Khamis petang @ 29-07-2010:
usai waktu pejabat- kami [aku, hubby,nabihah, k,nyah, min min, hania, iyad dan wazif] memulakan perjalanan ke T.Intan, Perak.....
singgah makan malam di Kedai Kari Kepala Ikan Salim, di persimpangan TOL ke Bidor..... aku berbuka puasa dengan nasi goreng USA yang tidak berapa sedap di anak tekakku ini.....tapi bedal kan jugak laaa....lapoo!
sampai umah abah dekat jam 8.30.... masing-masing belum makan lagi, tunggu kami rupanya..... abih makan malam, bersantap durian pulak.....
usai sembang, mata pun terlelap dek kepenatan dan kekenyangan...
jumaat-
kami bercuti hari ini..... 4 ekor kambing terkorban di pagi Jumaat yang mulia..... buat santapan kira-kira 300 orang tetamu..... selepas disembelih dan dilapah, daging-dagingnya dihantar ke rumah Pak Enan untuk dimasak....
A.Yasin sibuk mengadap 4 ketul kepala kambing yang ditinggalkan..... petangnya, kepala2 itu di masak sup dan kari... sebagai santapan makan malam kami.....bersama nasi goreng petai....
petang Jumaat itu, berkesempatan ke Tabung Haji.... mengantikan buku aku yang telah buruk dan lama... juga memasukkan duit tabung nabihah..... seterusnya, singgah di Giant... minum petang dengan GCB Mc D...... dan membeli barangan dapur.....
lewat petang, kami check in di homestay Pekan Baru...
sepanjang hari Sabtu, marhaban Fakhri Firdaus... cukur jambul.... makan kenduri.....menu yang tersedia memang harmoni.... kambing masak hitam, kambing masak kurma, ayam masak merah, kari udang berempah, popodum,acar buah....dan air sirap laici..... cukup menyelerakan anak tekak!
ramai juga yang datang merai.... saudara mara jauh dekat, jiran tetangga dan teman rapat.....
banyak juga lauk pauk dan goodies yang berbaki....
malamnya, pulang ke homestay, penuh kepenatan......
Ahad pagi-petang: sesi mengemas.... menyapu... membasuh..... selepas kenduri....
jam 3.00 petang bertolak pulang......sampai KL 5.00 petang, singgah di rumah akak @ Wangsa Maju.... along hantar mak Sabtu lalu dari Kemaman, tak sangka mak kurang sihat, demam dan tidak larat... dan mak makin kurus!! kesian mak..... seminggu mak akan berada di KL ini....nak ajak ke rumahku, tiada orang di siang ari....serba salah..... macamana bulan puasa nanti..... kerana mak tak boleh tinggal sendiri.....
tak tahu solusi terbaik buat masa depan.....
maghrib, baru sampai Segambut, umah sendiri.... malamnya, selepas maghrib, terus tertido keletihan dan kelaparan... terlupa yang tengahari Ahad aku x makan.....
letih sungguh......
hmmm.... sedang terpk2, beginikah letihnya nanti kenduri abang langku pada 24 & 25september depan.....
aduhaiii.....
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago
No comments:
Post a Comment