saya tak tau kenape saya harus bercerita pasal kesusahan hari ini..... tajuk yang tak berapa menarik bagi orang lain... tapi tidak bagi saya... saya sungguh2 tak berkenan dengan orang yang tak dapat hidup dalam kesusahan..... tak dapat terima bahawa kesusahan lah yang akan mengajar kita erti kesabaran.... dan perjuangan hidup! saya tak boleh terima hakikat orang yang hanya tahu hidup senang semata-mata tanpa secebis usaha...... lebih2 lagi bagi mereka yang tidak reti bersyukur!!!
sebenarnya saya jarang bercerita pasal masa silam saya..... kerana saya akan merasa sedih mengenangkannya......pasti tidak terluah di ruangan ini.....
saya sejak lahir 29 tahun lalu hidup dalam keluarga yang susah....walaupun kakak saya kata, saya lahir di zaman kami telah senang..... tidak merasa berpindah randah mencari tempat teduhan dan kesusahan ayah mencari rezeki buat meneruskan kehidupan ....tapi saya percaya kerana kesusahan hidup itulah, telah mengajar kami bersabar dan kuat...
ayah saya pernah berkerja sebagai tentera ketika zaman selepas merdeka......berhijrah dari negeri kelahiran Melaka merantau jauh ke selatan... seorang diri..... ayah berpengkalan di Pulau Belakang Mati [sekarang telah menjadi pusat peranginan Sentosa Island] Singapura... tugasan ayah tidak tetap.... selalu keluar wilayah dan seringkali berlayar ke Sabah & Sarawak menghantar bekalan....selepas berkawin, ayah membawa mak ke sana..... berbulan-bulan mak ditinggalkan di Singapura seorang diri.... sehinggalah perut mak kian membesar, mak dihantar ayah pulang ke kampung....... saat along dilahirkan, ayah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang semula ke kampung.....
saat di kampung, ayah hanya penoreh getah di tanah nenek.... saat itu, mereka menumpang di gobok buruk nenek bersama adik-beradik mak yang lainnya..... susahnya saat itu sering mak ceritakan pada saya...... tiada satupun harta... melainkan anak-anaknya..... sukar tapi masih bertahan.... lahir kakak saya pulak tahun berikutnya..... dan ayah masih menoreh getah...... bangunnya dinihari, berpeluh basah di dahi, dari sebatang pokok ke pokok disudahi..... mengharap susu getah datang sebagai rezeki.....untuk meneruskan kelangsungan hidup, nenek juga bertanam padi... tanah sawahnya tidaklah selebar mana..... sekadar cukup santapan sendiri.... nenek banyak tanah tapi terpaksa dijual satu persatu kerana kesempitan hidup... kerana membela 13 orang anak bukanlah mudah.....
saat lahirnya anak ayah ketiga, ayah merantau lagi.... tinggalkan mak dan anak-anak di Melaka..... ayah datang lagi ke Singapura mencuba nasib..... saat itu, keluar masuk singapura tidaklah seketat sekarang.... tanpa pasport sebagainya...... puas mencari, ayah diterima sebagai driver syarikat swasta.... selepas mendapat rumah sewa, mak dan anak-anak berpindah semula di sana...... menemani dan berkongsi kesusahan ayah.....bertahun lamanya ayah menghambakan diri menjemput dan menghantar orang dan barangan......sehingga abang-abang dan kakak saya bersekolah rendah di sana... dan abang bongsu saya lahir di sana juga..... untuk meneruskan hidup... mak saya pula berkerja membantu Pak Itam berniaga nasi ayam.... dapatlah sedikit upah meringankan beban ayah....
dek kerana kos sara hidup yang tinggi di rantauan.... ayah saya nekad membawa mak dan anak-anak berpindah ke Johor Bahru..... mereka menyewa di sebuah rumah setinggan Jalan Stulang Baru Majidee.......rumah kecil takde bilik..... tinggallah di situ bersama anak-beranak sehinggalah saya lahir pada 1981 ....di rumah itu, tiada bekalan elektrik dan air..... malam kami ditemani lampu gantung gasolin dan minyak tanah...... dan air pula perlu dipam dari perigi.....sungguh susah....bila nak makan ikan, ayah akan ke laut di Stulang atau ke lombong tinggal bersama kawan-kawannya..... dapatlah kami merasa ikan segar secara percuma...... mak pula membela ayam di reban kecil.....saya bersyukur kerana mak dan ayah sentiasa sabar dan tabah dalam membesarkan anak-anak......walaupun ayak tidak berpencen..... kami masih cukup makan.....cukup pakai...... saya sempat merase kesusahan itu walaupun sementara..... tanpa kenderaan untuk ke mana-mana.... sekali sekala pulang ke kampung, kami hanya menaiki keretapi..... ataupun menumpang kereta Paklong.....masuk era 90-1n, kawasan setinggan kami dibekalkan elektrik dan air..... hidup mulalah berubah...
dulu mase saya bersekolah rendah... bila cikgu atau kawan bertanyakan pekerjaan ayah saya... terus terang saya malu nak bercerita....malah saya menipu.... saya malu berayahkan seorang driver kereta yang gajinya hanya 3 angka..... dan tinggal pula di kawasan setinggan.....sedangkan kawan sekelas saya, ayahnya engineeer, lawyer, cikgu, polis dan sebagainya..... tapi bila saya makin dewasa, saya mula faham dan menyanjung ayah saya..... dialah hero saya dan keluarga.....
saat berlakunya krisis ekonomi di akhir 1980-an.... ayah diberikan option untuk berhenti keje oleh syarikatnya..... pampasan yang diberi tidaklah lumayan.... bermula balik kesusahan kami selepas ayah menganggur lagi..... sedang usia ayah kian meningkat... ayah tidak diterima bekerja..... duit yang ada kian sedikit bakinya..... mak memberi cadangan untuk ayah berniaga kecil-kecilan.... kami bermula dgn menjual pisang goreng.... di tepian jalan besar..... berjualan gula-gula dan aiskrim...... keuntungan tidaklah banyak tapi masih menampung......
saat itu, mak mula menjual nasi lemak dan kuih muih.....bangunnya 3-4 pagi menanak nasi dan mengadun tepung...... menguli sehingga dinihari..... dan ayah akan menghantar makanan itu ke kedai kopi berdekatan.....hasilnya yang dikumpul bertahun... menampakkan hasil.... ayah mula menyewa sebuah kedai kecil.... dan dijadikan kedai runcit..... dari saat kedai itu wujudlah ..... kami sudah tidak lagi berpindah randah.... tidak lagi susah tuk merasa makanan sedikit mewah...... dan mak juga sudah boleh berehat dan ke surau berjemaah.....hasil titik peluh dan keringat arwah ayah itulah.... aku berada di sini hari ini.... masih merasa kehadirannya..... masih merasa kasih sayangnya.....saat ayah meninggalkan kami... simpanan ayah cukup banyak..... melebihi RM300K.... kami adik-beradik tak tahu bahawa ayah sangat berjimat dan berhemah dalam berbelanja.....walaupun telah senang, rumah setinggan kami masih begitu....tiada astro... tiada juga penghawa dingin.... tiada renovation.... dan jamban masih lagi di luar rumah.....
10 April tahun 2003, ayah pergi meninggalkan kami .... saat itu baru sahaja berpindah ke Melaka.... ayah sebelum menutup mata mengajak mak pulang ke kampung.... membina rumah di sana dan menghadiahkannya pada mak..... ayah mahu berehat dari bekerja.... baginya, sudah cukuplah dia bersusah payah semasa muda.... ajalnya datang genap 10 bulan menginap di rumah baru itu.....
saya tidak pernah menyesal dilahirkan dalam keluarga yang susah.....miskin....tidak punya segalanya..... di sudut hati saya bangga.... kerana akhirnya kesusahan kami dapat diatasi.....biarpun bukan mudah, saya percaya arwah ayah & mak telah menunjukkan kami jalan.... kerana kesusahan itu akan menjadikan saya kuat dan lebih berani menongkah arus kehidupan.....
kesusahan mak ayah juga tidak memjadikan mereka untuk berhutang di sana-sini..... andai ada rezeki lebih, mereka guna dan selebihnya disimpan.... di saat terdesak, simpanan itulah mereka gunakan...... saya percaya, hutang itu sesuatu yang buruk dan memberikan kesan yang tidak elok pada persekitaran......[dulu mak ayah saya mana ade hutang umah n kete n ptptn cam saya]
p/s : entry ini ditujukan untuk tatapan anak saya kelak... walaupun saat ini.... saya menuruti saja segala kemahuannya.... kerana tak mahu melihat dia susah mahupun berasa sakit.....moga dia mengerti isi hati mamanya ini.....
bukan susah untuk susah, bukan senang untuk senang....
Dari Blog Ke Telegram
-
Hasrat di hati untuk kembali aktif berblog, tak kesampaian nampak gayanya.
Bukan bererti saya berhenti menulis, cuma bertukar *platform *sahaja.
Sekara...
2 years ago