Thursday, July 29, 2010

kini mampu tersenyum...

sejak minggu lalu, aku sibuk meng'update' status fail daftar tahun 2006..... sejak operasi melupuskan fail-fail lama dijalankan sejak awal tahun 2009 lalu di bahagian Dagang yang tercinta ini... dan setelah aku ditugaskan menghandle fail tahun 2006.....


kesibukan begitu menghambat diri.........


sedar tak sedar...... hampir setahun setengah operasi itu berlalu....

masih segar di ingatan ini...... operasi di bilik fail itu.... yang penuh sesak dan penuh emosi aku melakukannya....


duduk bersimpuh bersandar pada rak fail.... menyemak tiap satu fail 2006 yang kian lusuh dan mula berabuk..... untuk kod 22 saja, ada 1887 fail yang didaftarkan .. fuuuuhhh!.... tidak termasuk kod lain... sejujurnya, aku melakukan semuanya keseorangan tanpa staf sokongan..... yang sepatutnya berada bersamaku di situ... tapi apakan daya, mereka hanya memandang saja dan membuat bodohhh..... mujur Tn F sering bersamaku membantu..... kami saling berkerjasama.... tambah2 lagi.... bila di rak yang tinggi, Tn F akan capaikan fail-failnya untuk aku....
hehehh TQ... Tn memang memahami!


membuka balik fail-fail lama amat memerlukan kesabaran dan kesihatan yang baik.... ramai staf yang mengadu sesak nafas.... alahan kulit.... cedera pun ada....bagi aku, alhamdulilah... sejak operasi fail bermula, aku tanamkan niat untuk menghabiskan semakan fail lebih awal....tak mahu lama2 di situ.... tidak ku tahan.... tidak jua sanggup...... sehinggakan hujung minggu terpaksa di korbankan.....


usai operasi semakan fail... aku menghabiskan masa di depan komputer pulak.... tugasku untuk memasukkan segala data kesemua 1887 fail tersebut... lengkap dengan nama parties, tuntutan, tarikh lalu, tarikh akan datang, nota tambahan jika fail telah ditutup/JID/0.14/018R19/CJ/NOD/Judgment after trial etc...


hasilnya ia menjadi satu master list lengkap!......


asalnya aku meminta tolong sorang typist memasukkan segala data terkumpul untuk aku.... tapi hasil kerjanya terlalulah berseni...... ditaip dengan penuh lemah gemalai.... memaksa aku mengambil alih tugas hakiki dia.....


atas sokongan moral boss atasan..... aku berjaya juga menyiapkan master list tersebut.... melebihi apa yang tertulis di cause book....... puas.... itu saja yang mampu aku ungkapkan pabila misi itu berjaya......dan akhirnya kesusahan itu berbayar.... bila mana Tn F belanja aku....


seterusnya mengenal pasti fail-fail yang tido... tido: tiada tindakan lanjut dari mahkamah mahupun peguam....mula menyemak nama firma guaman....ade yang dah bertukar, terpaksa cari di websire bar council... kemudian mengarang surat cinta..... dan menetapkan tarikh show cause di depan Tn F.....gitulah kisahnya setahun yang lampau....


segala penat lelah dulu telahpun terbalas.... hari ini mula menampakkkan hasil....
kerja itu tidak mudah sebenarnya.... memerlukan perancangan teliti dan masa yang panjang.....syukur kerana Pn H cukup bijak menangani sebarang permasalahan yang timbul sepanjang operasi tersebut.....


saat ini, aku masih lagi meng'up date' fail-fail tahun 2006 tersebut... kod 22, hanya tinggal sejumlah 120 fail aktif saja .... kod pelbagai tinggal 11 lagi ...setakat hari ini....

harapan aku- moga impian DS R untuk melupuskan fail-fail pre-post 2000 akan tercapai pada ujung tawun ini..... atas berkat kesabaran dan kesulitan yang telah kami tempuhi selama ini.....moga, akan ada secebis penghargaan dan ingatan darinya kelak...bukan aku meminta balasan.... cukup sekadar memahami luahan jiwa kami...


p/s: penat sangat2 dengan kerja sebegini......kalau Tn F masih bersama ku kini, di bahagian ini..... tentu dia gembira dengan figure ini....
doa saya, moga Tn sejahtera di tempat baru....

Tuesday, July 27, 2010

JD CALON?

YEAHAAAAA!

akhirnya.... dapat juga nama mama tercalon!!


calon?

calon isteri?... 4 lalu memang sebagai calon....

calon megistret?.... huhuuhuu... belom sampai seruu....

calon untuk pilihanraya?.... zassss terus mama kena buang kejee... :P

calon APC?...OHHH Tidak... APC baru je lepas.....


HEHEHHHHE




walaupun baru dicalonkan...
harapnya, dapatlah nama mama tersenarai dalam list peserta kursus tersebut:-

Kursus: Comparative Constitutional Law...

tajuknya memang membuatkan mama jatuh cinta... isu HAAANGAT!
terus teringatkan madam hafiza di UIA Gombak.. and teringatkan result consti law mama dulu... heheh all Bs!



Tarikh: 18-20 Oktober 2010... hmmm... lambat lagi
Tempat: ILKAP Bangi.... errghh, not soo far...
calon peserta lain: alhamdulillah, ramai yang mama kenal.... so ade geng!

tak sambar nak berkursus dan meninggalkan segala2nya di MTKL walaupun hanya utk 3 hari....

Monday, July 26, 2010

RM250 - RM230

pagi ini selepas menghantar nabihah ke Taska Pintar Soleh......

mama sms guru besar nabihah....iaitu cikgu Z!

cikgu Z ni jarang berada di taska semasa mama hantar nabihah... sebab cikgu Z kena hantar 2 orang anaknya ke sekolah dulu....

ketibaan nabihah selalunya di sambut oleh cikgu-cikgu yang lain.... pagi ini disambut oleh cikgu Pah.....


sms mama : salam kak, boleh tumpang tanya, yuran sekolah nabihah sekarang berape?

RM250 lg ke atau RM200 jer?


sebabnya nabihah kan dah masuk 2 tahun....



sms cikgu Z : ye, kan dia dah masuk 2 tahun.... kadar yuran baru dia RM230....


dengan muka terkulat2 tidak percaya....

mata yang terkelip-kelip....

mulut yang sedikit melopong....


mama pun tersengih2 memandang ayah....


p/s: huhuuuu padan muka mama nabihah
wat malu je...
suka-suka ati turunkan yuran nabihah sampai RM50....
ayat confident g.ler
budget dapat diskaun RM50 laaa tuh
padahal kurang RM20 jeer...

wheeeeeee
x pe laa...
RM20 tu pun duwet jugak...
kan nabihah!
huhuuuu. i memang MALUUUU :)

Tuesday, July 20, 2010

keteruskan jua demi nabihah

Extended Breastfeeding banyak kelebihannya


Umum sedia maklum dengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun.
Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.


Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua
badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan
lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.


Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat
digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk
meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.


Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.


Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.


Kelebihan:

ibu
Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!


Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku.


Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)


Kelebihan:

anak
Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan
perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan
penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda
boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.


Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.


Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.


Khasiat tetap sama
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan
peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.



Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:
1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.


Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!
Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

p/s: sumber PA&MA

sebenarnya menjelang usia nabihah 2 tahun, mama mula berniat untuk berhentikan bf...

mengodek segala sumber yang ada... bertanya di mana perlu...

antara hasilnya....

ada yang kata 'haram' susukan anak melebihi tempoh 2 tahun

ada yang kata lagi, perlu izin suami selepas tempoh 2 tahun itu

ada yang kata, khasiat susu dah tak ade untuk baby

ada yang kata, nanti anak jadi terlalu manja dan sangat 'attached' kepada mamanya, maka tak elok dari segi psikologi

ada yang kata macam-macamlah

lebih kepada yang negatif

sehingga membawa wanita ini hampir rebah di suatu masa


kekuatan itu datang jua untuk meneruskan perjuangan ini...
nabihah, mama akan lakukan segalanya yang terbaik untuk awak!
doakan mama....

besday ayah pulak

seronok baca cerita dan preparation jannah wat sambutan besday hubby dia tercinta....

dengan kebab, puding karamel, aiskrim stroberi bagai... bertuah badan tn. pilot!!


actually, besday tn ashraf pun coming soon.... 25-07-2010 .... sama tarikh hari kematian arwah Hani Mohsin n Yasmin Ahmad [kalau tak silap].... hmmmm kebetulan!! julai ni, ayah n anak sambut besday sama-sama....


harus juga dipikir-pikir apakah yang selayaknya di bagi buat besday ayah yang sorang itu.....sayang, nabihah belum reti lagi wat kad besday......takpelah nabihah, kita wat kat kedai aje....

sedang intai-intai menu masakan ahad nanti..... spageti carbonara ke? kesukaan hubby tu....atau makan kat luar aje... huhuuuu

Monday, July 19, 2010

Insan Terpilih

petang Sabtu lalu, menemani mak di Hospital Pantai Air Keroh Melaka....
betul! bulan ini, tiap minggu kami pulang ke Melaka sebenarnya..... credit untuk hubby yang memahami.....dan buat nabihah yang elok perangainya sepanjang tempoh ini.... walaupun sayang mama keletihan tak cukup tidoo....


pembedahan ini buat kesekian kalinya untuk mak....... tak termasuk pembedahan mak semasa kemalangan beberapa tahun dulu..... dan c-zer masa melahirkan aku.....untuk dialisis ini.... ini kali ketiga..... dan harapnya, buat terakhir kalinya.....


first time dulu, di Hospital Putra, doktor operate kat tangan kiri mak, memasukkan plat dialisis..... tapi tak berjaya....


second time, di Hospital Melaka pula, mak ditebuk leher tuk tapak dialisis sementara.... tapak itu bertahan hanya untuk 3 minggu saje.....
banyak risikonya, disebabkan ditebok di saluran nadi utama, maka leher berbalut 24 jam..... tak boleh lasak sangat... kerana balutan boleh terbuka, kesannya.... amat buruk!!.... tapak itu masih belum ditanggalkan sehingga ke hari ini....


sabtu lalu, operate kali ketiga, operate di pangkal lengan kiri pula....
kegagalan tapak dialisis di tangan sebelum ini kerana urat darah mak terlalu halus... makanya, solution lain memasukkan urat sintetik pada lengan atas mak.... panjang juga urat sintetik yang ditanam di bawah kulit itu... dari bawah bahu hingga ke siku....jangka hayatnya selama 2 tahun.... kalau tersumbat atau ade masalah lain, perlu dibedah dan ditukar ganti.....
harapnya, urat sintetik itu berjaya, dan doktor boleh menutup kembali lubang yang ditebok di pangkal leher tempohari.....
aku hanya mampu mengurut dada memikirkan kesihatan mak yang kian merosot hari demi hari.....
bukan kewangan yang menjadi punca, tapi daya tahan mak terhadap kesakitan dan semangat dia menelan bermacam ubatan.....
moga Allah pelihara mak!!


saat bersama hubby, nabihah dan abang long menemani mak di wad dari jam 3.00 petang sehingga 10 malam........... aku insaf sangat-sangat... sorang pesakit muda berusia 19 tahun, katilnya berdepan dengan katil mak..... gadis itu baru didiagnose dengan sakit buah pinggang juga.... sedang menunggu panggilan sambung belajar..... telah 2 kali eksiden motor..... sekarang dijuji dengan sakit tersebut....


bersebelahan katil dia, ada sorang lagi gadis berusia 25 tahun.... baru seminggu disahkan penyakit yang sama, orang Seremban, cantik wajahnya, sopan pakainya...ringan mulutnya menyapa.......
dia bagitau, doktor tak galakkan dia berkerja....
camana nak kerja, kalau seminggu 3 kali perlu dialisis...
tiap kali dialisis, 3-4 jam darah dicuci....
selepas darah dicuci, boleh pitam, muntah-muntah..... ade ke orang nak ambil dia berkerja dalam keadaan begitu........
doktor juga tak galakkan dia berkawin... andai pregnant, boleh mendatangkan bahaya padanya dan baby.
sungguh!
aku hanya terdiam kaku....
moga Allah memberikan kekuatan padamu saudari....

tabahlaa..... kau insan terpilih...

Friday, July 16, 2010

lega menjelang hujung minggu

pagi ini rasa seronok sangat-sangat....

pejam celik pejam celik... daaaah hari jumaat, yabedabeduuuu esok lusa hujung minggu!!

sepanjang hari semalam, aku dok ngadap PC kesayangan di opis ini....

menyiapkan satu alasan keputusan yang tertangguh sejak 2 bulan lalu....

hahah! memang telah lama berlalu.....

dek kesibukan terlampau, tak sempat nak buat seawal waktu



keje aku sehari-hari mendengar kes dibawa peguam

dan seterusnya memberi keputusan....

tapi paling tidak syiok bila peguam memfailkan rayuan.... huhuuu

terpaksa buat alasan keputusan.....



ade satu fail yang masih belum kusiapkan alasan...selama 2 bulan kejeruk di bawah meja.... jangankan nak bukak fail, tengok pun tak sempat..... akhirnya peguam hantar surat cinta.... mahu alasan segera.... huhuhuuuu akhirnya, terpaksa jua.....


semalam

aku menyemak kembali fail tahun 2006 tersebut...

membaca kembali fakta-fakta kes... syukur kesnya tak terlalu kompleks, breach of contract

meneliti isu undang-undang yang dihujahkan peguam.... juga tidak sesukar mana.... permohonan striking out sahaja......

membuka minit aku terdahulu..... mujur tulisan masih boleh dibaca dan difahami mata ini.....

setelah betul-betul ready, aku mula mengadap PC.....

sambil memikirkan ayat-ayat yang bombastik

maka seterusnya dicurahkan di dada skrin komputer

cedok di mana perlu

tambah sana

tambah sini buat ayat jadi sedap!

akhirnya dapat juga disiapkan alasan keputusan fail tersebut....

dapat 17 mukasurat....alasan untuk taksiran kos tuh... belom bicara penuh lagi.... huhuuu

pueh hati den....

seterusnya call lawyer to collect grounds tersebut......sorry pn peguam...'sedikit' lambat!

kesannya, malam tadi, aku tido lena kerana tak perlu lagi memikirkan alasan keputusan yang masih belom disiapkan.....

Wednesday, July 14, 2010

masak ape mlm nih?

menjelang jam 3-4 petang setiap hari waktu pejabat....
hati ini akan jadi runsing sangat-sangat....otomatik, tanpa dipinta-pinta
Zzzzaassss terus rungsing!

bukan runsing dgn keje yang tak penah habissss ini

bukan juga sebab melayan kerenah kakitangan dan peguam

tidak juga disebabkan YA yang bermacam ragam

tapi runsing bila memikirkan menu makan malam setiap hari

bagi orang yang tidak expert di dapur macam aku, memikirkan menu makan malam untuk dihidangkan buat suami dan anak tersayang selalu membelenggu diri....

kadang terPK sorang diri,

tangan Allah bagi cukup dua

-memudahkan kerja-kerja di dapur dan selayaknya
-memghiris bawang dan sebagainya

lidah Allah bagi sempurna untuk merasa garam dan gula

-menyempurnakan rasa masakan kita, manis, masin, masam, ataupun tiada rasa

mata juga cerah, cuma sedikit rabun

-untuk memilih bahan mentah yang terbaik buat kita
-boleh juga menjamu mata melihat resepi di majalah/blog member

telinga juga ada dua & masih sempurna

-boleh mendengar celoteh chef wan walau sibuk di dapur

mak aku dan mertua terror memasak..... apa saja, pasti membuka selera!

tapi kenape, anak/menantu dia yang sorang ini tak seterror mereka


p/s: tak tahu nak masak apa malam ni... dan malam2 seterusnya huhuuuu


bestnya kalu aku jadi Chef Wan.... masakan dari seluruh dunia aku boleh masak...... tak lah jemu hubby n bb makan....kan! kan!
nabihah, sila doakan mama awak pandai masak, takdelah berat awak turun lagi....

Monday, July 12, 2010

penangan piala dunia

hari ini datang lambat ke opis.... jam 9.40 baru sampai.....

ade 2 sebab :

(1) bawak nabihah ke KKIA Segambut, pemeriksaan kesihatan..... nurse gtau berat nabihah turun 2.2 kilo.... sungguh susah hati mama..... padahal nabihah makan banyak.... minum susu ibu pun banyak..... susu formula walaupun tak berapa suka, tapi nabihah minum jugak..... tak tahu kenapa berat nabihah turun.... dari 10.5 kg turun 8.3 kg.... nurse bagi vitamin n ubat cacing.... harus mama paksa nabihah makan banyak-banyak lepas ini......

mungkin nabihah terlalu lasak, metabolism terlalu cepat.....makanya, x sempat gemok!

mungkin kah sakit..... tapi takde tanda pun dia tak sihat.....

atau nabihah mewarisi genetik mama dan ayahnya yang comeyyy dan slim......dan tak berapa tinggi ini......

rasanya yang terakhir tu mungkin boleh diambil kira.....



nabihah, plssss makan banyak-banyak lagi.....mama janji akan masak yang sedap-sedap!!

- sampai opis dah pukul 9.40am..... kesian peguam tunggu lama kat court....

(2) disebabkan hari ni nabihah punya appointment dgn KKIA jam 8.00, maka kami pun terbangun sedikit lewat daripada biasa......

lewat bgn sebab malam tadi dok berjaga depan tv tengok final WC..... punyalah lama nak tunggu gawang bolos.... kad kuning jugak yang melayang2..... mama nabihah tersengguk-sengguk lawan ngantuk....

mcm menyesal gak bangun tgk WC malam td.... beyond my expectation..... ingatkan final malam td sebest macam game Jerman v Argentina mase peringkat suku akhir hari tuh..... hehehe i kan peminat Jerman...... tengok-tengok hampes kelape..... punya cantik kawal bola, sepak bola.... alih2 penyudah takde.... belanda main kasar la mlm td....

nway, tahniah kat Spain....tahniah gak kat Chaun.... dah menang, nanti bleh open table kita raikan..... :)


Spain, dapat gak kowang WC tawun nih.... bagus jugaknya korang menang sebab kami tak suka dgn Rueben pemain Belanda tuh.... selepas aksi dia tipu konon-konon jatuh mase lawan Uruguay......terus tiada sokongan bagimu orange man.....


kami je laah tak dapat pape... bil elektrik je pun kalo tinggi bulan nih.....


p/s: suka final WC 1998 dulu mase france menang

Friday, July 9, 2010

nostalgia zaman kecil

saya selalu rindu nak menjengah nostalgia zaman kecik-kecik dulu..... kalau lah masa boleh berputar, saya memang mahu menjadi budak-budak yang hidup hanya untuk berkawan dan bermain....bergembira siang dan malam!


saya membesar di kawasan setinggan Stulang Baru, dengan majoriti melayu pelbagai keturunan, jawa, banjar, minang, bugis..... campur-campur..... cina pun ada tapi mereka duduk di kawasan perumahan mewah depan perkampungan setinggan kami....


sebelom tadika, kawan baik saya hanya anak patung dan alat mainan masak-masak .... biasalah budak perempuan.... mana reti main lasak-lasak, perang-perang, combat ke ape ke.... main pulak sorang-sorang..... kerana masa tu tak reti berkawan macam orang lain..... sementelah, jarak usia dgn abang dan kakak saya, jauh amat....


selepas ke tadika, langkah pun makin panjang.... orang kata: culture shock!! heheheee saya punya ramai kawan, Shila, Nora, Ain, Iya, Mazlee, Deli, Yun, Nuar, Faizal .... kesemuanya berjiran dengan saya..... saya macam tomboy masa tuh.... galah panjang, guli, baling selipar pada tin, badminton, sorok-sorok, ting-ting, getah..... semuanya saya main..... selalunya main sampai ke maghrib.... sudahnya, mak saya akan datang ke tempat mainan, kadang kena piat telinga, kadang kena libas tali pinggang.... tapi tak penah rasa serik


penah mak kejar saya [yang tak puas lagi bermain] saya berlari pusing-pusing keliling rumah jiran.... last2 saya sorok dalam jamban! .... mak saya cari melilau tak jumpa..... hari dah gelap, saya masih sembunyi di situ..... takut tapi tak nak mengalah...... akhirnya, ayah tau saya sorok kat mana dan datang pujuk!! ayah memang sporting..... sejak hari tu, sebelom ayam masuk reban, saya dah sampai rumah dulu.... hihiii


main parit- antara kegemaran saya dulu.... dulu parit kecil belakang rumah Acik Nor tu best, airnya jernih, banyak anak ikan, pulak di tepian sungai, pokok buluh merimbun.... saya dan the geng memang suka main air kat situ sambil bawak penapis air teh mak dan botol untuk isi anak ikan...... heheheee.... then main libas-libas air kat geng yang lain sampai lencun!!.... for sure, tunggu kering dulu baru balik umah.......sekarang, parit tu tinggal kenangan semata.....


petik bunga orang.... tu jugak hobi saya..... hahahaha.... saya kan memang pantang tengok bunga sedang mengembang.... terutama bunga ros, pantang nampak dah kembang, jari jemari yang halus ni gagal je pi petik... kemudian buat main masak-masak... takpun pakai kat kepala ala-ala puteri zmn dulu kala.... semua bunga saya sebat orang punya.... sebab rumah mak takde pokok bunga.... last-last, jiran komplen kat mak, saya suka petik bunga dia... hahaahhaha apa lagi, saya pun kena lagi....sejak tu dan sampai sekarang, rumah mak mesti ada pokok bunga ros..... heheheee


pengakuan : saya kan dulu-dulu suka sangat makan rumah orang..... bukan makan nasi orang... tapi bawak nasi dari rumah sendiri dengan lauk telor taruh kicap[ fevret kecik2 dulu].... instead makan kat meja dengan keluarga, saya tatang pinggan yang penuh, melalui rumah-rumah orang..... dan makan berjemaah dengan kawan-kawan.... pas makan, kami diskas turn rumah sapa plak kami nak makan esok hari....hahaaahaa


satu lagi..... saya selalu hilang dari rumah selepas maghrib.... destinasi: rumah Ain, selang 2 rumah dari rumah saya je pun.... alasan : sebab nak main games super mario..... rumah saya takde benda alah tu... jadi terpaksalah menumpang main kat rumah orang......bila mak saya sedar je saya terhilang, dia pun akan keluar mencari saya.....sambil menjerit-jerit.....dan akhirnya telinga kena piat!......



hmmmm rindu zaman kecik dulu...saya memang nakal.... tapi betullah kata orang, budak nakal ni cerdik otaknya..... hahahaahaa


p/s: sayang nabihah tak merasa zaman seperti saya..... dia lebih kenal flash cards, laptop kecik dia, buku cerita dia, dvd cartoon dia, lego dia, upin ipin dia.....etc
betullah zaman kian berubah!

Thursday, July 8, 2010

PERGI TAK KEMBALI

lunch hari ni, bersama Yat, Ika, Muz & Tini ke HUKM...

kami menziarah mak mertua Nad yang sedang uzur.....terlantar sejak Isnin lalu, sel kanser telah merebak dan tubuh gagal bertindak balas....

dan baru kejap tadi, dimaklumkan beliau telah pergi....

janjiNYA telah tiba, lantas dijemput pulang.... moga dipermudahkan urusan seterusnya....dan dikuatkan semangat anak-anak yang telah ditinggalkan meneruskan taklif di atas muka bumi ini.....

ALFATIHAH!

p/s: teringat mak di Hosp. Melaka,moga sihat-sihat sajaa....

Tuesday, July 6, 2010

2 tahun lalu & kini

2 tahun lalu
cukup bererti buat mama sayangku
segala jerit perih
suka duka bersamamu selama 40 minggu
diabadikan dalam laman memori
yang takkan luput dari ingatan ini
kemas dan utuh tersimpan
biar sejuta tahun berlalu
biar badai datang melanda
kaulah puteri hati mama selalu

2 tahun lalu
di hospital Putrajaya itu
kau didakap kemas penuh syahdu
tangisan penuh rindu
dengan doa kesyukuran dialun sayu
hilang tiap denyut kesakitan
terlupa akan segala keperitan
saat melihatmu, yang tulus suci

2 tahun ini,
mama telah lakukan yang terbaik untukmu sayang
menyusui sejak lahir hingga kini
menjagamu saat demam dan tidak keruan
membelaimu tika perlu
bermain dan bergurau bersama tanpa jemu
menemanimu menonton upin ipin dan cartoon lain
mengajarmu mewarna buku bergambar
bermain lego kesukaanmu
atau membacakan buku cerita buatmu
segalanya untukmu puteri ku
walaupun mama tau, masih ada yang kurang dari segala segi
masih belum cukup memberi perhatian dan layanan first class
dan tiap apa yang mama lakukan
tiada mama harapkan balasan di kemudian hari
cukuplah sekadar doa mengiringi perjalanan hidup mama kelak


banyak harapan mama untukmu sayangku
luas doa mama untukmu puteriku
penuh janji mama untuk dikotakan kasihku
tidak mama janjikan emas permata
jauh sekali pangkat dan darjat
cukuplah kita insan biasa
berbekal iman dan ilmu secukupnya
hanya satu harapan, doa dan janji mama
izzah nabihah, anak solehah
kunci syurga mama dan ayah

sayangku nabihah
kaulah syurga di hati mama & ayah
moga puteri mama dilindungiNYa selalu
ditetapkan iman yang teguh
dijauhkan dugaan maha hebat
cekal meneruskan roda-roda kehidupan


dari 06/07/08 sehingga 06/07/2010
mama tetap bahagia bersamamu dan selamanya

SELAMAT HARI ULANGTAHUN SAYANGKU IZZAH NABIHAH BT ASHRAF REZAL

cinta kasih mama & ayah

SAYANG KAMU!!!

Monday, July 5, 2010

kuatkanlah aku!!

hari ni mak check up di hospital Putra & Hospital Melaka.... 2 hospital berbeza taraf, status & kos tetapi menghulurkan khidmat yang sama, perubatan kesihatan.....kali ni kakak yang bawak mak......

kata kakak, semasa di hospital Putra, doktor cakap, tapak dialisis yang ditanam tempohari gagal berfungsi.... dan terpaksa dibedah lagi buat kedua kalinya..... doktor kate hospital Putra tiada kelengkapan lengkap untuk tretmen seterusnya, doktor set appointment dgn Dr Liew, Pakar Hospital Pantai KL..... pada Sabtu ini.....

semasa di Hospital Melaka, doktor kata, darah telah bercampur urea, makin kotor dan kian berlurang.....mak ditahan wad hari ini sehingga bila tak tau lagi.... aduh....
yang paling runsing, kalau perlu, doktor kata mak akan dibedah hari ini untuk urgent dialisis..... tapak di tangan gagal berfungsi..... tapak baru mungkin di leher pula....Ya Allah, tak dapat kubayang....selepas ini apakah mak mungkin tinggal di wad hingga hujung hayat.....?

tak dapat dibayangkan.......

hal ini masih kutanggung sorang diri, husband tiada di sini, outstation ke Teluk Intan.....tak sabar menanti dia pulang