Tuesday, September 1, 2009

sayang Arianna

Arianna dalam dokongan, nabihah menyelit cemburuan!


tiap kali pulang ke Teluk Intan, kampung suami, jalan di hadapan premis itu pasti kami lalui. tiap kami melintasi premisnya, mataku akan melirik ke arah premis tersebut. membaca catatan di pintu masuknya saja sudah cukup memberikan keinsafan. hati bagaikan memanggil-manggil aku untuk singgah walau sekejap. singgahan kali ini sebenarnya singgahan kali kedua aku di sini. pertama kali dulu, 4 bulan sudah, kiranya sesi taaruf sajalah.




dalam perjalanan pulang ke kampung baru-baru ini kami bercadang untuk menziarahi mereka sekali lagi. premis yang diberi nama Rumah Titian Ashraful Rohaniah [NGO] itu sebenarnya rumah perlindungan bagi anak-anak yatim, orang-orang tua, orang-orang terbiar dan orang kurang upaya. penghuninya seramai 50 orang yang dijaga oleh Kak Ana dan suaminya serta dibantu oleh beberapa orang pekerja amal. mereka tinggal di dalam sebuah rumah dua tingkat yang nampak usang dari tepian jalan. tetapi bila dihampiri, halamannya bersih dan cantik dengan dihiasi pokok orkid dan bunga mawar yang sedang lebat berbunga. suasananya tenang sekali!





rumah ni 100% NGO, maka incomenya juga 100% bersumberkan donation. Utk mendapatkan bantuan, rumah ini perlu berdaftar dgn JKM. selepas itu baru boleh apply geran bantuan. kami dimaklumkan bahawa penghuni rumah ni telah menghantar pemohonan utk berdaftar dgn JKM sejak tahun 2006 lagi. dan permohonan mereka itu baru sahaja diluluskan pada bulan 3 baru-baru ini. kami menggeleng kepala memikirkan kesusahan mereka ini dalam mengharapkan bantuan. proses seterusnya ialah untuk membuat permohonan utk mendapatkan geran bantuan JKM. sehingga kini, jawapannya masih kabur.





mereka semua mengharapkan bantuan dari orang ramai dan badan korporat untuk menampung segala perbelanjaan harian. mujurlah kos rawatan perubatan diberikan secara percuma. kami diberitahu bahawa baju-baju terpakai yang rakyat kita dermakan untuk mangsa-mangsa Tsunami 2005 lalu juga sampai ke tangan mereka. bayangkanlah, baju-baju yang sepatutnya dihantar ke Acheh, rupanya singgah di Teluk Intan! fikiranku terus menerpa, pakaian itu patutnya didermakan di Acheh,tetapi tidak sampai, bagaimana pula dengan keperluan lain yang didermakan, wang ringgit, ubat-ubatan? nauzubillah! tak sanggup memikirkannya..



kehadiran kami baru-baru ini disambut dengan senyuman di kecil, Arianna berusia 3 bulan. kata kak Ana, ibunya meninggalkan bayi comel ini kepadanya ketika usianya mencecah seminggu. suaminya menyampuk 'anak zaman sekarang' aku hanya mengangguk tanda faham. aku ingin saja menjerit untuk memberitahu pada ibunya, bahawa Arianna tidak bersalah, mereka yang bersalah tapi kenapa dia yang menjadi mangsa. tidak ada perasaankah dia semasa mengandungkan Arianna selama 9 bulan, ketika melahirkan dia dengan seribu kepayahan, di saat memandangnya buat pertama kali, hilangkah sudah rasa kemanusiaan.





aku tak dapat membayangkan bagaimana untuk Arianna melalui kehidupannya kelak, kerana di sekelilingnya hanya ada orang kurang upaya dan orang tua. tiada permainan yang bersesuaian, pakaian pun hanya yang terpakai. aku hanya mampu terdiam kaku tanpa suara. kasihan arianna. hati kecilku dipagut rasa sayang dan kasih pada bayi ini. Kata kak Ana tak sukar menjaganya, jarang menangis dan meragam, demam juga tidak pernah. bagusnya Arianna. saat aku sedang menitip kata ini, aku masih terbayangkan senyuman Arianna yang manis. be good girl ya Arianna. Insyaallah raya nanti aunti datang lagi. selain Arianna yang masih kecil, ada 3 orang lagi kanak-kanak perempuan di rumah itu, seorang berusia 2 tahun, 3 tahun dan 9 tahun. mereka semua comel-comel belaka. bijak mengambil hati!




dalam 2 jam bersama mereka, aku puas. walaupun hanya sedikit wang yang dapat dihulur, aku tahu mereka sebenarnya lebih memerlukan perhatian dari masyarakat sekeliling. tidak mahu dianak tirikan, tidak mahu disisihkan kerana mereka sebahagian dari dunia kita. mereka tidak minta dilahirkan dalam serba kepayahan, kekurangan dan tanpa keluarga. sedangkan kita yang punya segala, masih tidak faham erti kemanusiaan dan perkongsian.





di sudut hati, aku bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia, punya ayah dan mak, abang dan kakak. alhamdulillah. aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang comel, Izzah nabihah yang memiliki segala-galanya untuk kelangsungan hidup. syukur ya Allah atas segala nikmat pemberianMu ke atas kami.




p/s moga kak Ana dan suami akan terus meneruskan kerja amal ini untuk menjaga dan memelihara golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. syukurlah ada orang seperti ini di atas muka bumi Allah ini.



Rumah Titian Ashraful Rohaniah (NGO)
dikendalikan oleh Pn. Rohana Saidin (Kak Ana)
No.53B, Kg Selabak LuarBatu 3,
Jln Changkat Jong 36000 Teluk Intan
013-4550013/ 05-6237530

3 comments:

  1. kin...belinang air mata jannah bile bace cite syikin nih.siannye kat ariana...

    tak tau nak cakap mcm mane...tapi skit terima kasih kat ibu ariana sbb bagi peluang kat ariana utk idup

    ReplyDelete
  2. salam sis,
    million thanks for sharing this in your blog. My friend & I lost contact with kak Rohana. alhamdulillah manage to find her no from your blog

    ^_^ zar

    ReplyDelete
  3. Salam Sis, Alhamdulillah for ur contact with Sis Ana & her 'keretapi'. Hopefully, we will meet someday or join force to lend our tiny mini energy to RTAR. JazakaALLAHU khairan.

    ReplyDelete