Thursday, February 4, 2010

I'm in court!

dah dua hari berturut2 tgk proceeding open court... tak penah2nya aku bersemangat waja dan mendengar penuh teliti menantikan pihak-pihak berhujah di Mahkamah...
sebaik lapor diri, aku ditugaskan di Bahagian dagang... kes-kes yang melibatkan kewangan, insurance, company dan yang sewaktu dengannya... manalah aku berminat mendengar tentang kemungkiran kontrak, breach of fiduciary duties, misappropration of funds, pertelagahan ahli-ahli lembaga syarikat.... aku tak berapa berminat untuk tau hal orang perseorangan atau pensyarikatan.... atas sebab itu kes-kes dagang agak kurang popular berbanding kes jenayah...dan tak penahnya aku offer diri untuk sitting dgn hakim semasa trial bersidang..... kecuali kalau ada VIP terlibat... tak bayar hutang bank jutaan ringgit, anak raja @ anak menteri yang salah guna kuasa dan wang.... itu aku amik port la jugak....demi kepentingan awam..hehehe
kes jenayah selalunya high profile... apatah lagi kalu melibatkan somebody.... ada satu kes ni buat aku rasa begitu teruja... begitu berminat dan begitu menyibuk untuk mengikuti ceritanya... umum tau kes itu... satu dunia pun tahu... tapi tak semua berpeluang berada di kalangan mereka di mahkamah... aku beruntung berada di kalangan mereka....
prosiding hari ini diadakan secara in camera/tertutup.... aku dapat 'lolos'kan diri... tapi takleh laah cite kat cn.... sebaik pengadu memberikan keterangan, mahkamah berhenti bersidang dan akan melawat tempat kejadian....
nantikan episod seterusnya....

2 comments:

  1. waah..tak ikut ke diorg gi melawat 'tempat kejadian'...wah, bestnya terlibat dlm perkara besar camtu.tgk live lg.hari ini dalam sejarah ..eh, tiap2 ari la dalam sejarah skg ni..hehe

    ReplyDelete
  2. ct-

    akak x ikut coz tak terlibat secara direct.. pemerhati n penyibuk tak bertauliah aje akak ni... hehehe

    ReplyDelete