Tuesday, November 3, 2009

dua puloh sen & X-ray

pada satu petang.... muncul sorang budak comeyyy.... kiut sangat rupanya.... khusyuk main-main kat ruang tamu umah dia di Kg Segambut Bahagia.... ayah si budak comeyyy itu sedang seronok tengok cite cina.... tajuknya 'the little nyonya'.... mamanya pulak tengah makan malam ....menjamu kue teow sup ..... tiba-tiba, mama si budak comeyy itu ternampak budak kecik itu sedang memasukkan duit dua posen ke dalam mulutnya.... duit yang datang ntah dari mana.... mamanya menjerit ketakutan... dan melihat penuh kerisauan.... menyesali tragedi terjadi.... mahu menangis semahunya....
tapi si budak comeyy tu berlagak seperti biasa ... cam tiada pape berlaku.... puas ayahnya mengorek mulut si kecik, kot2 ada duit lain yang tersekat.... tercekik barangkali.... Ya Allah... ... kami ketakutan yang amat....



ni laa budak comeyy tersebut...
dah takde benda lain budak bertuah ni nak masuk mulut agaknya


kami yang keresahan, dhuussss terus
membawa si comeyy berjumpa Dr Vijayan, pakar X-ray
debar menunggu keputusannya
mama dan ayah si comeyy resah tak terkata
hati dan bibir tak putus berdoa

keputusannya : amat melegakan....
tiada tanda si comeyy tertelan/tercekik syiling
dr Vijay kata kalau budak tercekik, akan ada tanda seperti berikut;
sukar bernafas, tersedak-sedak, muntah, menangis,
si comeyy mama takde tanda-tanda seperti itu...
still mama risau
manalah tahu ada duit yang 'terlepas', thats why kena X-ray


Alhamdulillah, Allah pelihara si comeyy mama. Allah sayangkan si comeyy ayah. sayangku Nabihah, maafkan mama, maafkan ayah kerana leka seketika.... cuai dan lalai...mama janji, takkan berulang lagi.....mama sayang sangat anak mama... tak sanggup kehilangan tawa dan tangismu sayang!!

p/s ; soo, peringatan buat diri mama sendiri dan mama-mama sedunia, berhati-hatilah memantau pergerakan permata hati kalian, jgn leka menonton tv... asyik menikmati makan malam... tanpa mempedulikan anak anda.....perhatikan walau sekilas.... dan jgn sepah-sepahkan barangan kecik tanpa disedari.... kerana mata mereka lebih tajam dan terang berbanding kita yang berspek mata hatta contact lens.... sekian....

No comments:

Post a Comment