sabtu lepas kira-kira jam 4 ptg kami ke Hospital Pantai Ipoh utk menziarah Ustaz M. Radhi yg terlantar sakit. dimaklumkan bahawa ustaz dalam ICU tak sedarkan diri sejak malam Jumaat lalu.
ketika kami tiba, kelihatan ramai pelawat sedang menunggu waktu melawat jam 5 ptg. kerana kami sampai awal, sempatlah bersembang bertanya khabar dgn isteri ustaz. anaknya yang bongsu sibuk bermain bersama sepupu dan teman-teman.
kata isterinya, ustaz sihat-sihat saja, isnin sebelumnya ustaz ditegur teman pejabat kerana mata putihnya menjadi kekuningan. lantas ustaz pun ke hospital kerajaan utk pemeriksaan. doktor kata mungkin ustaz dijangkiti hipatitis. lantas ustaz pun berpindah ke hospital swasta utk mendapatkan rawatan segera. khabarnya ustaz elok-elok saja sehinggalah dimasukkan satu alat mikro ke dlm tubuhnya untuk pemeriksaan dalaman. saat dimasukkan alat itu, tak semena-mena alat itu mengenai pankreas ustaz. terus menjadikan ustaz koma.
usai solat Asar, kami beramai-ramai menantikan jam 5. tak sabar rasanya utk menatap wajah bekas kadi Teluk Intan itu. tepat jam 5, nurse keluar dari ICU dan mula memanggil sedara terdekat. hati aku tidak keruan. sorang-sorang dipanggil masuk, kakak dan abang ustaz, mak ustaz (saat itu isteri ustaz sedang solat asar). mereka keluar tak lama kemudian sambil mata merah dan tersedu-sedu. aku dapat menduga berita tak baik telah disampaikan kepada mereka.
saat isterinya bersama anak-anak yang empat masuk, aku terdengar laungan anak yg bongsu, baru darjah 4 memanggil-manggil abinya. air mata kami terus berjujuran, tak terduga akan berlaku suatu kematian pada hari itu. baru tadi melihat si bongsu berkejaran dan keriangan.
aku masuk ke wad ICU, terasa sayu melihat wajah sorang ustaz yang baru dipanggil pulang. umurnya baru 40 tahun. masih muda dan sihat sejahtera sebelumnya. seperti tidur saja wajahnya, amat tenang.
hari Ahad, di hari pengebumian. diimamkan oleh anaknya sendiri di rumah, hati ini cukup tersentuh. kemudian disolatkan sekali lagi di masjid Sri Iskandar, ramai sangat yang datang mengucap salam terakhir.
selamat jalan ustaz radhi, moga berbahagia di sana.
ps: ramai sungguh ustaz yg pulang 2009 ini ; ustaz ahmad zuhaili, ustaz asri ibrahim dan penutupnya ustaz Radhi.
inna lillah wa inna ilayhi roji'un. smg roh ust dicucuri rahmat & ditempatkn bersama insan2 beriman..
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteapa sebenarnya punca kematian ustaz tu?
Sebab kena pankreas dia ke? iskkkk... sedihnya...
nadiah-
ReplyDeleteamin. amin. amin
begitulah pengakhiran hidup kita...
kematian itu satu peringatan buat mereka yg hidup tuk berfikir dan untuk bersedia....
husni-
sehari selepas kematian ustaz, kami dimaklumkan bahawa 4 org doktor telah sahkan ustaz mengidap hipatitis B... tapi tiada tindakan/ rawatan susulan dibuat...
ramai yg kata... sudah ajal, terkena pankreas tu penyebabnya saja... wallahu alam...