macam biasalah kakitangan kerajaan ni bila time nak raya je, mesti takde perkara lain yang diingat dan diingin selain bonus raya, tapi keciwa! jelas keciwa pabila PM umum bonus raya hanya untuk kakitangan sokongan saja, uwaaaa patah hatiku ini pabila tiada bonus. tahun 2006 dulu pun takde bonus raya, tapi fair coz semua tak dapat, tapi tahun ni, staff bawahan dapat, tapi aku pulak yang tak dapat huhuhu. heheh macam aku sorang je tak dapat kan, sebenornya semua pegawai gred 41 ke atas tak layak dpt bonus. adakah kerana gaji kami dah sedia 'banyak'? aku tak penah rasa banyak, tolak hutang kete, sewa rumah, PTPTN, bil api air tepon, Touch n Go, bayor nursery anak, aku rasa mereka yang serupa aku pasti sengkek jugak hujung bulan. memang tak adil, sedangkan bila aku amati sedalam-dalamnya, kekadang kete staff lagi besor dari kete aku, umah dorang lagi selesa dari umah aku, PTPTN tak yah bayor [sesape yg sambung belajo/ambik degree jela kena bayor] baju sutera dorang lagi banyak dari baju sutera aku, handbag dorang lagi besor dari handbag aku. sape yang jelas 'miskin' di sini.
adakah bonus juga merupakan satu penghargaan bagi mereka yang berjawatan rendah? kekadang keje dorang pun aku yang buat, taip surat walaupun ada typist, angkat fail walaupun ada par. itu belum dikira staff yang berkira kerja tuh!
so sapa yang sepatutnya layak dapat bonus.
aduh
sungguh tak adil kurasakan.
p/s: bukan rezeki aku la namanya tuh!
Ya Allah, murahkan rezeki kami di masa akan datang, amin!
haha, bukan puan saja yg tertekan, ramai lagi yg sebenarnya kuciwa dgn berita tak dpt bonus tahun ni..
ReplyDeletebersabarlah, moga2 ada rezeki yg lebih best akan dtg..
betul tu tuan
ReplyDeleteharapnya akan ada rezeki d masa akan datang!