aku meneruskan kehidupan seperti biasa,
lately ni bz sikit dengan tugasan yang perlu aku siapkan sebelum bercuti minggu depan. dah lama rasanya tak bercuti, inilah masanya untuk aku berehat panjang dan bgn lambat di waktu pagi hehehe
pertamanya
aku bercuti untuk bawa mak berjumpa pakar buah pinggang di Hospital Melaka,
kesian mak, dalam usianya yang akan menjangkau 70 tahun,
mak makin tak larat buat kerja berat,
makin lemah, makin perlahan segala tingkah,
sesekali aku termenung jauh, apalah gunanya anak mak yang lima, semuanya berkerjaya, tetapi mak di kampung seorang saja.
pernah kami mahu bawa mak tinggal di bandar, tapi dia menolak, sayang katanya tinggalkan rumah di kampung, teratak tempat kenangan mak dan ayah,
mak pernah cakap, andai dia tak larat bergerak kelak, barulah dia rela tinggalkan teratak.
mak, maafkan kami, anak anak mak, tidak dapat menemani mak setiap masa setiap hari.
moga allah terus memberikan rahmatnya buat mak, kekuatan dan kesihatan yang baik
juga umur yang panjang buat mak.
keduanya untuk aku bercuti bersama abang dan keluarganya di puncak cameron
dah 2 tahun aku tinggalkan tanah tinggi
rindu rasanya nak merasa udara dingin sambil menghirup teh nan panas,
melihat panorama menghijau dan warna warni bunga yang ada
sambil melayan keletah nabihah yang manja! oh tak sabar rasanya
impianku ; cuti ini aku ingin tinggalkan segala tension di kuala lumpur, melupakan tekanan kerja seharian, dan menunpukan seratus peratus pada mereka yang kusayang
slmt bercuti syikin....
ReplyDelete