Friday, June 26, 2009

seronoknya bertemu hari jumaat!

horrey! jumaat datang lagi, penghulu bagi hari-hari....

kenape aku terutamanya lah dan kawan2 lain suka sangat hari jumaat, ada 3 sebab utama :--)

  • kes-kes aku hari jumaat semuanya telah diarrangekan hanya melibatkan permohonan yang simple-simple je, perlanjutan writ, penyampaian ganti, kebenaran memasukkan penghakiman, so tak lah lama sangat mendengar hujahan loyer-loyer. semuanya permohonan x-parte(satu pihak), takdelah loyer gaduh-gaduh depan aku... hari-hari lain, untuk permohonan inter-partes, perlu kehadiran peguam dua belah pihak, bila bicara, ambik masa lama untuk selesai, sampai gaduh-gaduh, tak laratlah nak layan and control...

  • waktu lunch hour/rehat hari jumaat adalah yang paling panjang bermula jam 12.15 hingga 2.45 petang , selalunya kami yang pompuan-pompuan ni akan p shopping, bukan beli belahpun, sekadar cuci mata, tukar selera makan kat restoran yang agak bes (sebab hari-hari lain asyik makan kat court cafe je)...

  • paling seronok sekali sebab hari jumaat adalah hari terakhir untuk bekerja, esok lusa cuti hujung minggu, sape yang tak suka cuti kan. banyak benda boleh dilakukan semasa cuti, antaranya menghabiskan masa melayan nabihah dan ayahnya, mengemas rumah, memasak, bersiar-siar dan balik kampung...minggu ni turn balik Perak. minggu depan turn Melaka, seronoknya...

selalunya bila masuk hari ahad, muka aku dah murung balik, huaaa esok (isnin) keje!.... dan aku akan ternanti-nantikan kehadiran hari jumaat berikutnya... begitulah rutin mingguanku, asyik mengharapkan kehadiran hari jumaat.

oklah jam 5 dah, siap sedia untuk balik rumah, ambik nabihah kat nursery!

Wednesday, June 24, 2009

kata hati- kerja! kerja! kerja!

kerja!kerja!kerja!

saat ini tatkala mata mulai celik di subuh hari, fikiranku hanya tertumpu kepada satu perkara, tak lain dan tak bukan, kerja. hari-hariku kini penuh kesibukan. tidak ada satu saatpun yang boleh menghilangkan perkataan kerja dari kotak ingatan ini waima di hari cuti...
hari-hariku kini terpaksa memyiapkan alasan penghakiman ketuaku yang satu itu. pening kepala ini untuk membaca fail-failnya yang ada, merangka nota dan mengambil segala fakta, membuat tapisan segala maklumat, menaip alasan yang kurasakan wajar, mencari kes-kes sokongan di dalam jurnal, dan akhir sekali mempersembahkan hasil kerjaku kepada bos yang sudah pasti akan meminda itu dan ini kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerjaku. masakan berpuas hati, hasil kerjaku adalah selayaknya bagi aku yang bergred 41, dengan pengalaman yang tidak seberapa sedangkan dia telah berada di dalam servis selama lebih 20 tahun. tentunya hanya dia yang lebih arif menilai sesuatu kes berbanding aku.
hari-hariku dilalui bersama fail-fail mahkamah setiap hari, naik jemu, naik muak, naik mual aku meniliknya selalu. kalaulah boleh, aku tidak mahu memandang sedikitpun dengan fail-fail tersebut. namun apalah dayaku, inilah amanah dan tugasan wajib yang harus kupikul dengan penuh kesabaran dan kecekalan. inilah cabarannya selepas mengenggam ijazah undang-undang. kerjaku dikelilingi statut undang-undang, jurnal dan report undang-undang, selain fail-fail mahkamah. kalau 3 tahun dahulu mungkin aku teruja membaca tiap isi ilmu yang terangkum di dalam bidang undang-undang ini, tapi kini, aku menjadi jemu, pengisiannya sama sejak dulu. yang membezakan hanya fakta kes. tetapi undang-undang yang dirujuk tidak pernah berubah melainkan jika adanya pindaan terbaru.
3 tahun masa yang mencukupi untuk belajar dan berada di tempatku kini, Mahkamah Tinggi. aku rasakan sudah tiba saatnya aku beralih angin. tapi mahu ke mana? ketua jabatan telah bersetuju untuk membekukan perpindahan pegawai dalam tempoh 2 tahun ini kerana tempatku kini sedang dalam perubahan sistem pentadbiran. ketua jabatanku tidak mahu pegawai baru mengambil alih tempat pegawai yang telah lama berada di sini, atas alasan kami lebih arif dengan keadaan pentadbiran di mahkamah ini. adilkah? entahlah.
kerja! kerja! kerja! teruskanlah berkerja wahai mamanabihah. akan sampai saatnya apabila kerja tidak lagi mengejar dirimu, bila? pada saat izrail memanggilmu pulang....tapi sudah bersediakah dirimu untuk menemui Allah kerana ia juga bukan satu 'kerja' yang mudah!!
wallahualam
p/s: buat kerja! buat kerja! buat kerja!

Tuesday, June 16, 2009

puteri hati- riadah d TTwangsa

pohon beringin......mmm...mmm
.....lupa lirik daa....


main gelongsor dgn mama
hati mama berbisik: time aku kecik2 dulu, takde pulak benda2 ni.


lari! lari! ada serbuan......


nape tak goyang pun benda ni! nabihah tak berat laa




say cheesee




mama, time to go home!