raya lagi tiga hari
tapi opis dah mula sunyi
sorang-sorang balik bercuti
nak beraya dengan famili
lagu raya di mana-mana
memberi mood waktu berkerja
tapi fikiran ntah ke mana
banyak sangat hal menggoda jiwa
balik kampung naik kereta
jalan sangkut kat lebuhraya
dari siang sampai ke malamnya
kenderaan bergerak macam kura-kura
bonus raya dah diguna
beli baju, beli segala
tinggallah beberapa sen sahaja
kena berpuasa pas raya la gamaknya
dam dum bunyi mercun
dalam lemang ada daun
raya hanya sekali setahun
jauh dekat datang berhimpun
beberapa hari selepas puasa
suami isteri sibuk mengundi
pujukan, hadiah semua diguna
sebab nak balik kampung sendiri
kad raya bermacam rupa
digantung di rumah penyeri suasana
sekarang hanya sms raya
kian jimat orang berbelanja
sedar tak sedar, ramadhan kan pergi
rasa sayu di sudut hati
cepat benar ramadhan berlari
tahun depan ntah bertemu lagi
tangan dihulur, jari tersusun
silap dan salah, harap diampun
SALAM IDULFITRI.....
ikhlas,
Ashraf Rezal Abd. Manan
Noorasyikin Sahat
Izzah Nabihah Ashraf Rezal
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago
No comments:
Post a Comment