduk rapat-rapat dgn mama, nabihah akan jeles, sibuk datang dekat menghampiri mama sambil mulutnya membebel-bebel bahasanya yang mama tak paham, kadang-kadang terjerit-jerit menampakkan kemarahan, bising sangat-sangat, agaknya nabihah cakap ' ayah ni suka sangat ambik tempat nabihah' takpun ' nabihah belum nak adik lagi...'




(2) untuk menjejaki toilet, tempat fevret nabihah. sebelum masuk tido dan selepas bangun tido, itulah tempat pertama yang nabihah akan tuju, siap merengek-rengek kalu tak bagi dia masuk toilet. paling bes, nabihah akan jeles bila mama dapat masuk toilet tapi nabihah kena tinggal kat luar, punyerlah bising. kalu dapat masuk, macam pasarlah jawabnya, bukan main happy, senyum memanjang sambil menyanyi-nyanyi...antara lirik lagu nabihah ialah tatatatata, papapapapa, zazazazaza...






(3) untuk melambai tangan bila kena tinggal di nursery, nabihah dah faham bila mama dan ayah kata bye bye, nabihah kena lambai tangan, penuh gemah gemalai dan lemah lembutnya. sweet sangat. bila mama ambil nabihah pulang dari nursery, nabihah akan lambai tangan pada kawan-kawan dan cikgu-cikgu kat nursery. tapi selalunya nabihah je yg lambai tangan kat diorang, diorang tak balas pun. kesian nabihah!






(4) untuk masuk dapur bila mama sibuk memasak, nabihah akan tengok dengan khusyuknya mama potong sayur, tumbuk bawang, goreng ikan, nabihah suka tengok proses memasak, agaknya nabihah bile besor nanti jd chef kot! chef mama dan ayah laa...







(5) untuk menonton cerita upin dan ipin di TV, nabihah akan duduk sorang-sorang leka menghayati jalan cite tersebut, sampai ternganga-nganga mulutnya. selalunya mama akan bagi biskut untuk nabihah kunyah sepanjang melayan cite tersebut, begitu santai mama tengok!





(6) untuk menyebut beberapa perkataan mudah, macam 'dah' dan panggilan 'ayah', aaayah! aaayah! comel sangat-sangat dengar suara halus nabihah. tapi nabihah buat mama jeles, sebab nabihah taknak sebut panggilan mama dulu!







(7) untuk mengelengkan kepalanya bila tak suka atau tak nak kepada sesuatu perkara. ataupun bila mama kata jangan, nabihah akan cepat-cepat geleng kepala, pandailaa anak mama ni. tak susah mama nak ajar




(8) untuk membawa nabihah keluar berjalan-jalan di hujung minggu. nabihah kalau tak keluar rumah walau sekejap akan merengek-rengek sepanjang hari dan buat muka takde mood. sampailah dibawa keluar rumah, barulah anak mama akan senyum balik dengan excitednya. kalau bawak ke pasaraya, apa yang mama capai, nabihah akan capai sama. paling tak tahan, kalu nabihah jumpa belon atau barang mainan, terlalu asyik dan menuding jari menunjuk ke arah belon atau mainan tersebut, excited. nasib baik tak pandai cakap 'mama, nak!'




nabihah, kesayangan mama dan ayah!


we luv u, nabihah!

Friday, July 10, 2009

menambat hati suami!

orang tua-tua kata, nak tambat hati suami adalah melalui perutnya dan aku tak nafikan, kata-kata orang tua-tua ni ada betulnya, suamiku kata dia rasa gembira andai aku memasak untuknya walaupun hanya sekadar lauk telur goreng masak kicap. mungkin kerana air tanganku akan menjadikan telur goreng masak kicap itu rasa lebih sedap dan lain dari yang lain, heheh. tapi aku tak taulah kalu pujian tu hanya untuk menyedapkan halwa telingaku sahaja!








semalam sebaik pulang dari keje, aku memulakan langkah di dapur, dah lama rasanya my habib tak makan masakan air tangan isteri dia yang sedap-sedap, so aku pun sibuklah berpencak silat di dapur, menunya memang aku dah plan dari pagi, iaitu nasi ayam hainan!








nasi ayam hainan ni masakan orang cina, kiranya masakan kegemaran moyang aku lah. pasalnya atuk aku, anak cina yang datang berdagang ke Melaka dari Kepulauan Hainan, China. tapi bukan senang kalu nak makan nasi ayam hainan ni kat kedai luar sana, confius tentang halal haramnya. so aku pun memang dah lama jugak tak masak nasi ayam hainan ni, tetiba teringinlah pulak. bila siap masak, tak sangka my habib sampai bertambah2 makannya. abis makan, terus tertido di sofa! begitulah penangan air tangan isteri... dan paling tak sangka, nabihah pun suka makan nasi ayam, asyik menganga je mulutnya, masa aku makan dia kacau, mintak mama suap lagi! kiranya ni first time lah dia makan nasi ayam. nampaknya pasni boleh masak selalulah masak nasi ayam hainan ni.






so buat kengkawan semua, di sini ada disertakan resepi nasi ayam hainan kalu nak cuba.







utk nasinya [dimakan 4 orang]


2 pot beras yang telah dicuci bersih

bawang merah, dan bawang putih dihiris halus

sedikit halia

bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis

sedikit minyak masak/minyak zaitun

air rebusan ayam 2 cawan (ikut sukatan beras)

sedikit garam

2 helai daun pandan





cara-caranya :)




untuk nasinya:-


1) panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.

2) masukkan beras yang telah dicuci dan gaul rata dengan bahan-bahan tumisan.

3) masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam, gaul lagi sehingga sebati.

4) masukkan daun pandan, masak nasi macam biasa

5) selepas nasi masak, boleh dihidangkan bersama hirisan daun bawang/bawang goreng







untuk ayamnya pulak:-


1) buangkan lemak dan kulit-kulit ayam yang berlebihan

2) rebuskan air bersama sedikit halia

3) setelah ayam dibersihkan, masukkan dalam air rebusan tadi, tunggu sehingga ayam masak dan air rebusan mendidih.

4) ambil sedikit air rebusan ayam (untuk dimasukkan ke dalam periuk nasi)

5) setelah ayam masak, angkat dan ketepikan

6) boleh tuangkan sedikit kicap cair/kicap soya ke atas



* ayam hainan ni memang ayam yang dimasak secara rebusan/kukusan, bukan digoreng/dipanggang macam nasi ayam yang biasa kita tengok di kedai/restoran

ianya makanan sihat tanpa tanpa penggunaan minyak yang banyak. bagus untuk semua








untuk supnya :-


1) tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam kuali sehingga naik bau.

2) masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam bahan tumis, kacau rata sehingga mendidih.

3) sebaik air sup mendidih, masukkan daun bawang/daun sup/bawang goreng dengan sedikit garam.







untuk ulamannya : salad, tomato dan timun dihiris nipis.







untuk sosnya : beli aje sos cili thai kat pasaraya, jimat masa heheh







selamat mencuba buat semua. kalu sedap, tahniah diucapkan kerana berjaya memasak masakan yang sedap buat pasangan memasing. tapi kalu tak jadi tu, mungkin sebab air tangan korang lah kot!

heheh

p/s ; buat sesapa yang ade resepi ikan masak gulai tempoyak, sila kongsikan bersama-sama. hubby suka makan tapi mama tak tau masak! huhuhu

Thursday, July 9, 2009

pening! pening!




hhmmmmm! pening! pening!




pagi tadi mama hantar nabihah check-up and injection. punyer le lama menunggu giliran. sebenarnya orang takdelah ramai manapun, tapi biasalah klinik kerajaan! dalam hati mama dah merungut rangat, anak kedua nanti mama anta private jelah, cepat sikit!. nasib baik kes-kes mama arini ada orang lain cover, kalu tak jenuh jugak. kalu postpone kang, sian kat loyer yang dah dtg court.



akhirnya saat dinanti pun tiba, nombor giliran dipanggil. nurse yang check nabihah muda lagi mama tengok, ntah-ntah bujang! dia semak buku check-up nabihah. dia kata berat badan nabihah kurang. mencapai usia setahun berat nabihah hanya 6.8 kg. bunyinyer macam bahaya jerk, mama dah cuak! nurse tanya macam-macam; nabihah dah stat bagi makan ker? masak camana? minum susu aper? banyak tak minum susu? berapa aun? mama cakap; bila nabihah masuk 6 bln mama dah bagi dia makan, selalunya bubur, samada bubur ayam ker daging ker ikan ker carrot ker, susu badan nabihah minum waktu malam tapi di nursery, susu botol, susu dumex. tapi mama tak pasti berapa kerap/berapa aun nabihah minum kat nursery.




muka nurse tu mama tengok macam tak puas ati je dengan jawapan mama. dia kata mama kena ambik tau semua tu. mama kena prihatin pasal tumbesaran anak. mama sekadar mengangguk jer, mama dah lama tak kena marah! mama sedih jugaklah kena marah ni, plak tu mama rasa ada 2, 3 orang lain yang dengar, rasa malu sangat-sangat. kemudian mama kena bawak nabihah kat tempat cucuk, alhamdulillah, nabihah tak nangis pun masa kena cucuk, nurse tu pun pelik, dia selak tempat cucuk, betul ke jarum 'menjunam ke bahu? atau kat tempat lain? tengok betul je, ade darah lagi! uish bangga mama, nabihah ni kuat rupanya.




sampai kat nursery, mama tanya cikgu pasal nabihah, cikgu kata nabihah memang tak suka minum susu kat nursery, minum pun kena paksa. tapi makan ok, banyak takde masalah. pening kepala mama nabihah! patutlah bila mama jemput balik sekolah, nabihah merengek-rengek tak sabar-sabar nak menyusu dengan mama. rupanya tak minum kat sekolah! mama rasa, dulu masa stok susu perahan mama banyak, dalam 10 aun nabihah minum dalam sehari di nursery. agak-agaknya sekarang, tak sampai pun 5 aun nabihah minum susu botol. kesian anak mama!




nabihah, hari ni mama sedar kesilapan mama. mama akui kesalahan mama. mama tau mama tak ambik berat segala hal ehwal nabihah kat nursery. maafkan mama. selama ini, mama rasa mama dah buat yang terbaik untuk nabihah, rupanya masih kurang baik lagi.



nabihah,


hanya ada satu perkara saja di fikiran mama saat ini, quit my job! mama rasa dengan berhenti kerja, mama akan dapat tumpukan seratus peratus pada anak mama, jaga makan minum anak mama, sakit pening anak mama, memang mama tak boleh harapkan nursery sepenuhnya, kerana mereka tak faham anak mama. layanan mereka tak sama dengan layanan mama, kasih sayang mama, perhatian mama takkan sama dengan kasih sayang dan perhatian cikgu-cikgu di nursery.


quit? demi nabihah
no? demi cita-cita mama
aduh peningnyer.........arrgghhh

p/s : agaknya kalu mama cakap macam ni tadi, nurse tu marah tak : 'nurse, badan saya n husband kecik je sebab tulah agaknya nabihah pun kecik jugak, ikut genetik! saya dah bagi makan macam-macam, tapi nak buat camana kalu berat nabihah tak nak naik.'
hmm pening lagi!

Wednesday, July 8, 2009

happy 1st birthday!


06-07-09
first time nabihah ikut mama dan ayah ke kedai kek
first time nabihah tengok mama dan ayah pilih kek
first time mama dan ayah belikan kek buat nabihah
first time nabihah pegang pisau potong kek
first time nabihah belajar potong kek
first time nabihah tengok rupa bentuk kek
first time jugak nabihah makan kek mousse!
yummmy!



selamat hari lahir sayang!
doa mama dan ayah akan sentiasa mengiringi
kasih sayang mama dan ayah akan selalu memayungi
moga menjadi hamba yang taat padaNya
umat Muhammad yang berjaya
juga menjadi
anak mama dan ayah yang solehah
amiin!

sayang dari mama & ayah

Tuesday, July 7, 2009

catatan seorang mama! 06-07-08



aidilfitri 2007

ucapan pertama mama dan ayah di layar ini adalah 'selamat hari lahir sayang' .mama tak sangka setahun sudah usiamu duhai puteri hati di dalam kehidupan mama dan ayah.

masih terkenang-kenang segala kenangan mama di saat menanti kehadiranmu dan selepas mengandungkan dirimu sayang. kenangan yang tidak pernah tercatit di dalam diari harian mama tetapi kekal tersemat sebagai satu memori terindah di minda mama buat selamanya. coretan ini mama hadiahkan buat anak mama yang tersayang bersempena genap setahun usiamu. walaupun tiada birthday party dan kek harijadi, doa mama dan ayah sentiasa memayungi perjalanan hidupmu sehingga hujung nyawa.



sayangku nabihah,
sebaik disatukan pada 17 Disember 2006, mama dan ayah tidak sabar-sabar menunggu kehadiranmu di dalam kehidupan kami, tidak pernah sekalipun kami merancang bila untuk menimang cahayamata, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Esa. berbagai rasa bercampur-baur setelah masuk bulan kelima usia perkahwinan; resah gelisahnya menunggu khabar gembira, tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling, cemburu melihat rakan mendapat baby baru, tiap kali selepas solat, mulut mama tidak henti berdoa, doa Nabi Zakaria dalam surah Ali Imran ayat 38 yang mama baca tiap saat penuh mengharap, dan kecewanya bila 'period' datang tiap bulan... ahhh tidak tertanggung rasanya saat itu. hanya kepadaNya mama dan ayah bergantung harap dan bertawakal.

sembilan bulan menanti selepas diijab kabul, akhirnya kesabaran dan penantian berbalas jua. sebaik sinar Syawal tiba di penghujung pada tahun 2007, mama disahkan hamil anak sulung. tanpa mama sedari, rupa-rupanya anak mama ini telah 2 bulan menghuni rahim mama dalam diam. kesyukuran dipanjatkan sebaiknya doktor sahkan berita tersebut. dan kegembiraan dikongsi bersama seluruh ahli keluarga kerana akhirnya doa mama dan ayah dikabulkan Tuhan. kami sujud syukur di atas anugerah ini. tak terkata, tak terkira, tak ternilai, tak terucap nikmatnya. malam itu, mama dan ayah tidor sambil tersenyum-senyum sayang. mama tahu ayah cukup gembira dan bahagia saat itu.


inilah keputusannya, positif!


sayangku nabihah,
sebaik hamil, mama mendapat alahan yang teruk dan disahkan mendapat bronkitis, muntah lendir yang banyak, tiada selera makan, berat badan turun, langsung tidak bertenaga. sering kali mama MC kerana tidak berdaya membawa diri. mujurlah ayah sentiasa berada di sisi. mengurut bila mama keletihan, menemani bila mama tidak dapat tidur, membantu segala kerja rumah. segalanya dikongsi bersama. mama ingat lagi di saat doktor menyuruh mama memakai topeng oksigen kerana mengidap bronkitis, ayah ambil gambar mama yang dah macam angkasawan sebab rupa mama saat itu macam pakai helmet motor bertopeng....heheh gambar mama yang paling tak cun sepanjang hayat mama! sebaik selesai treatment, mama muntah teruk kat tepi longkang besar depan Stesen Minyak Shell, Bangi. tu lah sekali mama muntah teruk, selepas tu semua kembali normal.

berat badan mama sepanjang kehamilan hanya naik 9 kilo sahaja, kawan-kawan seopis kata perut mama kecik je, bangga mama masa tu sebab berjaya kontrol, mama takut gemuk. ayah pula begitu menjaga pemakanan mama, hanya yang terbaik buat mama dan anak mama, paling kerap sekali mama makan kurma, kismis, kekacang, sayur brokoli, bayam, carrot, ikan yang kaya dengan protein. tu belum kena minum air soya panas takde gula yang ayah paksa mama minum. alhamdulillah, mama sihat sehingga saat melahirkan. cuma semasa kandungan mama mencecah usia 7 bulan, doktor sahkan kandungan gula/insulin dalam darah mama tinggi, so mama kena kontrol.



gambar pertama anak mama tatkala berusia 2-3 bulan


sayangku nabihah,

macam-macam ujian mama terpaksa lakukan untuk mengukur paras insulin/gula dalam darah, ambil darah jangan ceritalah, sampai lebam-lebam di tangan, pastu kena puasa untuk kontrol insulin, dan doktor bagitau kalau tak control, nanti baby dalam kandungan berisiko menjadi besar dan bermasalah. takut mama masa tu, so terpaksalah mama diet mengenangkan anak mama yang sedang membesar dalam kandungan. pengambilan karbohidrat tak boleh banyak, malam-malam makan roti sahaja, ataupun sup ataupun lauk semata tanpa nasi. sebab tu jugaklah mama kena minum soya tanpa gula. tiap kali ke pasar malam, mesti makcik yang jual air soya tu pelik dengan permintaan ayah 'makcik, air soya panas tanpa gula dua!' terpinga makcik tu, sedap ke soya tawar? muka ayah selamba, mama je lah yang senyum sumbing, kerana hanya mama sahaja yang tau rasanya. tak sedap langsung!


segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak mama dan ayah, kami buat sedikit-sedikit. di mana saja shoping mall ada buat baby sales/ baby fair, mama dan ayah akan muncul. kata orang, barangan baby jangan beli banyak sangat sebab baby cepat membesar, so mama dan ayah beli ala kadar sahaja untuk anak mama. ala kadar pun, habis jugak seribu ringgit, tapi duit tu cover stroller, baby carrier, tab mandi, baju dan barangan keperluan diri, tilam bantal lagi. mama geram tengok baju baby yang kiut-kiut, kalau boleh semua nak borong! nasib baiklah duit mama pun bukan banyak mana :) kalau tak satu shopping mall mama beli!

tiap kali doktor scan anak mama, mama rasa tak sabar nak melihat rupa wajah anak mama. seawal usia kandungan 6 bulan, mama dah tahu jantina anak mama, perempuan. masa tu mama dengan ayah terlalu desperate nak tau jantinan anak mama, kami ke Kajang Medical Centre untuk buat scan 3-D. mama gembira sangat kerana mama memang inginkan anak perempuan. namapun awal-awal mama dah pilih. kalau boleh ayah mahu anak-anak ayah maksudnya 'yang mulia dan yang bijaksana'. ayah setuju sangat dengan nama pilihan mama kerana nama ayahpun maksudnya 'yang mulia' juga. Izzah dan ayah berkongsi maksud nama yang sama. masa tengok gambar 3D tu, mama tengok pipi anak mama tembamnya, ayah kata pipi tu ikut mama.


nabihah dalam 3-D, masa inilah mama dan ayah dapat tahu akan dapat baby girl


perkembangan anak mama baik-baik sahaja, cuma doktor risau kalau kandungan insulin/gula dalam darah yang tinggi, akan membahayakan kesihatan mama dan sayang, lantas, kes mama direfer ke hospital putrajaya. hati mama cuak sangat masa tu. dan doktor bagitau kandungan mama tak boleh melebihi 40 minggu. kalau pada saat kandungan mencecah 40 minggu, bersalin secara paksa [induce] akan dilakukan pada mama. sejak saat itu, doa mama hanya untuk kita berdua sahaja sayang, biarlah apapun yang bakal terjadi, mama hanya mahu anak mama selamat biarpun saat itu, andai tiada pilihan, mama rela dan redha andai terpaksa berkorban diri demi puteri hati mama.
sayangku nabihah,

kebetulan sepanjang kehamilan mama, harga minyak dunia naik melambung-lambung, sehinggakan pada satu tahap, harga minyak mencecah RM 2.70 seliter. memandangkan mama dan ayah berkerja di Jalan Duta dan menetap di Bangi, kami terpaksa memilih untuk berpindah dari bumi Bangi. alasan berpindah? untuk menjimatkan duit minyak dan tol tiap kali perjalanan Bangi-KL. mulalah kami mencari rumah sewa di merata-rata. akhirnya dapat sebuah apartment 3 bilik, baru je siap dan dapat CF, cantiklah tu, first hand. sewa dari cina tapi agak mahal berbanding sewa rumah di Bangi. takpelah, mama kata kat ayah 'biarlah mahal sikit, kita dah jimat duit tol dan minyak'. maka, bermulalah episod mencari kotak, membungkus barangan, memasukkan ke dalam kotak, melabel kotak-kotak, yang tinggal hanyalah barang keperluan sahaja sementara menanti saat kelahiran.


ayah bercadang untuk berpindah semasa mama dalam tempoh berpantang nanti, sempatlah ayah bersihkan rumah baru, carikan lori, carikan pembantu, dan kemas rumah baru sebelum mama mula berkerja. kesian ayah, sepanjang tempoh kehamilan, ayah tak henti-henti sibuknya. dalam tempoh mama berpantang itu jugaklah ayah bercadang untuk mengambil PTK, kerana nama ayah dah tersenarai sejak dulu lagi. so ayah agak bz jugak mencari bahan bacaan dan rujukan. kursus persediaan pun ayah tak sempat pergi. ayah hanya sempat meminjam nota-nota kursus kawan-kawan yang lain.


tahukah sayangku nabihah,

sepanjang tempoh kehamilan, ayah selalu jugak bawak mama dan anak mama jalan-jalan makan angin, mama ingat lagi saat memboyot tu mama dan famili ayah berkelah di Teluk Batik, Lumut Perak. semua orang sibuk mandi manda, makan-makan, mama cuma seronok jelah, nak happy sangat pun, tak berapa selesa, sebab cuaca masa tu agak panas. beberapa bulan kemudian, ayah bawak kita bercuti ke Pulau Pangkor dan Desaru Kota Tinggi Johor. jauhnya berjalan. mama ingat lagi pada malam di Desaru tu, tetiba perut mama sakit yang amat, memulas-mulas tidak tertahan, mama merintih di dalam tandas, rasanya macam baby dah nak terkeluar. selepas sakit berkurangan, mama baring saja dalam bilik dan tak turun makan malam, lantas tertido selepas ayah urut perut mama. mama risau andai apa-apa yang bakal terjadi malam itu, klinik mahupun hospital terlalu jauh dari resort yang kita duduki. alhamdulillah, esoknya, mama sihat seperti biasa.



mama tengah pilih ikan bilis buat stok berpantang nanti




di tepian pantai Pulau Pangkor @ 6 bulan kehamilan


sehari sebelum kandungan mencecah usia 40 minggu, mama okey-okey sahaja tanpa sedikitpun tanda untuk bersalin. tapi kerana doktor dah bagitau awal-awal yang mama tak boleh melebihi 40 minggu kehamilan, maka pada jam 9 pagi @ 05-07-08, mama mendaftar nama di hospital Putrajaya. ada 2, 3 orang lelaki yang sedang menunggu isteri masing-masing di bilik bersalin saat itu. hati mama dah dup-dap dup-dap! doktor memeriksa laluan, dah terbuka 1 cm. dan mama dijangka akan melahirkan pada esok hari bersamaan 06-07-08 bersempena genap 40 minggu kehamilan. nurse menyuruh mama jalan-jalan dulu untuk mempercepatkan bukaan jalan. mama dan ayah turun naik tangga, ayah suruh mama banyakkan gerakan. fuh penat sangat masa tu. then, mama dan ayah lepak-lepak di kantin dan ruang legar hospital sementara menanti wad kosong, kerana pada hari tersebut, wad penuh. ramainya orang beranak hari ni, bisik mama.

pada hari itu @ 05-07-08, yang jatuhnya kebetulan pada hari sabtu, keluarga ayah semuanya bercuti ke Cameron Highland, kesian ayah, dia teringin nak turut serta tetapi tidak berpeluang. kerana mama perlu mendaftar masuk ke hospital. kami berbalas sms dengan mereka yang tengah seronok bercuti di tempat sejuk tersebut, dan bermacam-macam petua diberikan oleh seisi keluarga untuk mempercepatkan kelahiran, baca itulah baca inilah, makan itulah makan inilah, buat itulah buat inilah, macam-macam. mama hanya geleng kepala.



tempat daftar bilik bersalin Hospital Putrajaya


sayangku nabihah,

menjelang jam 2 petang @ 05-07-08, mama mendapat tempat dalam wad, kena tidur semalaman menanti hari esok. sebaik mendaftar, mama masuk ke bilik yang menempatkan 2 katil. kebetulan seorang lagi pesakit akan mendaftar keluar petang itu, jadi terpksaalah mama bersendirian petang dan malam itu. ayah tanya mama, tak rasa sakit ke? mama kata tak rasa apa pun lagi. malamnya, sebaik ayah pulang ke rumah kerana tidak dibenarkan menemani mama, mama menghabiskan masa membaca Surah Yasiin untuk mendapatkan ketenangan dan kekuatan menempuh esok hari. malamnya mama tak dapat tidor lena, berbagai rasa bercampur baur, resah gelisah, takut dan sebagainya.

pagi esoknya @ 06-07-08, pagi-pagi lagi seorang doktor perempuan datang buat observation, bukaan sudah2 cm, mungkin petang akan bersalin, kata doktor. ketika itu, ada 3 orang doktor pelatih bersama dengan doktor itu. doktor tanya mereka, agaknya berapa kg anak dalam kandungan mama, mereka meneka dalam 3 kg. doktor tersebut hanya mengangguk setuju. dalam hati mama berkata, wah! terrornya doktor-doktor pelatih ni, tengok je dapat teka berapa kg. waktu itu, mama dah tahu berat anak mama semasa last check-up beberapa minggu lalu. dan tekaan itu memang tepat
sebaik saja doktor tersebut memeriksa mama, mama dibawa ke sebuah bilik untuk dimasukkan ubat mempercepatkan bukaan. saat itu, mama dah pasrah dah, bersedia menghadapi segala. mama juga tak sabar menanti kedatangan ayah pada waktu melawat. selepas dimasukkan ubat, mama masuk ke bilik. dan tak lama kemudian, satu katil disorong masuk ke dalam bilik, oh! ada kawanlah mama hari ni. pesakit tu yang juga seorang doktor di hospital ini sahaja baru bersalin jam 5 pagi, anak ketiga baginya. dapat anak perempuan setelah 2 hero. mama cemburu melihat doktor itu telah selamat menghadapi saat-saat genting. lagi membuatkan mama cemburu mendengar ceritanya yang mengatakan bersalin ini takdelah sakit sangat. hello! doktor, saya ni anak sulung, takde pengalaman, mestilah saya takut! kalau dah anak tiga, tentu saya pun dah tak rasa apa dah! hati mama membebel.

Tengahari itu ayah datang jua, hilang sedikit tekanan hati mama. sebaik makan tengahari, doktor periksa jalan, okey dah buka 4 cm, boleh masuk labor room. tapi doktor tu terasa pelik kenapa dia terasa lembut sahaja di laluan, mungkinkan baby sonsang. sepatutnya keras kerana kepala telah turun ke bawah. terus hati mama berdegup kencang. doktor memberi mama ubat membuang air besar. sebaik makan, terus mama bergegas ke toilet, huh! cepatnya kesan ubat ni. setelah selesai segala urusan, bersiap-siap menukar baju, mama disorong ke bilik bersalin. oh Tuhan! kuatkanlah hatiku, bisik hati mama. ayah menuruti mama dalam diam tanpa suara, riak wajah ayah menampakkan kerisauan. saat itu, mama belum lagi merasai sedikitpun kesakitan walaupun jalan telah terbuka 4 cm.



jeling-jeling kat majalah buat hilangkan tekanan


nabihahku sayang,
sebaik masuk ke dalam labor room, seorang doktor india yang bertubuh agak besar datang memeriksa laluanku, ngeri nya mama tengok rupa doktor tu dan tangannya yang besar, 'abislah aku' bisik hati mama. doktor itu memeriksa laluan, kuat dijolok-joloknya, ditekan-tekan, confirm kepala baby kat bawah. lalu diambilnya sebatang rod panjang, dipecahkan air ketuban. mama tak rasa sakit lagi saat itu dan air dimasukkan ke lengan kiri mama untuk mencetuskan/induce rasa sakit. satu pain air dah dimasukkan, tiada juga rasa sakit. masuk pula air kedua. saat itu, jam lebih kurang pukul 3 petang @ 06-07-08. mama dah mula mengerut kening menahan sakit, kejap sakitnya kuat, kemudian hilang, sakit lagi, kemudian hilang balik, mama merintih kesakitan sambil memegang tangan ayah sekuat mungkin, dan berdoa memohon keampunan dan kasih sayangNya, beberapa kali doktor dan juru rawat datang observed keadaan mama sambil melihat mesin CTG. sampai saatnya mama merintih kesakitan dan memohon nurse untuk suntikan epidural setelah gas entonox tidak berjaya mengurangkan rasa sakit mama. tetapi permintaan mama tidak dilayan kerana saat itu 6 cm telah terbuka. mama kecewa sangat kerana tidak dilayan tapi mama tahu mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.


ayah memberi kata semangat dan tidak henti-henti membacakan selawat shifa' dan doa-doa di sebelah kanan mama di saat mama dalam kesakitan. akhirnya detik dinanti tiba jua, apabila bukaan mencecah 10 cm, semua jururawat datang menghampiri membantu mama memudahkan kelahiran. diajarnya mama teknik pernafasan dan cara meneran yang betul, mama tak pandai, berkali-kali dicuba tidak berjaya. sehinggalah muncul seorang senior jururawat marah mama kerana tidak pandai meneran, sehinggakan seorang doktor pun campur tangan. saat itu mama langsung tidak pandai meneran, keluarkanlah sayang, mama dah penat! bisik hati mama melawan rasa sakit. saat itu, mama pasrah, kesakitan telah sampai ke tahap maksimum, mama tersedar, patutlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu, bukan senang rupanya untuk membawa seorang manusia ke alam dunia ini. dan memang patut pun ketaatan anak pada ibunya melebihi 3 kali ketaatan anak pada ayahnya.


sayangku nabihah,
mengikut cerita ayah, saat getir itu mama seolah-olah tak sedar apaepun yang berlaku di sekeliling mama. kata ayah, staff nurse suruh ayah berdiri di hujung kaki mama untuk melihat sendiri betapa kritikalnya situasi saat itu. kata ayah, hanya ubun-ubun kepala anak mama sahaja yang baru terkeluar dari laluan. tiap kali bila mama meneran, bahagian kepala anak mama akan keluar tetapi sehabis proses meneran, kepala anak mama akan masuk balik ke dalam laluan jalan. situasi masa itu sangat cemas kerana ayah tahu anak ayah masa itu dalam kelemasan, tersekat di laluan keluar tanpa oksigen yang mencukupi. dalam hati ayah berdoa memohon belas kasihan agar mama dan anak mama selamat dilahirkan. atas pertolongan nurse-nurse yang ramai di keliling mama, termasuklah yang marah-marah sebab mama tak pandai meneran, yang tekan-tekan perut mama untuk menolak anak mama segera keluar, ada pula yang memasukkan tangan di laluan dan menarik kepala anak mama keluar. keadaan cemas tetapi terkawal kerana doktor pun ada bersama membantu.

setelah lebih 10 kali mama cuba meneran bagi mengeluarkan anak mama, kesakitan mama akhirnya berakhir tepat jam 5.45 petang @ 06-07-08 setelah lahirlah putri hati mama dengan berat 3.1 kg. saat dikeluarkan muka anak mama dah kebiruan, lemas dan segera diberi bantuan oksigen. tiada tangisanpun, mama dah cuak. tapi alhmadulillah, semuanya selamat selepas itu. setelah anak mama mendapat oksigen dan warna kebiruan di muka pun hilang, jururawat menunjukkan pada mama riak wajah anak mama yang sedang lena, 'betulkan perempuan?' tanya jururawat dan mama hanya mampu mengangguk.

mengikut cerita ayah lagi, keadaan anak mama sebaik keluar sangat kritikal, tidak bersuara ataupun menangis. muka pula kebiruan tanda kekurangan oksigen. keadaan mama pula terlalu lemah dan tidak bermaya. doktor kemudiannya sepantas kilat menyedut lendiran yang menyumbat hidung dan mulut anak mama dengan menggunakan tiub kecil. sebaik sahaja lendiran disedut, barulah anak mama tersedak dan kemudiannya menangis. kata ayah, saat itu hatinya lega sangat-sangat kerana episod kritikal telahpun berakhir. ayah kata lagi, masa itu, anak mama belum habis keluar dari pintu rahim. dan doktor terus menyuruh mama meneran lagi untuk mengeluarkan keseluruhan badan. setelah dicuba berulang kali dengan tenaga yang masih berbaki, mama berjaya juga melahirkan anak mama dengan selamat. doktor kemudiannya membawa anak mama ke tempat lain untuk diberikan bantuan oksigen dan diletakkan di bawah suhu panas. tak lama selepas itu, anak mama mampu bernafas sendiri dan segala-galanya kembali normal.




nabihah dalam pelukan mama di Hospital Putrajaya



inilah foto pertama nabihah di alam maya.
sebaik sahaja dilahir dan dibersihkan.


nabihahku sayang,

ayah pun berlalu untuk menunaikan solat asar dan untuk iqamatkan anak mama. jururawat mula menjahit luka episiotomi, mama rasa begitu bersyukur kerana telah selamat melalui saat getir menggadai nyawa melahirkan benih cinta. gembira bukan kepalang. begini rasanya bersalin, sakit tapi nikmat. nikmat! nikmat kerana sakit bersalin ini akan mengurangkan dosa-dosa seorang isteri sebelum ini. bukankah ganjaran itu hebat!. selepas selamat semuanya mama diberi segelas air milo dan biskut buat mengalas perut. anak mama telah dimandikan dan diletakkan bersebelahan. nyenyak tidurnya anak mama, macam tiada apa-apa yang berlaku, sedangkan beberapa jam tadi, kami berdua bersama-sama menghadapi saat sukar dan getir. nurse mengajar mama cara menyusukan anak dengan betul. mereka mahu baby mendapat kolostrum/ susu pertama yang kaya dengan antibodi secukupnya.

mama ditolak masuk ke dalam wad semula jam 8 malam. waktu itu masa melawat telah tamat, ayah dibenarkan masuk menemani mama buat seketika. masing-masing kelu tanpa bicara, penat! memang penat! mama pula kelaparan, kali terakhir mama menjamu makanan pada waktu tengahari tadi, dan dengan menggunakan tenaga yang banyak semasa proses kelahiran, mama menjadi terlalu lapar. ayah turun ke cafe membelikan roti buat mama mengalas perut yang kosong. mama tahu ayah pun kelaparan dan keletihan, ayah pulang ke rumah setelah memastikan mama dan anak mama tiada masalah. malamnya mama tak dapat tido, terlalu excited. tetiba teringat pada kata-kata ayah sebelum pulang tadi 'kasihan, maklong, makngah, dan uncle chaun datang melawat di saat mama dalam labor room. tetapi tidak dapat bertemu'.


ramai orang bertanya mama tak serik ke bersalin? jawapan mama , tak! kerana kesakitan dan segala jerit perih yang mama tanggung sepanjang proses kelahiran, telah hilang tatkala mama memandang wajah mulus anak mama di dalam dakapan. mama puas dapat bersalin secara normal walaupun sakitnya hanya mama yang tau dan tanggung. percayalah sayang, tiada apa yang dapat memisahkan ikatan kita, kerana kita telah ditakdirkan bersama sejak 40 minggu di alam rahim dan seterusnya di alam maya ini. percayalah sayang, akan mama dan ayah hadapi segalanya untuk memberikan yang terbaik untuk anak mama.


esoknya pada jam 2 ptg @ 07-07-08, mama dibenarkan untuk keluar dari wad dan boleh pulang ke rumah bersama baby mama dan ayah. hanya kami berdua sahaja di rumah saat itu, masing-masing tiada pengalaman beranak kecil. nenek di Melaka telefon minta mama pulang segera, risau katanya, mama dan ayah tiada pengalaman. esok malamnya badan anak mama naik ruam bijik-bijik merah di sekitar muka, kesiannya anak mama, panas mungkin. mama menangis tak tahu nak buat apa. ayah bawak anak mama ke klinik, doktor kata alahan, dan bagi ubat sapu. doktor nasihatkan mama untuk banyakkan bagi susu badan sebagai antibodi. pagi esoknya kulit anak mama kembali putih dan kemerahan berkurangan. mama rasa lega sangat-sangat.

setelah keadaan mama dan nabihah stabil, juga urusan pendaftaran di JPN Putrajaya selesai, 2 hari kemudian ayah bawa mama pulang ke kampung untuk berpantang. kebetulan pula, saat itu musim durian gugur, terpaksalah mama menahan lidah dari merasa lazatnya buah durian dan tidak dapat menemani ayah mengutip durian yang gugur. 6 hari kemudian, tali pusat anak mama gugur, cepat jugaklah berbanding baby lain. 3 minggu kemudian, majlis aqiqah diadakan di kampung mama. meriah walaupun tidak berapa ramai tetamu yang hadir, kerana kebetulan ada beberapa majlis kenduri berlangsung serentak pada hari itu. collection anak mama banyak juga hari tu. murah rezeki nabihah!


ayah tinggalkan mama di kampung selepas 2 minggu bercuti, untuk berpindah rumah dan bersiap sedia untuk menghadapi PTK. kesian ayah, tiap malam telefon mama bertanya khabar. sepanjang usia perkahwinan mama, kami tak pernah berpisah lama. pernah sekali je mama dan ayah berjauhan, kerana ayah ke Kota Bharu berkursus. mama rindu pada ayah saat itu, tiada lagi orang yang panaskan batu tungku untuk mama, tiada lagi orang yang bangun buatkan susu untuk mama, tiada lagi orang yang tolong jaga nabihah saat mama terlena, tiada lagi orang yang urut mama di saat keletihan, tiada lagi orang yang sediakan air daun herba untuk mandian mama, semuanya terpaksa mama buat sendiri. nenek? nenek pun tak berapa larat membantu mama, maklum sahaja usia nenek kan dah menjangkau 69 tahun. mama tak mahu menyusahkan nenek, cukuplah makan minum mama sepenuhnya terjaga.


nabihah 2 minggu kemudiannya


nabihahku sayang,
selepas urusan perpindahan rumah selesai, keadaan mama juga dah kembali sedia kala, selepas selesainya kenduri aqiqah, mama ikut ayah balik ke KL dan menghabiskan saki baki cuti bersalin yang ada. ayah pula demam teruk selepas tu, mungkin kerana penat tak cukup rehat sepanjang tempoh tersebut.mama pula yang jaga ayah.




sayangku Izzah Nabihah

begitulah sayang, ceritera mama sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan. betapa lamanya kami menantikan kehadiranmu dalam rumah tangga mama dan ayah, kesulitan dan permasalahan kesihatan yang mama rasa sepanjang tempoh kehamilan, keadaan yang memaksa kami berpindah rumah, kesakitan sepanjang tempoh melahirkan menjadikan dirimu begitu berharga dalam hidup mama dan ayah, terlalu berharga dan istimewa. kelahiran nabihah juga sebagai hadiah hari lahir ayah yang jatuh pada 25-07. sehingga ke hari ini, mama berbangga kerana air susu mama masih mengalir dalam tubuh anak mama, dan mama berdoa moga mama akan dapat terus menyusukan anak mama sehingga mencapai usia 2 tahun. mama juga berbangga kerana aurat mama sentiasa terjaga kerana hanya doktor perempuan sahaja yang merawat mama sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran.

Izzah Nabihah,
kaulah cahaya yang menerangi kegelapan
penawar segala kesakitan
penghibur di kala kebosanan
peneman di saat keseorangan
pendengar setia tiap cerita
izzah Nabihah, selamat hari ulangtahun kelahiran yang pertama
doa ayah dan mama: moga Nabihah berjaya di dalam kehidupanmu sayang!



kaulah yang mulia, yang bijaksana
sayang dari mama dan ayah!


pandang-pandang, jeling-jeling





yeaaaa! kenangan bersama ayah di Cameron Highland, April lalu
















Monday, July 6, 2009

teringin ? terliur ?

hujung minggu baru ni, aku n famili berserta abg longku dan anaknya pulang ke kampung.
inilah rumah peninggalan arwah ayah.
kampungku diberi nama Kg Baru Nyalas, penah dengar ke? aku tak heran andainya mendengar jawapan 'tak penah' tapi aku akan jadi lebih heran andai orang akan menjawab 'taula kg tu!' hehehe. i
ni kerana kampungku agak terpencil dari pekan, jarak dari rumahku ke Pekan Jasin atau Tangkak, Johor lebih kurang setengah jam perjalanan dengan kenderaan, kalau jalan kaki atau naik beskal, aku tak try lagi laa. jaraknya dengan Negeri 9 hanya 20 minit. so kampungku ini adalah tanda penyatuan 3 negeri, Melaka, Neg.9 dan Johor.
kenapa kami balik kampung?
kerana melaka kini sedang dilanda dengan musim buah-buahan yang terlalu banyak dan tak terhabis pun untuk mengutip hasilnya.
paling syok bila masa nak mengutip hasilnya
meriah sangat-sangat

si nabihah comel dengan basikal cousin dia, di bawah pokok bonsai kertas.
masa ni ayah dia sibuk kutip durian so terpaksalah mama temankan main basikal

ni pokok durian yang datangnya dari belanda.
wonders camana pokok ni boleh dapat nama durian belanda ni,
orang belanda ada jajah Melaka ke zaman dulu-dulu?
seingat aku, Portugis, Inggeris, Jepun, Komunis aje yang jajah
nampaknya kena bukak buku sejarah melayu lah pulak.

apepun buah ni sedap dimakan begitu saja ataupun dibuat jus segar, tambah ais, puhh ! terangkat punyalah


ni buah cempedak kat belakang rumah nenek
tapi selalunya buah dia busuk sebab tak berbalut.
aku tak berapa rajin bab balut buah ni,
pulak tu, pokok ni tinggi
tak berapa sampai untuk aku capai! hehehe
so aku snap je lah buat tatapan mata aku bila rindu kat buah cempedak goreng nanti

ni pokok longan kesayangan mak kat belakang rumah kitorang
buahnya memang besar dan teramat manis
qualitynya bolehlah disamakan dengan longan import dari Thailand
sapa nak rasa, boleh datang rumah 2-3 bulan lagi
sebabnya buah tu belum masak lagi


hah! kenal ke bunga aneh ni?
buat pertama kalinya aku melihat bunga buah naga di depan mata aku
putih bersih dan banyak kelopak
indahnya ciptaan Tuhan di atas muka bumi ni
insaf aku



hah! ni mesti semua orang tahu
pokok rambutan merah. sebelah kanan rumah aku
mak kata ni rambutan anak sekolah
aku pelik camana rambutan tu boleh dapat cama cenggitu
kenapa tak bagi nama rambutan anak U, takpun paling koman rambutan anak Politeknik
tinggi lah sikit darjatnya! hehehe
tapi rasanya memang manis cam gula batu

ini iyelah kebun/dusun durian mak aku.
keluasannya hampir 1 ekar
di kawasan lembah bukit
ada sebatang anak sungai merentasi kebun tersebut.
airnya cetek dan jernih, dulu ada anak ikan, sekarang, anak katak je ada

kebun ni banyak pokok buah, antaranya durian, duku, langsat, ciku, cempedak, rambutan
kebetulan, semuanya sedang berbuah tetapi masih belum masak.
mak kata, pokok-pokok buah kat kebun ni usianya melebihi usia aku
asalnya kebun getah arwah atuk
lepas tu jadik kebun koko
lepas tu jadi kebun buah-buahan
sebab tulah usia kebun ni tua dari aku lagi
that's why lah aku tak sampai bila nak balut or petik buah tanpa tangga!

raja buah!
ni kutipan hari Sabtu@ 04-07-09
bila dihitung dalam 20 bijik jugaklah kami dapat kumpul


my habib dalam rangka lawatan ke pokok langsat
selepas melawat sekitar pokok durian
ade nyamuk ke bang
tak pun kerengga?
tapi buah yang dapat dikait tak sampaipun 50 bijik
sebabnya buah-buah tu jatuh ke tanah dan pecah berderai

nilah antara koleksi durian yang dapat kami tawan pada hari Sabtu tempohari.
gambar ni jauh sebab aku di berada seberang anak sungai yang aku tunjuk tadi tu
malas nak p seberang sana kat tempat my habib

carik bang carik!
suamiku memang excited bila tibanya musim durian
dia paling suka kutip durian dan kemudian kopek durian
tapi makan durian, dia tak suka!
apa daa
aku jugaklah yang kena makan!

ni di antara pokok durian yang sedang bergaya dengan buah-buahnya.
tunggulah kau buah!

hari ahad, kami tak dapat menjejak durian dengan jayanya kerana pepagi selepas subuh hujan telah turun dengan lebatnya.
terbantut hasrat nak carik awal pagi
last-last suamiku pergi jua sambil memegang bakul buah di tangan kanan
dan payung di tangan kiri.

durian? kenapa dinamakan sebagai raja buah!
kerana dia berduri, menyebabkan nabihah takut dan lari
kerana dia berbau
sampai aku pening kepala bila masuk kereta
kerana rasanya sedap
sampai boleh buat orang demam

nak join tahun depan?
sape nak ikut aku balik kampung musim buah sila booking awal