lokasi : Stesen minyak Petronas berhampiran Plaza Damas Jln Duta
mangsa : Tn Ap
pemangsa : seorang lelaki berketurunan cina, dalam lingkungan 30-an
fakta kes : sedang Tn Ap keseorangan mengisi minyak kereta, tiba-tiba muncul
seorang lelaki cina dalam keadaan meraba-raba bahagian kocek seluarnya.
dan mula berkata : cik, dompet saya tercicir/dicuri....
saya takde duit nak isi minyak kereta nak balik rumah di Kuala Kubu
Baru. tolong pinjamkan saya duit,
cik kerje kat mana, nanti saya ganti balik.
tolonglah saya dalam kesusahan..... sidia merayu dan merintih.....
Tn Ap dalam keadaan blur..... terkejut kerana disapa tanpa diduga. puas
diamati lelaki terbabit, melihat wajahnya yang dalam kecemasan,
maka, atas belas ihsan dan rasa keperimanusiaan yang menebal, Tn Ap
menghulurkan duit buat lelaki tadi, agak banyak jugak kerana memikirkan
Kuala Kubu Baru bukanlah dekat dengan area tersebut.
cukup untuk mengisi minyak keretanya pulang ke rumah.
dan membalas, takpe, tak payah pulangkan balik duit tu, saya ikhlas!
kata Tn Ap
selepas mengucapkan terima kasih lelaki itu terus beredar....
masa kejadian : hari Ahad @ 8-11-2009 jam lebih kurang 10 pagi
lokasi : berhadapan pintu masuk ATM CIMB Solaris Duta
mangsa : Tn Ap lagi
pemangsa : seorang lelaki berketurunan cina, dalam lingkungan 30-an
fakta kes : sebaik turun dari keretanya, Tn Ap bergegas masuk ke dalam ruang
ATM CIMB untuk mengeluarkan duit.... sebelum melangkah, dia
terperasan
seorang lelaki sedang melilau/merayau di luar bank tersebut. Tn Ap
berlalu sambil teringat-teringat,
macam pernah jumpa je lelaki ni, bila dan
kat mana eyh
Tn Ap meneruskan urusannya di ATM tersebut. sebaik melangkah keluar,
lelaki cina itu menyapa,
cik, dompet saya dicuri orang, takde wang nak isi minyak nak balik
Tanjung Malim..... tolong saya
Tn Ap terus teringatkan kisah yang berlaku, beberapa bulan lalu,
dia tak silap lagi.... patutlah macam pernah jumpa..... detik hati nya
Tn Ap berkata, maaflah cik, saya punya kad buat hal, tak boleh kluar
duit, ni pun ada seploh ringggit je tuk saya isi minyak kete saya ....
dan berlalu
meninggalkan si penipu itu yang terkulat-kulat.
p/s : macam-macam teknik penipuan sekarang ni....
buat si penipu, kau mungkin tak ingat sape dia yang kau tipu,
tapi orang yang ditipu, takkan lupa yang dia penah kena tipu,
apatah lagi ditipu oleh orang yang sama.........
modus operandi you dah tak laku.....
buat Tn Ap iaitu my hubby .... apsal ayah tak panggil polis tangkap je lelaki tu.... biar padan muka dia.... dpt dok lokap 4-5 ari....makan dan tempat tido gerenti free...
No comments:
Post a Comment