Tuesday, November 10, 2009

tak tau nak luah!


malam tadi ikin dapat berita gembira

kak eda, kakak ipar ikin ke-4 pregnant lagi

alhamdulillah dan tahniah buat abg dos sekeluarga

bertambah-tambah rezeki

bertambah ramai cucu abah dan mak

bertambah lagi cicit opah




gembiralah fariz faruqi dan najma husna.....

bertambah lagi sorang kawan

September tahun lalu, dapat si faiz raihan

Ogos tahun depan dapat adik baru

faiz dgn nabihah sebaya

beza pun sebulan lebiih je

tapi nabihah belum ada tanda-tanda lagi nak jadi kaklong




sebenar-benarnya

ikin dah sedia mental dan fizikal

umur pun dah meningkat

cumanya rezeki je belum ada

sedih bila dengar cerita orang pregnant lagi

jeles tengok orang pregnant jalan terboyot-boyot

jeles tengok baby baru lahir depan mata

kadangkala tak puas hati

kadangkala seolah-olah menyalahkan takdir

selebihnya ikin terlupa

terlupa untuk bersyukur

kerana telah diberikan Izzah Nabihah

sedangkan ada pasangan yang bertahun kawinnya

seorang zuriat pun tiada

syukur kerana Nabihah sihat walafiah

sedang anak orang lain berpenyakit dan bermasalah

lalai benar aku ini

tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada





Ya Allah, aku benar-benar mengharapkan keredhaan Mu,

keampunan Mu jua pertolongan Mu,

agar laluan hidupku tenang dan terang selalu....

syukurku kerana memiliki keluarga yang baik-baik dan saling menyayangi,

dikurniakan suami dan permata hati.

walaupun aku sering merasakan segalanya tidak cukup bagiku, Kau tak pernah menjauhiku.

walaupun aku sering meminta-minta, Kau tak pernah menghampakan doaku Tuhanku.....

Ya Allah, kupohon agar dimurahkan rezekiku. dengan berkat doa Nabi Zakaria dalam surah Ali
Imran ayat 38, permudahkanlah urusanku Ya Allah untuk mengandung anak kedua, amin!
amin! amin ya rabbal alamin.......


7 comments:

  1. jgnlah sedih...jgn pikir sangat..kalau fikir lagi susah nak lekat...nie petua nie..dari ummi yang dah ada 2 anak...hahahhah

    ReplyDelete
  2. bagusnye ikin... dah ready nak dua... fidza dah ditermine... nak satu je... hehehehe...

    bukan apa, rasa cam dh tak sanggup nak rosak binasakan badan sendirik... teruk kan fidza?

    ReplyDelete
  3. tak baik lah fidza cakap macam tu....tak nak bagi kat orang jer lah....

    ReplyDelete
  4. Zulie,

    tu laa.... sebenornye takdelah pk mana pun, cuma bila diusik-usik, digesa-gesa oleh pihak luar tu, memang patut pun ikin terasa.... hehehe
    bila 2 x pk, kesian pulak kat nabihah yg masih bf.....
    cumanya bila dipk bab umur tu yang malas tu... makin tua huhuhu

    quality product makin kurang laaa!! heheh

    ReplyDelete
  5. fidza,

    hehe ikin nak capai kpi ni zah .... menjelang 35 thn, 5 org anak hahahaha

    ReplyDelete
  6. zuli, apa yg ada buat stakat ni, mmg fidza nak.. walaupun dlm pantang dlm hati ni sentiasa berbisik "fidza, badan engkau tgh punah ranah fidza.. tgh punah ranah.." tp, tengok muka anak je la yg mampu hilangkan bisikan setan tu...

    maka, fahamlah kenapa syurga di bawah tapak kaki ibu...

    ReplyDelete
  7. ikin, semoga mencapai KPI.. nak capai tu, macam kena setahun sorang je... hehehehe...

    ReplyDelete