petang Sabtu lalu, menemani mak di Hospital Pantai Air Keroh Melaka....
betul! bulan ini, tiap minggu kami pulang ke Melaka sebenarnya..... credit untuk hubby yang memahami.....dan buat nabihah yang elok perangainya sepanjang tempoh ini.... walaupun sayang mama keletihan tak cukup tidoo....
pembedahan ini buat kesekian kalinya untuk mak....... tak termasuk pembedahan mak semasa kemalangan beberapa tahun dulu..... dan c-zer masa melahirkan aku.....untuk dialisis ini.... ini kali ketiga..... dan harapnya, buat terakhir kalinya.....
first time dulu, di Hospital Putra, doktor operate kat tangan kiri mak, memasukkan plat dialisis..... tapi tak berjaya....
second time, di Hospital Melaka pula, mak ditebuk leher tuk tapak dialisis sementara.... tapak itu bertahan hanya untuk 3 minggu saje.....
banyak risikonya, disebabkan ditebok di saluran nadi utama, maka leher berbalut 24 jam..... tak boleh lasak sangat... kerana balutan boleh terbuka, kesannya.... amat buruk!!.... tapak itu masih belum ditanggalkan sehingga ke hari ini....
sabtu lalu, operate kali ketiga, operate di pangkal lengan kiri pula....
kegagalan tapak dialisis di tangan sebelum ini kerana urat darah mak terlalu halus... makanya, solution lain memasukkan urat sintetik pada lengan atas mak.... panjang juga urat sintetik yang ditanam di bawah kulit itu... dari bawah bahu hingga ke siku....jangka hayatnya selama 2 tahun.... kalau tersumbat atau ade masalah lain, perlu dibedah dan ditukar ganti.....
harapnya, urat sintetik itu berjaya, dan doktor boleh menutup kembali lubang yang ditebok di pangkal leher tempohari.....
aku hanya mampu mengurut dada memikirkan kesihatan mak yang kian merosot hari demi hari.....
bukan kewangan yang menjadi punca, tapi daya tahan mak terhadap kesakitan dan semangat dia menelan bermacam ubatan.....
moga Allah pelihara mak!!
saat bersama hubby, nabihah dan abang long menemani mak di wad dari jam 3.00 petang sehingga 10 malam........... aku insaf sangat-sangat... sorang pesakit muda berusia 19 tahun, katilnya berdepan dengan katil mak..... gadis itu baru didiagnose dengan sakit buah pinggang juga.... sedang menunggu panggilan sambung belajar..... telah 2 kali eksiden motor..... sekarang dijuji dengan sakit tersebut....
bersebelahan katil dia, ada sorang lagi gadis berusia 25 tahun.... baru seminggu disahkan penyakit yang sama, orang Seremban, cantik wajahnya, sopan pakainya...ringan mulutnya menyapa.......
dia bagitau, doktor tak galakkan dia berkerja....
camana nak kerja, kalau seminggu 3 kali perlu dialisis...
tiap kali dialisis, 3-4 jam darah dicuci....
selepas darah dicuci, boleh pitam, muntah-muntah..... ade ke orang nak ambil dia berkerja dalam keadaan begitu........
doktor juga tak galakkan dia berkawin... andai pregnant, boleh mendatangkan bahaya padanya dan baby.
sungguh!
aku hanya terdiam kaku....
moga Allah memberikan kekuatan padamu saudari....
tabahlaa..... kau insan terpilih...
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago
No comments:
Post a Comment