Monday, November 16, 2009

antara mak dan kak long!

jam 10-30 am tadi, ikin call abang long ikin.
butir bicara kami....
i: assalamualaikum
a: walaikumsalam, maksu eyh! suara Sakinah, anak sedara ikin menjawab,
maksu nak cakap dgn ayah ker?
i: ha'ah, ayah ade ker? belum sempat Sakinah menjawab, terdengar suara garau di hujung talian
a: assalamualaikum....
i: walaikumsalam.
along, ikin nak tanya nih
raya haji balik kampung tak?
a: hmmm.... tak balik kot! kak long tak sihat.
i: oooo.... tapi raya nih ingat nak bincang pasal mak.
aritu masa last cek-up, doktor dah tanya bila nak stat buat tapak dialisis...
dok bising....
a: tapi along tak tau keputusan mak aritu?
i: dok cakap keadaan mak dah teruk, kulit makin pucat, patutnya disegerakan
dok tanya nak buat tapak kat mana?
a: aritu kata nak buat kat KL
i: tapi dok cakap, susah sikitlah procedurenya. buat kat gomen, lambat. buat kat private cepat
kos pun dalam RM1500-2000 je
a: kalau camtu buat je kat KL, ampang puteri ke, kan ada?
i: along sure ke tak balik kampung raya haji nih?
a: .... ha'ah, kak long tak sihat....
along terdiam, tak tau nak cakap apa lagi mungkin.....aku sedang berfikir menyusun ayat...
a: ikin jangan cakap kat mak, kak long kena breast cancer.
i: hahh!.... terkejut! terkedu!
dh stage berapa?
a: stage 2. ni along kat hospital Kuantan lagi, kak long baru operate 2 hari lepas
i: hmmmmm... bila kak long taunya ni?
a: 3 minggu lalu.
i: kak long tak perasan ker?..... takde tanda2?
a: 3 minggu lepas, dia rasa sakit je, takde ketulan pun.
bila cek, buat mamogram, sah sel cancer dah merebak.
doktor kata tu tanda tak berapa baik
terus buat operation... tak taulah bila keluar hospital ni,
pasni nak buat kemo... tu yang tak dapat balik raya...
ikin jangan cakap kat mak
along tak nak kecoh-kecoh. mak pun tak sihat kan. biar along sendiri bagitau mak.
i: kak long ok tak sekarang nih?
a: ok jer tapi ada mengaduh sakit lepas operate...
sape jaga kak long sekarang?
a: gilir-gilir, kadang Sakinah, kadang Mardhiyah.... ulang alik Kuantan-Kemaman.
i: ..... takpelah along, kalu camtu.... ikin doakan kak long cepat sembuh dan sihat.
sampaikan salam ikin buat kak long....
selepas ucapan terima kasih dan salam, talian ditamatkan....
sehingga sekarang, ikin masih dalam kejutan!! Ya Allah, hanya kau yang tahu.... perasaanku saat ini..... antara mak dan kak long.....

1 comment:

  1. ya Allah..moga Allah sembuhkan kak long daripada penyakit itu,...amiin,..

    ReplyDelete