Thursday, March 11, 2010

sukarnya......


Siti Aishah hadiah untuk kami

TULISAN di atas sekeping nota kemas dan cantik. Sekali pandang, tidak salah kalau penulis meneka tulisan itu hasil tangan seorang remaja perempuan.


Nota ringkas dan terakhir itu dijumpai terselit di dalam kain batik membaluti seorang bayi perempuan comel sedang kelaparan yang diletakkan di atas meja sebuah rumah.
Bayi malang itu tidak menangis namun kedengaran merengek kecil apabila bibir mungilnya bergerak-gerak bagai menantikan seteguk susu. Nasib bayi yang masih kemerah-merahan itu cukup baik apabila tidak dikerumuni serangga seperti semut atau pun disengat binatang berbisa lain.
-
Sekitar pukul 3.30 petang, seorang pengawal keselamatan yang baru pulang dari kerja shif pagi tiba di rumah teresnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang di Johor.
Sambil membuka pintu pagar rumahnya, Amiruddin Amir, 30, dapat merasai kelainan apabila terdengar bunyi yang tidak pernah didengarinya selama ini.
Melewati pintu utama, dia semakin kehairanan apabila terdapat bungkusan kain batik di atas meja di bawah garaj rumahnya.
Biarpun rasa berdebar, dia nekad membuka bungkusan itu dan terkejut bukan kepalang apabila mendapati seorang bayi comel sedang mengemam mulutnya tetapi tidak menangis.
Tanpa berfikir panjang, Amiruddin terus menjerit memanggil bapa mertuanya yang tinggal selang serumah dengannya dan seorang jiran.
-
"Masa itu, saya memang tidak tahu hendak buat apa. Malah hendak telefon polis pun saya tidak ingat nombor dan bagaimana caranya. Saya jadi macam bodoh sekejap.
"Semuanya dilakukan oleh bapa mertua dan jiran sebelum isteri saya bergegas pulang dari gerai berdekatan rumah kami," katanya mengimbas kembali kejadian yang pertama kali terjadi dalam hidupnya pada 16 Januari lalu.
Pada tarikh itu, seorang bayi perempuan ditinggalkan di atas meja di depan rumahnya.
Bayi yang cukup sifat dan sempurna hanya dibaluti kain batik ditemui dalam keadaan sihat dan cukup sifat kecuali terdapat sedikit kesan calar di mukanya.
-

Hari ini, Siti Aishah Abdullah yang berusia 48 hari (ikut tarikh ditemui) menjadi milik Siti Rohani dan Amiruddin selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor memberi hak penjagaan bayi itu secara sah pada 24 Februari lalu.
Kata Siti Rohani, sejak meninggalkan Siti Aishah di HSI pada 16 Januari lalu, hidupnya bagaikan tidak keruan menjalani aktiviti harian.
Takut, rindu dan gelisah sentiasa bersarang di mindanya jika gagal mendapat hak penjagaan bayi comel itu apatah lagi dimaklumkan perlu mengikut giliran berikutan terdapat pasangan suami isteri lain yang ramai memohon anak angkat.
Dia yang membuka gerai makan itu tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT walaupun hatinya meronta untuk melawat Siti.
Siti Aishah ketika itu ditempatkan di Pusat Kanak-Kanak Sinar Juita, Johor Bahru sejurus dibenarkan keluar dari hospital.
Sudahlah tidak dibenarkan melawat 'anaknya' itu, ujian datang melanda apabila namanya hampir dibuang daripada senarai permohonan anak angkat kerana gagal mengemukakan laporan kesihatan suami isteri sebagai salah satu syarat permohonan.
Namun semuanya kehendak Allah SWT apabila dia dan Amiruddin dapat menyerahkan laporan kesihatan, dua hari sebelum mahkamah memutuskan hak penjagaan itu.
-
"Tarikh 24 Februari lalu merupakan hari paling gembira dalam hidup saya. Tiada kata-kata yang dapat menceritakan kegembiraan saya itu.
"Hilang segala kekusutan yang bermain di minda sebelum ini. Siti Aishah kini sah menjadi milik saya dan suami," katanya yang perlu membawa anak angkatnya itu ke JKM dua bulan sekali sepanjang tempoh dua tahun akan datang.
Berkongsi pengalaman pelik, Siti Rohani mula teringat mimpi yang menjadi mainan tidurnya dua minggu sebelum Siti Aishah ditemui di rumahnya.
Jelasnya, dua malam berturut-turut dia bermimpi seorang wanita bertudung datang kepadanya dan menyerahkan seorang bayi.
"Saya tidak nampak wajah wanita itu. Mimpi tersebut saya ceritakan kepada suami dan ibu bapa saya.
"Saya sempat berkata kepada suami bahawa jika ada sesiapa hendak memberi anak mereka saya ingin memeliharanya," ceritanya sambil tersenyum sekali gus menggambarkan kebahagiaan yang dilalui pada hari ini.
-
Galang ganti tiga orang anak
Pengalaman sedih apabila kematian tiga orang anak membuatkan naluri keibuan wanita ini tinggi untuk memiliki anak lagi.
Biarpun bukan anak kandung sendiri, Siti Rohani bertekad untuk memelihara Siti Aishah yang disifatkannya sebagai galang ganti kepada kehilangan tiga anaknya sejak dua tahun lalu.
Mengimbau cerita sedih itu, anak pertama Siti Rohani meninggal dunia dalam kandungan selepas dia terjatuh dalam bilik air biarpun pintu rahim sudah terbuka empat sentimeter.
Namun kuasa Maha Esa tiada siapa yang mampu melawan apabila ketika itu, dia tidak mampu menjerit meminta pertolongan daripada suami sebaliknya berterusan mengalami muntah.
Siti Rohani diuji lagi apabila dia mengalami keguguran anak kedua dan ketiga ketika kandungan berusia enam dan tiga bulan.......
-
-
p/s: malam tadi.... aku sujud padaNya memohon kekuatan... menangis bersungguh-sungguh..... menyatakan kekesalan.......mengambarkan kekecewaan..... sesungguhnya aku lupa.... bahawa tiap kejadian itu di bawah kekuasaanNya... biar sekuat mana aku usaha..... biar panjang dan lama mana aku berdoa... bertawakal dan mengharap..... andai belum tertulis rezeki aku..... aku redha.....kerana aku hanya insan yang kerdil di sisi Dia.......
....
teringat pada boss aku.... Pn. A, Pn. W dan Pn M...... dan teman rapat D, A dan Kak M...... yang telah lama kawennya.... langsung belum ada cahayamata.......aku paham jiwa mereka...... aku tau sengsaranya dugaan......ribuan ringgit dikeluarkan..... berurut sana cn.... segala petua dicuba...... masih belum ade rezeki......
.....
teringat pula pada H yang telah berapa kali keguguran......sukarnya mendapatkan zuriat..... sedang hati berbunga riang..... tiba-tiba saja dipanggil pulang......
......
teringat pula pada kawan N yang ada anak istimewa..... keduanya kembar lain jantina.....sebesar 9 bulan telah mengidap ketumbuhan..... dan sakit jantung...... memang besar dugaan mu sahabat.... aku sendiri belum tentu dapat menanggungnya......
.....
teringat pulak pada kawan UIA Ija yang kematian anak.... sedang umurnya baru menjangkau setahun lebih..... sukar kugambarkan keadaanmu teman.....sabarlah..... tabahlah... kalau aku ditempatmu...... tidak tau keadaanku.......
.......
teringat pula pada kawan yang masih solo..... yang masih mencari soulmate hingga kini.....belum ketemu..... sedang aku telah punya segalanya...... namun masih terlupa......
bersyukurlah syikin...... hidupmu telah sempurna.....
....... teruskan lah berusaha.... dan berdoa..... kerana Dia menyukai hamba-2nya yang terus berdoa dan meminta2........ man jadda wajada

4 comments:

  1. ikin

    thanks for this entry... it makes me realize and be grateful to Him.. at least i have hubby and one daughter instead of nothing! cuma, moga2 Allah masih beri kita peluang utk memiliki zuriat lagi... teringin nak bau baby lagi... huhuhuhu... pastu skrg nie makin menjadi2 pulak org dera dan buang anak, lagi lah rasa sayu je hati ni

    ReplyDelete
  2. husnie-

    bila kita compare keadaan kita dgn orang yg lebih baik dari kita....
    memang kita rasa tak adil...geram.... sedih...kecewa...

    tapi bila kita compare lagi dgn orang yg kurang bernasib baik dr kita .... kita akan rasa betapa bertuahnya kita......atas apa yg kita miliki.....
    patut bersyukur dgn pemberianNya kan!....

    husnie,
    moga ada kebaikannya dlm kita bersabar dan redha atas rahmat Tuhan... amin

    ReplyDelete
  3. Syikin,
    Kenapa 2-3 ari ni stress sbb baby baru? Tetiba je i rasa guilty sbb over excited. Dun worry, insyaAllah ada jeki untuk dapat adik Nabihah nnti. Soon.. yg penting jgn stress2 (seriously it affects) dan tingkatkan usaha. (Chececeeee..mcm bg tips plak)

    ReplyDelete
  4. awin....

    takdelah stress sangat2... cuma keadaan sekeliling yang menyumbang kpd tekanan....ahli kelorga yg bertambah.... umur yg tua.... takut tak sempat....

    jangan terasa eyh....... ikin tumpang gembira tuk awin.... berdoa juga moga kegembiraan tu berjangkit kat ikin pulak.....
    amin....

    tips2 lain ade.... hihihi

    ReplyDelete