sejak kebelakangan ni..... banyak sangat hal ehwal yang berlaku..... dan semuanya tanpa disangka
sejarah kanser bukan baru dalam family aku.... dulu arwah atok tiri sebelah mak mengidap kanser tulang.... sampai ke cucunya jua meninggal di usia 17 tahun kerana kanser tulang....arwah afiq lama menderita.... sejak usia 12 tahun.... dari kakinya terpaksa dipotong.... kemudiannya merebak sel kansernya hingga ke otak..... namun sempat menduduki SPM 2002....dan mendapat 9A.....SPM aku pun tak segempak itu.......akhirnya dia kembali 2 bulan sebelum ayah.....
selepas itu arwah ayah pula..... bahasa saintifiknya hepatoma@ kanser hati..... tak tahu dari mana datangnya kanser ini.....sejarah kanser keluarga belah ayah tiada langsung....... ayah juga bukan perokok..... makan minumnya terjaga elok......dalam 6 bulan selepas diagnos kanser hati ..... tak sempat berbuat apa...... ayah pergi setelah tiba masanya.....
sekarang kak long pula sedang diuji....... walaupun tiada talian darah kerana dia kakak iparku yang sulung.... namun kerana kami sekeluarga.... aku juga rasa kesedihan.....rasa kekuatan disentap begitu aja.....
ada satu perkara yang aku nak point out kan kat sini..... sehebat manapun kita dalam berjaga-jaga..... tapi siapa kita untuk menidakkan kuasa tuhan...... bila diuji sedemikian rupa.... hanya keimanan dan sokongan keluarga dapat menguatkan semangat yang bersisa.....
No comments:
Post a Comment