kenape aku terutamanya lah dan kawan2 lain suka sangat hari jumaat, ada 3 sebab utama :--)
- kes-kes aku hari jumaat semuanya telah diarrangekan hanya melibatkan permohonan yang simple-simple je, perlanjutan writ, penyampaian ganti, kebenaran memasukkan penghakiman, so tak lah lama sangat mendengar hujahan loyer-loyer. semuanya permohonan x-parte(satu pihak), takdelah loyer gaduh-gaduh depan aku... hari-hari lain, untuk permohonan inter-partes, perlu kehadiran peguam dua belah pihak, bila bicara, ambik masa lama untuk selesai, sampai gaduh-gaduh, tak laratlah nak layan and control...
- waktu lunch hour/rehat hari jumaat adalah yang paling panjang bermula jam 12.15 hingga 2.45 petang , selalunya kami yang pompuan-pompuan ni akan p shopping, bukan beli belahpun, sekadar cuci mata, tukar selera makan kat restoran yang agak bes (sebab hari-hari lain asyik makan kat court cafe je)...
- paling seronok sekali sebab hari jumaat adalah hari terakhir untuk bekerja, esok lusa cuti hujung minggu, sape yang tak suka cuti kan. banyak benda boleh dilakukan semasa cuti, antaranya menghabiskan masa melayan nabihah dan ayahnya, mengemas rumah, memasak, bersiar-siar dan balik kampung...minggu ni turn balik Perak. minggu depan turn Melaka, seronoknya...
selalunya bila masuk hari ahad, muka aku dah murung balik, huaaa esok (isnin) keje!.... dan aku akan ternanti-nantikan kehadiran hari jumaat berikutnya... begitulah rutin mingguanku, asyik mengharapkan kehadiran hari jumaat.
oklah jam 5 dah, siap sedia untuk balik rumah, ambik nabihah kat nursery!
No comments:
Post a Comment