Friday, July 16, 2010

lega menjelang hujung minggu

pagi ini rasa seronok sangat-sangat....

pejam celik pejam celik... daaaah hari jumaat, yabedabeduuuu esok lusa hujung minggu!!

sepanjang hari semalam, aku dok ngadap PC kesayangan di opis ini....

menyiapkan satu alasan keputusan yang tertangguh sejak 2 bulan lalu....

hahah! memang telah lama berlalu.....

dek kesibukan terlampau, tak sempat nak buat seawal waktu



keje aku sehari-hari mendengar kes dibawa peguam

dan seterusnya memberi keputusan....

tapi paling tidak syiok bila peguam memfailkan rayuan.... huhuuu

terpaksa buat alasan keputusan.....



ade satu fail yang masih belum kusiapkan alasan...selama 2 bulan kejeruk di bawah meja.... jangankan nak bukak fail, tengok pun tak sempat..... akhirnya peguam hantar surat cinta.... mahu alasan segera.... huhuhuuuu akhirnya, terpaksa jua.....


semalam

aku menyemak kembali fail tahun 2006 tersebut...

membaca kembali fakta-fakta kes... syukur kesnya tak terlalu kompleks, breach of contract

meneliti isu undang-undang yang dihujahkan peguam.... juga tidak sesukar mana.... permohonan striking out sahaja......

membuka minit aku terdahulu..... mujur tulisan masih boleh dibaca dan difahami mata ini.....

setelah betul-betul ready, aku mula mengadap PC.....

sambil memikirkan ayat-ayat yang bombastik

maka seterusnya dicurahkan di dada skrin komputer

cedok di mana perlu

tambah sana

tambah sini buat ayat jadi sedap!

akhirnya dapat juga disiapkan alasan keputusan fail tersebut....

dapat 17 mukasurat....alasan untuk taksiran kos tuh... belom bicara penuh lagi.... huhuuu

pueh hati den....

seterusnya call lawyer to collect grounds tersebut......sorry pn peguam...'sedikit' lambat!

kesannya, malam tadi, aku tido lena kerana tak perlu lagi memikirkan alasan keputusan yang masih belom disiapkan.....

No comments:

Post a Comment