saat ini tatkala mata mulai celik di subuh hari, fikiranku hanya tertumpu kepada satu perkara, tak lain dan tak bukan, kerja. hari-hariku kini penuh kesibukan. tidak ada satu saatpun yang boleh menghilangkan perkataan kerja dari kotak ingatan ini waima di hari cuti...
hari-hariku kini terpaksa memyiapkan alasan penghakiman ketuaku yang satu itu. pening kepala ini untuk membaca fail-failnya yang ada, merangka nota dan mengambil segala fakta, membuat tapisan segala maklumat, menaip alasan yang kurasakan wajar, mencari kes-kes sokongan di dalam jurnal, dan akhir sekali mempersembahkan hasil kerjaku kepada bos yang sudah pasti akan meminda itu dan ini kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerjaku. masakan berpuas hati, hasil kerjaku adalah selayaknya bagi aku yang bergred 41, dengan pengalaman yang tidak seberapa sedangkan dia telah berada di dalam servis selama lebih 20 tahun. tentunya hanya dia yang lebih arif menilai sesuatu kes berbanding aku.
hari-hariku dilalui bersama fail-fail mahkamah setiap hari, naik jemu, naik muak, naik mual aku meniliknya selalu. kalaulah boleh, aku tidak mahu memandang sedikitpun dengan fail-fail tersebut. namun apalah dayaku, inilah amanah dan tugasan wajib yang harus kupikul dengan penuh kesabaran dan kecekalan. inilah cabarannya selepas mengenggam ijazah undang-undang. kerjaku dikelilingi statut undang-undang, jurnal dan report undang-undang, selain fail-fail mahkamah. kalau 3 tahun dahulu mungkin aku teruja membaca tiap isi ilmu yang terangkum di dalam bidang undang-undang ini, tapi kini, aku menjadi jemu, pengisiannya sama sejak dulu. yang membezakan hanya fakta kes. tetapi undang-undang yang dirujuk tidak pernah berubah melainkan jika adanya pindaan terbaru.
3 tahun masa yang mencukupi untuk belajar dan berada di tempatku kini, Mahkamah Tinggi. aku rasakan sudah tiba saatnya aku beralih angin. tapi mahu ke mana? ketua jabatan telah bersetuju untuk membekukan perpindahan pegawai dalam tempoh 2 tahun ini kerana tempatku kini sedang dalam perubahan sistem pentadbiran. ketua jabatanku tidak mahu pegawai baru mengambil alih tempat pegawai yang telah lama berada di sini, atas alasan kami lebih arif dengan keadaan pentadbiran di mahkamah ini. adilkah? entahlah.
kerja! kerja! kerja! teruskanlah berkerja wahai mamanabihah. akan sampai saatnya apabila kerja tidak lagi mengejar dirimu, bila? pada saat izrail memanggilmu pulang....tapi sudah bersediakah dirimu untuk menemui Allah kerana ia juga bukan satu 'kerja' yang mudah!!
wallahualam
p/s: buat kerja! buat kerja! buat kerja!
owh.. igtkn org yg praktis je merasa jemu praktis... rupanya org dlm gomen pun merasa jemu berada dlm gomen... kalau fidza nk join gomen boleh?
ReplyDeletehi fidza, tu lah buat benda yang sama tiap hari, jemu sgt2, jomlah kita bertukar tmpt keje, tapi fidza tu rela ke tinggalkan Kuantan huhuhu
ReplyDeletehahahahaha... itu jela satu masalah ku dari dulu, kini dan selamaya...
ReplyDeletehehe..sume orang rasa jemu dengan keje masing2 yerk..sama lor dgn diriku..huhu
ReplyDelete