Hari ni hari pertama trial DSAI.. pagi tadi masa masuk court... Q panjang luar biasa.... dari jauh aku tengok polis and fru dah berkumpul beramai-ramai... lengkap bersenjata dengan kon-kon tepi jalannya.. sambil berkumpul di sekitar mahkamah.... mengawasi keadaan barangkali...
para wartawan dan jurufoto juga tidak ketinggalan... siap berkamera besar dan note book masing2... dari awal pagi menanti penuh sabar... masing2 berebut membuat liputan terkini....
memang laku bak goreng pisang panas...
orang awam?... dari segenap usia..... dianggarkan hampir 2 ribu orang menantikan kelibat DSAI...bergema laungan reformasi dan bermacam kata keramat...amat mengujakan berada di kalangan mereka yang bersemangat....
aku melihat DSAI dari jauh.... dengan lirikan mata .... walau dalam hati ingin juga turut serta...[tapi tak berani....]
aku dan politik bagaikan garam dan gula... saling melengkapi hidangan.... dari kecil aku melihat ayah aktif berpolitik di Johor Baru.... walaupun tidak sehebat mana fahaman politik aku .... sikit2 aku cuba memahami ilmu siasah ini....
namun hubungan kami terbatas atas sebab-sebab tertentu... tak boleh disclose kat cn...
hmmm... tapi bukankah ia hak individu? tak salah asal tidak menyalahi prinsip dan undang-undangnya...[ini jawapan bg seorang yg belum pegi BTN lagi ok...2 kali ditangguhkan kerana baby breastfeed ]
sila fahami.... bukan kerana aku menyanjungi atau mengasihani DSAI... jua bukan kerana ikatan kekeluargaan atau apa.... tapi ini berkaitan fitnah... satu malapetaka yang bukan saja boleh merosakkan keperibadian malahan negara jua...
p/s: diharapkan moga tahun 2010 ini akan mematangkan arena politik tanah air kita....
saya ada tulis sikit ttg isu yg lebih kurang ada kaitan
ReplyDeletehttp://ibukauthar.com/blog/?p=1326