Thursday, May 21, 2009

kata hati


Sesekali aku mengelamun jauh, mengenang kembali saatnya kami bertemu, kira-kira 10 tahun lalu, di bumi Matrikulasi UIAM PJ, kami mengikuti kursus yang sama-undang2, juga ada kalanya belajar di kelas yang sama, tetapi saat itu, kami hanya melihat dari jauh, langsung tidak bertegur sapa, tidak berkawan mesra.


Semester akhir di PJ, kami mula bertukar nota dan berdiskusi, saling berbual dan bertukar cerita, lantas terjalinlah ikatan persahabatan. melangkah ke UIA Gombak, persahabatan kian erat, biarpun ada dugaan datang melanda, dapat kami harungi bersama, 5 tahun di bawah bumbung fakulti Ahmad Ibrahim, banyak asam garam pahit manis ditempuh bersama, ada kalanya menguji rasa, mencabar jiwa, namun, andai telah ditetapkan rezeki dan jodoh, kami masih kekal bersama.


Sebaik melangkah ke alam pekerjaan, kami berusaha mengumpul wang untuk kenduri, kami tidak menunggu lama untuk melangsungkan pernikahan, 3 bulan bertunang, sebelum berkahwin pada akhir 2006, demi menghalalkan satu hubungan dan menyatukan dua keluarga. bersama-sama memulakan langkah melayari bahtera rumah tangga.


Kini, setelah hampir 3 tahun usia perkahwinan, dan genap 10 tahun tempoh perkenalan, banyak yang aku masih belum tahu tentang dirinya, makin lama kita bersama, makin banyak yang perlu aku teroka, makin banyak yang perlu aku teroka, makin banyak rahsianya yang belum aku jumpa. aku tahu aku bukanlah pasangan yang hebat buatnya, kerana aku juga insan biasa yang tak punya apa, insan yang sentiasa berbuat dosa, insan kerdil yang masih belajar mengenali dirinya, tuhanku kuatkan ah aku dalam mengharungi dunia rumahtangga ini, supaya aku bisa membahagiakannya di dunia jua di sana.


p/s : aku cuba menjadi seperti Siti Hawa, Siti Hajar, Siti Khadijah, tetapi masih kurang iman dan ilmu untuk menjadi seperti mereka

2 comments:

  1. I know your husband from a friend Rizaili Sazali..but forgot his name la

    ReplyDelete
  2. ashraf rezal namanya.... rizaili tu kami panggil japet!

    ReplyDelete