baru-baru ni ada beberapa transfer order keluar kepada semua pegawai yang terlibat, macam biasalah ada yang dapat naik gred, ada yang memangku, ada yang KUP, dan ada juga yang tak dapat apa-apa.bagi yang dapat, alhamdulillah, teruskanlah menyumbang bakti menabur budi. dan bagi yang namanya masih belum tersenarai, diharap dapatlah bersabar dan berusaha lagi tanpa jemu.percayalah, semua ini, pangkat tinggi, gaji besar, jawatan hebat hanyalah merupakan 'bebanan' yang perlu digalas dengan penuh amanah. kenapa bebanan? kerana makin tinggi pangkat seseorang makin banyaklah 'lagak'nya, makin besar gaji, makin banyaklah 'keraknya', dan makin hebat jawatan, makin tinggilah egonya. lihatlah di sekeliling kita, betapa ramai yang berjawatan dan berpangkat tinggi tapi sikapnya merendah diri, rasanya boleh dibilang dengan jari.sedarlah, andai kita letakkan matlamat berkerja itu sebagai ibadah dan amanah, kita tidak akan mengambil pusing segala yang ada, kenapa bukan aku yang dapat gred tu, kenapa asyik tercicir saja dari dulu....percayalah, dengan pangkat yang rendah dan gaji yang murah, kita akan merasa lebih aman tenteram dan tenang andainya dengan rezeki sebanyak itu diberkati Allah. andainya gaji tinggi, pangkat besar tetapi hidup dan rezeki kita tidak mendapat keredhaanNya, percayalah kita takkan kemana.
p/s : akan tiba sampai masanya kelak apabila Allah kurniakan kita rezeki tanpa kita sedari
No comments:
Post a Comment