Tuesday, May 5, 2009

bila kuteringat

Dia yang kukenali
kawanku ini kukenali sejak tahun 1994 lagi.
sama-sama menjejaki SMA Alfalah Kemaman Trg.
sama-sama nenuntut di kelas yang sama sehingga tamatnya tingkatan 5.
tempat duduk kami juga berdekatan, mengizinkan kami untuk saling berkongsi cerita suka duka.
kawanku ini anak sulung dalam keluarga yang serba sederhana, berkampung di kawasan perumahan Kg Bukit Kuang Kemaman. p
ergi baliknya ke sekolah dengan basikal racing.
kami berkongsi satu cerita yang sama, aku pernah meminati seseorang yang tinggal sekampung dengannya tetapi berlainan sekolah.
melalui kawanku inilah, aku mendapat segala cerita tentangnya.
kami teman yang akrab, saling bertanya soalan, bertukar buah fikiran, saling meminjam nota, kami juga memikul tanggungjawab sebagai pengawas sekolah.
namanya ahmad zuhaili sapie, atau kami menggelarnya zuek.
Perpisahan
kami membawa haluan masing-masing selepas tamatnya SPM.
aku menjejaki tangga UIA dan dia di KUSZA.
namun kami masih berutus emel bertanya khabar berita.
kali terakhir emelnya sekitar tahun 2003-2004.
kemudian, dia menyambung pelajaran ke Alazhar Mesir.
aku berkongsi segala kisah dengannya melalui emel, malah saat aku berhadapan dengan kesukaran berhubungan dengan ashraf (suamiku kini), dia akan menberi nasihat dan saling mengingatkan. aku bersyukur kerana dia teman yang setia dan baik budi.
sehinggalah tiada lagi utusan emel selepas tamatnya aku di bumi UIA tahun 2005.
kabar yang kudengar dari teman-teman yang belajar di Mesir, dia terpaksa repeat paper di sana.
menjadikan dia pulang lebih lewat ke tanahair.
mungkin dia malu mengutusi aku untuk mengabarkan keadaannya itu. aku mendapat tahu bahawa dia berjaya juga akhirnya
alhamdulillah, tahun 2006, dia pulang juga membawa ijazah, aku tidak dapat mengesannya saat itu,
nombor telefonnya sebelum ini kumiliki hilang entah kemana,
emelnya juga tidak aktif lagi. puas kujejak nombor handphonenya tapi tidak berjaya.
Perpisahan abadi
aku teruskan kehidupan seperti biasa, sibuk memanjang dengan keluarga dan kerjaya.
sehinggalah di satu petang pada 04-04-09 lalu, aku dikabarkan dengan pemergianmu sahabatku, kembalinya dikau ke pangkuan Ilahi.
aku terkejut yang amat, rasanya baru semalam kita berteman tapi mesra,
bertemu di kelas yang sama,
berutusan emel berkongsi cerita,
namun kini kau telah tiada.
aku terkilan zuhaili, tidak sempat menghubungi semenjak kepulanganmu ke tanah air.
aku terkilan tidak sempat mengenalkanmu dengan ashraf suamiku kini dan puteri sulungku izzah nabihah padamu.
aku terkilan kerana pemergianmu kerana kemalangan jalan raya di Dungun Trg.
terlalu awal kepulanganmu sahabatku,
belum sempat kau mendirikan rumah tangga dengan si dia,
belum sempat membina kerjaya, dan membalas budi orang tua.
namun,
aku percaya,
kau lebih disayangiNya lantas dipanggil pulang seawal ini,
disayangi seluruh makhluk langit dan bumi,
tenanglah rohmu sahabatku di alam sana,
moga dirahmati dan ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat keampunan dan redha Allah S.W.T.
alfatihah buat allahyarham sahabatku Ahmad zuhaili sapie

1 comment:

  1. Tribute untuk Zuhaili di laman blog saya http://amir-legacy.blogspot.com.

    Amir
    Washington DC

    ReplyDelete