Akhirnya selepas 10 hari bercuti raya, berseronok-seronok di kampung, menjamah juadah yang macam-macam, berkumpul sanak sedara jauh dekat.....
maka hari ini kujejak kembali kompleks Mahkamah Jln Duta
dengan tahap kemalasan yang maksimum........
........malasnya nak bangun pagi,
.........mandi pagi,
.........nak iron baju opis,
.........nak siapkan beg baju nabihah ke nursery,
.........siapkan brekfas dia dulu,
.........pastu antar ke nursery,
aduh! malasnyaaaa wei.....
hari ini secara rasminya rutin harianku kembali normal.....
tapi ada jugak yang tak normal di hari pertama aku berkerja selepas raya.
alkisahnya ......
.... pagi tadi, sedang aku berborak pasal raya dengan 'jiran sebelah', aku terima call dari staff, katanya ada lawyer nak jumpa kat kaunter pendaftaran, katanya takde orang nak handle, so dicarinya aku!
dgn hati yg sedikit berat dan penuh tanda tanya,
..... aku pun bergerak ke kaunter, dengan seribu pertanyaan di kepala, apa lah lawyer ni nak pagi-pagi dah bising.
....... tengok kat kaunter, ada sorang lawyer cina muda, datang menghampiri aku, bertanyakan tentang submissionnya yang tiada dalam fail mahkamah. kes diorang di'fix'kan pagi nih di depan hakim, bila kaunsel cek fail Mahkamah, dokumen tu tiada dalam fail. dokumen tu penting sebab pihak-pihak ready to proceed!
alamak!
aku buat muka blurrr! mak aaiiih, mana plak aku nak cari dokumen nih!
'sir, i'll check with the Registry first!' aku beramah mesra, walhal, dalam ati, eii nape pagi ni kau baru gitau, nape tak buat file search awal-awal?
dah lah staff aku tu EL plak pagi nih. tercekik biskut raye ke hape?
....................
aku mengomel!. hangin satu badan!
aku pun bergegas ke registry, selak sana sini, tak jumpa.
kat mana laa diletaknya dokumen nih!. bab cari-mencari ni aku memang fail!
puas mencari dalam masa 5 minit, aku jumpa balik lawyer tuh,
kata kat dia ' i think the document with da TP laa!..... let's check it out upstairs!'
aku mencadangkan. kami pun bergegas ke lif, alamak, dah terlepas aras 2!
lama lagi nak tunggu nih!
lawyer tuh mencadangkan kami gunakan tangga, cepat sikit katanya!
....... mak aaaiiih! kurus la kau syikin,naik tingkat 5 guna tangga!
dengan kemalasan yang melampau
aku jejak juga anak-anak tangga perlahan-lahan!
kalau tak kerana slogan ' berkhidmat untuk negara' tak kan kususah-payah panjat tangga nih wei!
tahun nih harapnya tercalonlah aku untuk Anugerah Khidmat Cemerlang! heheh
.............
sesampai di tingkat 5, lawyer tuh kata dokumen tuh di'address'kan pada TP Dagang 9
aku blur sangat-sangat, try recall, satu nama pun tak datang.
sape TP dagang 9? aku tertanya-tanya. semua bilik TP bertutup rapat!
akhirnya aku nampak satu bilik TP berpenghuni, aku menjengah.....
Tn Solihin rupanya, aku pun mula bertanya, 'Tn , sape ye TP dagang 9?
soalan aku itu ditanya dengan penuh kejujuran dan kebluran!
tn Solihin cepat jawab! 'eh bukan Tn Faizadh ker!
oooh Tn Faizadh! macam biasa dengar je nama tuh!
aku masih blur!
...........??//!!
tn Faizadh!
..........??//!!
eh itu kan TP aku!!
laa camana boleh lupa! aku sengih sorang-sorang.
bos sendiri pun bleh lupa!
nih baru cuti 10 hari, kalu cuti sebulan, mau opis sendiri pun aku boleh sesat!
apa daaa!
harap-harap, tak kan terjadi lagi perkara tak normal sepanjang hari nih!
p/s: gambar raya akan di'post'kan di episod akan datang!
nak sign dokumen plak nih!
banyaknya, ade sesapa nak tolong?