28 tahun dulu
tanggal 30-01-81
akhirnya lahir puteri bongsu
jam 12-50 pagi @ Hospital Sultanah Aminah Johor Baru
14 tahun penantian ayah ibu menjadi tamat
lahir cahayamatanya dengan sihat
jua tanpa cacat
dan diberi nama Noorasyikin Bt Sahat
membesar puteri dengan sempurna
disayang dikasih seisi keluarga
dibelai-belai jua dimanja
diajar dididik tiap perkara
dicurah segala apa dipinta
dibela dijaga penuh jaya
tiba waktunya saat berpisah
bersekolah rendah dan juga menengah
jauh ditinggalkan emak dan ayah
terengganu dijejak beribu batu
berbekalkan hasrat mencari ilmu
akhirnya bertemu Alfalah yang satu
tamat SPM meneruskan langkah
mencari tempat menyambung sirah
UIAM mengamit menjamin najah
undang-undang dipilih menjadi kuliah
5 tahun tak putus terpisah
segala ditempuh senang dan susah
sehingga tercapai segulung ijazah
usai belajar mencari kerja
alhamdulillah mudah sahaja
tawaran datang tanpa diduga
terus terima dengan gembira
berkawin dengan pilihan hati
kenal sejak di university
3 tahun telah kami tempuhi
bersama sorang zuriat menemani
dan zuriat2 yg akan dtg selepas ini
p/s: kini, 30-01-10.... heppy besday syikin... moga segalanya berjalan dgn baik n sempurna
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago