Wednesday, March 17, 2010

foto ke 8 dlm folder ke 8


atas rasa tanggung jawab yang menggunung.... chewah..... mama nabihah pun terikut jugak tag dari mama sumayyah dan mama afnan.....tuk letak foto ke 8 dlm folder ke 8..... mama pun terjah lah folder yang ade..... belek2..... sib baik gambarnye ok..
-
-
sejarah foto-
ni kali pertama nabihah bermain pasir pantai..... nun di Pulau Pangkor.....
sebelum ni bukan tak penah lah main pasir pantai.... tapi tu kat pantai lain la kan.....
.
masa nie, jam lebih kurang 11 lebih..... mama nabihah dan mak mertua rehat2 di spa.... wah! bes tau.... sekali sekala ada orang urut badan..... sambil dgr alunan muzik bali..... dgn aroma yang menyegarkan...... dan teh halianya yang sedap! yum yum
.
bagi menghilangkan rasa boring...... ayah nabihah bawak budak comey tu jalan2 kat tepi pantai.... di saat matahari membahang.... sib baik ayah dia jumpa pokok ru... dekat tepi bot.... dapatlah budak comey tu berteduh sambil main pasir.....
leka sampai tak sedar org amik gambar dia........
.
ehmmm.... suka gak ada tag camni kan.....
mama nabihah nak ajak org lain sesapa yg naik join....
marilah sesama membongkar gambar memasing.... dan tepek kat cn......
- kawan-kawanku sekalian;..... ika, nad, parveen, jannah, awin, husnie, tn. mahyudin, hubby yun [luqman].... cukup dah 8.... sape yg tak ditulis nama tu.... sila jgn kecil hati.... ok!......kita jumpa di foto yang lain dlm folder yg laen.... taada

Friday, March 12, 2010

mood baik..........


hari ni mood aku baik.... sangat-sangat baik.....



pagi-pagi lagi dah bangun..... nabihah pun elok je bangunnya..... tak perlu dikejut cam selalu.......malam tadi plan nak wat sandwish telur ....... ofcoz tuk breakfast kat ofis..... tu yang terbangun awal...... x seperti biasa..... :)
nabihah bz tgk ice age..... pagi2 lg suh ayah dia on vcd player..... sambil baring2 depan tv.....
aku lak sambil goreng telur..... sapu roti ngan butter..... abis sapu roti..... basuh salad..... then susun satu-satu..... sampai jd sandwish bertingkat...... kalah sandwish subway tau! yummy! hubby pun suka bila disiapkan breakfas dia..... sekarang ni.... jarang sangat dah prepare breakfas tuk hubby..... sekali sekala syiok jugak kan bekalkan hubby dgn air tangan isteri....



sampai opis...... jumpa interpreter, hajat hati nak jumpa hakim..... nak minta dia sign borang cuti...... tapi hakim bz....... gosip2 jap ngan interpreter.... fail2 minggu ni ade problem tak?..... ade komplen tak?....... luckily..... minggu ni mood hakim sangat ok kerana profile yang aku buat amat sangat ok nye..... hehehe...... kembang jugak lah dengar hakim kata camtu.... walaupun dia tak kata secara in person......


last 2 weeks.... hakim selalu bising....... selalu komplen..... :-



1. mana afidavit tak masuk.......pihak-pihak cakap dah failkan since November lagi..... mana dia......staff tak wat keje ke?......

- erghhh! nanti saya cek kt registry Yang Arif!


2. mana translation tuk application yang dipohon...... i tak reti sangat BM...... senang paham kalau in English...... nanti u suruh pihak-pihak bila failkan permohonan, failkan dgn English translation sekali....

- baik Yang Arif @ saya dah call mintak dorang bawak translation sebelum tarikh bicara Yang Arif....


3. kenapa dokumen tuk full trial tak complete2 lagi..... pihak2 tak ikut arahan mahkamah failkan dokumen tuk trial...... tanya pihak2 dah finalise ke belum.......

-Baik Yang Arif.....nanti saya handle benda nih....


4. profile you ni terlalu ringkas..... and simple...... atleast, 3 pages...... tapi jangan panjang sangat lak.... tak yah quote tiap afidavit..... baik saya baca je afidavit2 tuh......

- Baik Yang Arif....


5. fail ni..... tolong telefon lawyer... saya nak dengar kes dia awal..... fixed pada hujung bulan kan.... tukar ke tengah bulan.... inform pihak2 datang tarikh baru.......

[.....dlm ati: sesuka ati je Yang Arif ni nak fix ikut masa lapang dia.... karang aku jugak kena marah ngan loyer.....dorang tak free]

- Baik yang Arif....nanti saya tepon pihak2.....



6. perakuan segera..... ikut awak nak fix bila pun dpn saya.... if that it so urgent melibatkan hidup dan mati..... baru fix segera.... kalu tak..... suka hati awak lah..... jangan sampai dorang salah guna perakuan segera tuh....

- Baik Yang Arif.....

[....tapi kadang2 pada saya tak urgent... pada loyer urgent..... camna?.....]


7. sape yang fix case saya banyak sangat ni sehari..... tak terkejar saya nak handle.....

-MJU yang fix...... registry pun fix jugak...... tapi saya memang tgk planner Yang Arif sebelum fix kes baru......

[dalam ati- adat la ...... gaji dah banyak.... keje pun banyaklah Yang Arif.....
tu lah sape suruh terima lantikan hakim dulu..... jadi loyer yg dah 20+ xperinence kan lagi bes..... ade firm sendiri.... boleh susun jadual sendiri..... tak yah wat grounds bila ade appeal..... tapi bukan ke gaji loyer lagi byk? hehehe]
Yang arif.... kita kan ada KPI..... terpaksalah wat keje banyak sket sekarang nie..... case pre-2009 to be disposed off by the end of this year..... baki terkini 2000 ++ ha ambik!.....


8. kes H aritu saya kena dengar sampai 8.30 malam..... 2 malam turut2..... panjang sungguh argument peguam..... tapi point yang paling penting dorang raise last sekali..... patutnya yang tu first point......bla... bla...

- ohhh ye kee....., napa Yang Arif tak sambung esok je....?

saya kena deliver keputusan jugak.... dorang mintak injunction to stop EGM.... EGM tu lak patutnya lusa..... parties lak dekat 30 orang.... memanglah panjang...

- owwwhhhh.....


.... minggu nie saya tak dengar pun Yang Arif bising2..... dan tak panggil saya tuk sort out some problems..... everthing gonna be OK..... mujur juga judge saya ok minggu nie..... kalau tak..... keadaan saya sure teruk..... this week......saya sikit emosi..... tapi kerana berkat hari Jumaat yang mulia... mood saya dah kembali....


..... Much Obliged Yang Arif......

Thursday, March 11, 2010

sukarnya......


Siti Aishah hadiah untuk kami

TULISAN di atas sekeping nota kemas dan cantik. Sekali pandang, tidak salah kalau penulis meneka tulisan itu hasil tangan seorang remaja perempuan.


Nota ringkas dan terakhir itu dijumpai terselit di dalam kain batik membaluti seorang bayi perempuan comel sedang kelaparan yang diletakkan di atas meja sebuah rumah.
Bayi malang itu tidak menangis namun kedengaran merengek kecil apabila bibir mungilnya bergerak-gerak bagai menantikan seteguk susu. Nasib bayi yang masih kemerah-merahan itu cukup baik apabila tidak dikerumuni serangga seperti semut atau pun disengat binatang berbisa lain.
-
Sekitar pukul 3.30 petang, seorang pengawal keselamatan yang baru pulang dari kerja shif pagi tiba di rumah teresnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang di Johor.
Sambil membuka pintu pagar rumahnya, Amiruddin Amir, 30, dapat merasai kelainan apabila terdengar bunyi yang tidak pernah didengarinya selama ini.
Melewati pintu utama, dia semakin kehairanan apabila terdapat bungkusan kain batik di atas meja di bawah garaj rumahnya.
Biarpun rasa berdebar, dia nekad membuka bungkusan itu dan terkejut bukan kepalang apabila mendapati seorang bayi comel sedang mengemam mulutnya tetapi tidak menangis.
Tanpa berfikir panjang, Amiruddin terus menjerit memanggil bapa mertuanya yang tinggal selang serumah dengannya dan seorang jiran.
-
"Masa itu, saya memang tidak tahu hendak buat apa. Malah hendak telefon polis pun saya tidak ingat nombor dan bagaimana caranya. Saya jadi macam bodoh sekejap.
"Semuanya dilakukan oleh bapa mertua dan jiran sebelum isteri saya bergegas pulang dari gerai berdekatan rumah kami," katanya mengimbas kembali kejadian yang pertama kali terjadi dalam hidupnya pada 16 Januari lalu.
Pada tarikh itu, seorang bayi perempuan ditinggalkan di atas meja di depan rumahnya.
Bayi yang cukup sifat dan sempurna hanya dibaluti kain batik ditemui dalam keadaan sihat dan cukup sifat kecuali terdapat sedikit kesan calar di mukanya.
-

Hari ini, Siti Aishah Abdullah yang berusia 48 hari (ikut tarikh ditemui) menjadi milik Siti Rohani dan Amiruddin selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor memberi hak penjagaan bayi itu secara sah pada 24 Februari lalu.
Kata Siti Rohani, sejak meninggalkan Siti Aishah di HSI pada 16 Januari lalu, hidupnya bagaikan tidak keruan menjalani aktiviti harian.
Takut, rindu dan gelisah sentiasa bersarang di mindanya jika gagal mendapat hak penjagaan bayi comel itu apatah lagi dimaklumkan perlu mengikut giliran berikutan terdapat pasangan suami isteri lain yang ramai memohon anak angkat.
Dia yang membuka gerai makan itu tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT walaupun hatinya meronta untuk melawat Siti.
Siti Aishah ketika itu ditempatkan di Pusat Kanak-Kanak Sinar Juita, Johor Bahru sejurus dibenarkan keluar dari hospital.
Sudahlah tidak dibenarkan melawat 'anaknya' itu, ujian datang melanda apabila namanya hampir dibuang daripada senarai permohonan anak angkat kerana gagal mengemukakan laporan kesihatan suami isteri sebagai salah satu syarat permohonan.
Namun semuanya kehendak Allah SWT apabila dia dan Amiruddin dapat menyerahkan laporan kesihatan, dua hari sebelum mahkamah memutuskan hak penjagaan itu.
-
"Tarikh 24 Februari lalu merupakan hari paling gembira dalam hidup saya. Tiada kata-kata yang dapat menceritakan kegembiraan saya itu.
"Hilang segala kekusutan yang bermain di minda sebelum ini. Siti Aishah kini sah menjadi milik saya dan suami," katanya yang perlu membawa anak angkatnya itu ke JKM dua bulan sekali sepanjang tempoh dua tahun akan datang.
Berkongsi pengalaman pelik, Siti Rohani mula teringat mimpi yang menjadi mainan tidurnya dua minggu sebelum Siti Aishah ditemui di rumahnya.
Jelasnya, dua malam berturut-turut dia bermimpi seorang wanita bertudung datang kepadanya dan menyerahkan seorang bayi.
"Saya tidak nampak wajah wanita itu. Mimpi tersebut saya ceritakan kepada suami dan ibu bapa saya.
"Saya sempat berkata kepada suami bahawa jika ada sesiapa hendak memberi anak mereka saya ingin memeliharanya," ceritanya sambil tersenyum sekali gus menggambarkan kebahagiaan yang dilalui pada hari ini.
-
Galang ganti tiga orang anak
Pengalaman sedih apabila kematian tiga orang anak membuatkan naluri keibuan wanita ini tinggi untuk memiliki anak lagi.
Biarpun bukan anak kandung sendiri, Siti Rohani bertekad untuk memelihara Siti Aishah yang disifatkannya sebagai galang ganti kepada kehilangan tiga anaknya sejak dua tahun lalu.
Mengimbau cerita sedih itu, anak pertama Siti Rohani meninggal dunia dalam kandungan selepas dia terjatuh dalam bilik air biarpun pintu rahim sudah terbuka empat sentimeter.
Namun kuasa Maha Esa tiada siapa yang mampu melawan apabila ketika itu, dia tidak mampu menjerit meminta pertolongan daripada suami sebaliknya berterusan mengalami muntah.
Siti Rohani diuji lagi apabila dia mengalami keguguran anak kedua dan ketiga ketika kandungan berusia enam dan tiga bulan.......
-
-
p/s: malam tadi.... aku sujud padaNya memohon kekuatan... menangis bersungguh-sungguh..... menyatakan kekesalan.......mengambarkan kekecewaan..... sesungguhnya aku lupa.... bahawa tiap kejadian itu di bawah kekuasaanNya... biar sekuat mana aku usaha..... biar panjang dan lama mana aku berdoa... bertawakal dan mengharap..... andai belum tertulis rezeki aku..... aku redha.....kerana aku hanya insan yang kerdil di sisi Dia.......
....
teringat pada boss aku.... Pn. A, Pn. W dan Pn M...... dan teman rapat D, A dan Kak M...... yang telah lama kawennya.... langsung belum ada cahayamata.......aku paham jiwa mereka...... aku tau sengsaranya dugaan......ribuan ringgit dikeluarkan..... berurut sana cn.... segala petua dicuba...... masih belum ade rezeki......
.....
teringat pula pada H yang telah berapa kali keguguran......sukarnya mendapatkan zuriat..... sedang hati berbunga riang..... tiba-tiba saja dipanggil pulang......
......
teringat pula pada kawan N yang ada anak istimewa..... keduanya kembar lain jantina.....sebesar 9 bulan telah mengidap ketumbuhan..... dan sakit jantung...... memang besar dugaan mu sahabat.... aku sendiri belum tentu dapat menanggungnya......
.....
teringat pulak pada kawan UIA Ija yang kematian anak.... sedang umurnya baru menjangkau setahun lebih..... sukar kugambarkan keadaanmu teman.....sabarlah..... tabahlah... kalau aku ditempatmu...... tidak tau keadaanku.......
.......
teringat pula pada kawan yang masih solo..... yang masih mencari soulmate hingga kini.....belum ketemu..... sedang aku telah punya segalanya...... namun masih terlupa......
bersyukurlah syikin...... hidupmu telah sempurna.....
....... teruskan lah berusaha.... dan berdoa..... kerana Dia menyukai hamba-2nya yang terus berdoa dan meminta2........ man jadda wajada

Wednesday, March 10, 2010

Bertambah sorang lagi... dan lagi....


petang semalam lahir lagi sorang cucu Hj Manan dan Pn Saodah [pak mak mertua]....

lahirnya lewat petang..... dan seperti dok jangka..... kuar-kuar hero lagi.... bakar 2 ekoq kambing la nanti Ustaz Hafiz kita.....

hahaha ajiq dah dapat saingan.... tak leh nak manja2 lagi dah ....



tak sabo nak tgk wajah si kecik..... abah kata... matanya bulat besor.... putih melepak... mesti cute cam mak teh dia.... plssss





abah cakap k.nyah pun dah pregnant..... .... iyyad ihsan akan dapat adik.... iyad dan ajiq sebaya nabihah..... dari sudut hati, terasa jeles sangat2.... aku sampai sekarang belum ada tanda2 / rezeki lagi tuk tambah ahli keluarga.....

sedih bila orang x henti bertanya.... kecewa bila period datang ikut tempohnya.....

takpelah....mungkin ada hikmahnya....





p/s : nabihah lagi 4 bulan 2 tahun dah.....harapnya dapatlah susukan dia sampai 2 tahun......mama nak anak mama tau.... ...................mama SAYANG sangat nabihah......

Monday, March 8, 2010

BTN Lagi!!

lama dah tak update blog....last entry pasal BTN..... okey... saya terpaksa jua join BTN tu kali nih... walaupun hati terasa berat........ 1000X berat nye.........

1- terpaksa berjauhan dari bb... risau sangat2 keadaan dia nanti... makan minum nya... pakainya... selesanya.... ahh! tak sanggup nak pk kan lagi... anggap saja Allah akan pelihara anak kita sebaik mungkin......moga aman sejahtera semuanya, amin.... saya kena keraskan hati......kalu tak, tertangguh lagi....
ayah bb? ...... ade lah sikit2 risau kan dia.....
hehehe

2- batch kali nih, antara 74 orang pegawai yang akan pegi BTN nie, HANYA SAYA SORANG saja officer dari court, 73 lagi dari Peguam Negara..... huhuhu.... takde kawan..... dan saya rasa saya lah yg paling tua kat situ.... coz batch saya batch 2 thn lepas.... batch BTN ni, batch junior intake last year.... mesti dorang akan addresskan saya 'kakak...akak...kak..' sepanjang BTN... huhuhu tak suka!!

3- BTN ni jugak akan melatih saya berkawad, beriadah, bertrekking.... aktiviti2 tu dah lama saya tinggalkan sejak zmn sekolah lagi.....dah keras tulang temulang saya nak buat tu semua....
ish! memang saya tak suka benda-benda nih tau... abislah sifat2 kewanitaan saya yang telah saya purposely pupuk semenjak kawen nih...... ahaks...

dalam pada tak suka tuh... ada juga yang saya suka kat BTN nih:

1- dengan aktivt2 yang tersedia tu... yang mencabar minda dan fizikal... trekking selama 2-3 jam.... buat flying fox, abseiling dsb nya... kot3 turunlan sekilo dua berat badan saya nih.... lemak2 dah banyak tepu kat tempat2 tertentu..... memang jenuh nak turunkan balik persis zmn anak dara dulu..... eii geram tau tgk lemak yang tepu tu.....
nak wat senaman sendiri kat umah.. memang tak boleh diharap la.... x menyempat

2- dapat lari dari keje opis yang tak penah putus..... patutnya ni masuk first list kat atas tu kan.... yey! saya suka sangat bila tak masuk opis..... hilang segala masalah saya..... tak terbeban dengan fail-fail mahkamah, arahan orang atasan, masalah staff, dan lain2...... horrey.... tak yah buat profile tuk hakim..... tak yah layan perakuan segera tuk beberapa hari.... saya suka! saya suka!

3- ni kira antara positive side BTN ni... memandangkan saya sorang je officer dari court... bolehlah saya bercakap pasal court ... serba serbi...... yang orang lain tak bleh nak menyampuk / menambah / pertikai... hahaha bleh laa saya jadi otai lah kat sana..... ni pun saya suka! tapi kalau orang kondem nanti, takde plak orang nak backing saya..... aduh! camana nih....

p/s: hmmm..... risau menunggu tarikh 25-29 march depan.....