tanggal 11 mei 2009 - aku berkesempatan menghadirkan diri mendengar keputusan siapakah sebenarnya MB Perak yang sah. selama hampir 1 jam setengah bermula kira-kira jam 2.30 petang, keputusan dibacakan oleh YA Hakim DAto Abdul Aziz, rata-rata pemerhati tidak sabar menunggu apakah keputusannya. aku berkesempatan melihat draf keputusan hakim tetapi masih samar-samar akan keputusan hakim tersebut. mahkamah dipenuhi oleh para wartawan dan pengikut pihak-pihak yang terbabit secara langsung dalam prosiding ini. kemasukan ke dalam mahkamah terhad, sehinggakan orang ramai yang tidak dapat duduk terpaksa berdiri bagi mendengar keputusan tersebut. beberapa pemimpin pembangkang juga hadir. keadaan di luar mahkamah lagi hebat, sana-sini ada wartawan, orang awam dan kelibatan anggota polis yang mengawal.aku menyelinap di tengah-tengah kelompok mereka yang meraikan kemenangan YB Dato Seri Nizar, bersyukur yang amat kerana akhirnya mahkamah putuskan YB Nizar MB perak yang sah.terus kukhabarkan pada abah dan mak di perak, semuanya mengucapkan syukur.takbir bergema sebaik YB Nizar melangkah keluar dari mahkamah, aku berdiri berdekatan untuk sama-sama meraikan kemenanagan itu walaupun aku sedar, aku telah menyalahi etika kerja.aku merasakan keputusan itu akan memberi impak yang cukup besar kepada badan kehakiman yang selama ini dipandang rendah oleh orang awam. bagi aku, badan kehakiman perlu bebas dari sebarang campur tangan pihak luar.dan aku yakin Hakim telahpun membuat keputusan yang adil setelah mengambil kira pelbagai faktor.
pagi ini, aku terkejut dimaklumkan bahawa mahkamah rayuan telah membenarkan penangguhan perlaksanaan perintah semalam sehingga rayuan Dr Zambry didengar. aku kecewa. keadaan di perak akan selamanya bercelaru sehinggalah kes ini diputuskan oleh mahkamah tertinggi, mahkamah persekutuan. apapun keputusannya kelak, aku percaya efeknya amat besar kepada pentadbiran negara. tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment