2-3 malam lepas, saya terbaca dan terjumpa sesuatu di majalah kesukaan saya.....
MW keluaran bulan Februari 2010....
bingkisan daripada Dr HM Tuah, saya quote
Sabda Rasulullah saw buat mereka yang bergelar isteri :
'wanita yang taat terhadap suaminya,
di minta ampun oleh burung di angkasa,
ikan-ikan di dalam air,
malaikat di langit,
matahari dan bulan
selama mana wanita itu berada dalam kerelaan suaminya
dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya
maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya.
dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya,
dia berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia bersenda gurau dengan suaminya
dan meminta kerelaannya.
dan setiap wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya,
malaikat melaknatnya hingga dia pulang"
...
masa itu, saya sedang dalam keadaan merajuk dgn suami....
sungguh kebetulan kan!
.... saya rasa terkesan dengan apa yang saya baca.....
kekadang kita lupa kedudukan kita.... status kita di sisi suami.....
saya tau saya bukan isteri yang sempurna....
kadang kala suka melawan cakap suami
kadang kala suka tunjuk pandai depan suami
kadang kala buat-buat tak dengar nasihat suami
kadang kala degil dan keras kepala dengan suami
kadang kala protes terhadap tindakan suami
kadang kala merajuk tak tentu hala, diam tiada suara
.....
walaupun saya tahu suami saya betul dalam banyak perkara
masih bersabar dengan kerenah saya
walapun banyak kali mengecewakan dia
mengguris hatinya
suami masih mahu membimbing saya
masih mahu menasihati dan memujuk saya
masih mahu memaafkan dan melupakan salah silap saya
masih terus menyayangi saya
TERIMA KASIH YA 4JJI ATAS SEGALA-GALANYA
sungguh dia cukup sempurna buatku
maka jadikanlah aku sesempurna dia!
antara kami untuk saling melengkapi.....amin
p/s ; pasni bila terasa nak merajuk, harapnya saya tak lupa sabda nabi di atas... ;)
Huhu tetiba insaf gak sb kite pun serupa. Sama2lah kite saling mengingati sabda nabi tersebut. :(
ReplyDeleteshikin : isteri nie bila dah nak merajuk, tak kira dah... hehheheh... bila pikir2 balik, alamak, cam tak patut pun merajuk..
ReplyDeleteterkena batang hidung aku kin..
ReplyDelete(Mode: insaf nak cium tangan suami mintak maaf sbb byk wat silap)
muz-
ReplyDeletealaa normallah kan merajuk nie...
kalu tak reti merajuk, abnormal lah pulak namanya...
heheee
husnie-
bab merajuk-rajuk nie normal lah kan ...
kira dah macam penambah perisa masakan.. eg : secukup rasa maggi
.... walopun kita tau, penambah perisa tu tak elok wat kesihatan.... tp tetap nak pakai jugak.... heheee
[ps : walopun ikin tak pakai papepun penambah perisa masakan..... still sedap hahaha]
ika-
hihihi.... bukan sengaja tau ika ikin post entry nie.....
papepun, selamat kembali ke pangkal jalan
heheeeheee :)